Tuesday, 7 March 2017

WHAT'S IN MY BAG?

WHAT'S IN MY BAG? | Assalamualaikum semua pembaca blog ini.. Entri santai kali ini mengenai apa yang saya bawa dalam beg ke pejabat. First of all motif bukan untuk menunjuk apa yang dibawa atau apa yang saya ada tetapi sekadar berkongsi apa yang saya mesti bawa ke mana-mana terutamanya apabila ke pejabat. Oh sebelum itu, saya pernah buat entri 'what's in my bag' di blog lama. Jadi ini merupakan entri kedua dalam tajuk yang sama..

 

Untuk pengetahuan, beg ini telah lama berkhidmat dengan saya dan wajarlah kalau ianya outdated di kalangan keluarga Burberry Haymarket. Kini adik-beradik Burberry lain sudah bertukar fesyen setanding dengan harganya yang semakin membunuh. Namun beg ini masih mampu bertahan cuma ada crack di bahagian tali yang diperbuat dari leather disebabkan oleh faktor cuaca panas. Leather perlu dibelai tapi maaf setakat ni saya masih belum berkesempatan membawa beg ini ke bag spa.

 

Saya suka bawa beg ini kerana boleh memuatkan bermacam-macam barang ala beg doraemon. Untuk pengetahuan, saya sangat suka designer handbags dan sanggup melabur untuk mendapatkannya.  Malangnya disebabkan ekonomi tak berapa baik, hobi ini terpaksa saya kuburkan. Terpaksa beralih kepada perbelanjaan keperluan berbanding perbelanjaan kehendak. Gunalah handbags yang ada hingga hancur, huhuhu sedih..

So what's in my bag? Jom selongkar!  

 

Berikut merupakan 'keperluan asas' yang mesti saya bawa. Saya masih menggunakan Coach wristlet kerana banyak compartment untuk cards selain boleh memuatkan handphone. Di samping itu, boleh berjalan lengang kangkung hanya sandang di bahu dan selit di bawah armpit, ops!

 

Seterusnya, sejajar dengan kempen go green iaitu tanpa beg plastik, shopping bag merupakan keperluan bila berbelanja. Selepas kerja, saya selalu akan singgah di AEON atau Mydin Mall di Seremban 2 untuk membeli keperluan harian. Jadi shopping bag perlu sentiasa ada.
 
 

Di bawah ini pocket planner saya untuk merekodkan aliran wang tunai keluar masuk dan shopping lists iaitu senarai barang-barang yang hendak dibeli bagi mengelakkan over budget.

 

Selain itu, barang yang mesti ada dalam beg ialah soft mate lip cream jenama NYX. Saya mengakui bahawa saya sangat cerewet dengan warna lip cream sehinggakan jika tak match dengan pakaian, saya akan rasa tak selesa sepanjang hari seolah-olah ada sesuatu tak kena or incomplete.. Jadi untuk menyelamatkan keadaan, saya bawa 4 lip cream utama yang boleh 'masuk' dengan apa sahaja warna pakaian. Jenis lip cream utama dari kiri Stockholm (SMLC02), Antwerp (SMLC05), Milan (SMLC11) dan Cannes (SMLC19).


Berikut pula keperluan sampingan yang lain iaitu antibacterial wet wipes, cermin dan mints. Antibacterial wet wipes wajib ada untuk hand sanitizer, cermin untuk lihat sama ada make-up masih cun dan pastikan takde cili terselit celah gigi, ops! Al-maklum, kadang-kadang pergi court balik office tengah hari atau mesyuarat di luar jadi penampilan perlu dijaga dan kena selalu bersedia. Mints pula untuk memastikan kesegaran nafas terjaga.

 

Di bawah ini pula pouch untuk barang-barang private and confidential.


Antara barang-barang yang diisi di dalam pouch ini ialah kunci almari office, paracetamol dan beg kecil untuk minyak angin. Saya selalu diserang sakit kepala, jadi keperluan ini seperti mini first aid kit dikala keadaan memaksa.


Akhir sekali tak lupa juga perfume. Perfume juga antara barang yang mesti ada dalam beg. Contoh hari ini saya guna perfume Princesse Marina de Bourbon Crystal Royal. Jenis perfume pula akan sentiasa bertukar setiap hari mengikut mood.

 

Begitulah entri santai kali ini..  Sebenarnya hari ini penat mental dan fizikal tapi disebabkan semangat berblogging, saya share entri santai ini untuk melepaskan penat bekerja..

 

Selit sikit #ootd hari ini..  

Okay demikianlah perkongsian saya.. Sambil menaip perenggan akhir ini, tetiba terlintas di fikiran untuk menganjurkan giveaway akan datang, hadiahnya salah satu barang yang ada dalam entri ini. Agak-agaknya ada tak yang ingin sertai, cuba komen sikit.. Tapi janganlah ingat saya akan beri paracetamol atau minyak angin, hadiah giveaway tentulah something special, in shaa Allah.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,

26 comments:

  1. Perghhhhh designer's handbag kot! hehehe.
    Menarik betul beg akak ni semua benda pun ada. Tak payah nak pening-pening cari panadol kalau sakit. Kalau pening kepala pun terus buka beg ja. Kalau rasa mengantuk pun terus ambik mints ja. Power2 haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde maknanya power Syed 😊.. Akak jenis pantang kalau nak guna sesuatu benda tu tapi takde.. Orang cerewet memang camni dik ooii, hehehe 😁

      Delete
  2. wahh bnyknyaaa lipstick akakkk. nak pinjam 1 boleh.. hehe.. suka la tngok lipstick bebanyak tuuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. No problem Busyra boleh kalau dekat akak bagi pinjam setiap hari 😍

      Delete
  3. Banyaknya lipstick NYX akak bawak sekaligus. Seronok nampak banyak color. Hehe. Siqah bawak satu lipstick dan satu lip balm je. Siqah suka lipstick NYX jugak cuma sekarang kat Sephora pun takde sangat color yang siqah suka. So takde beli dah.

    Akak beli NYX kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah, memang akak suka NYX, ada separuh lagi koleksi dalam beg make-up 😁..

      Biasanya akak beli di Sephora Paradigm Mall, NuSentral, KLCC atau Avenue K 😍..

      Delete
    2. Akak suka NYX eh rupanya. Hihi. Siqah suka lipstick matte NYX. Dan sekarang baru start pakai blusher NYX. Cantik gak nanye 😁

      Ooo siqah pergi Sephora kat Sunway Piramid hari tu tapi takde color NYX yang Siqah nak. Payah eh nak jumpa. Maybe kena g Sephora lain ni. Hihi.

      Siqah tengah belajar mekap sikit2 sekarang 😅😍

      Delete
    3. Next time akak nak cuba lipstick matte pula since Siqah guna 💕..

      Hehehehe bertambah seri rupa Siqah bila pakai make-up 😍

      Delete
  4. Ok...buat giveaway...perfume satu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Mrs. PIP, perfume miniature okay 😉

      Delete
  5. Wah kak LZ nak bt giveaway? wajiblah saya nak join,kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer Mayy dalam perancangan.. Join tau 😉

      Delete
  6. Geramnya tgk Lisptick LZ yanh banyak tu. 😍😍

    So far shopping bag, antibacterial wet tissue dan perfume jer ana sama dgn LZ untuk brg dalam beg. Hehe. 😘😘

    P/s: LZ sama macam MIL ana. Suka designer handbag dan Coach wristlet tu fav dia. Hehe. Kalau dia dah tak nak handbag yang dia beli, Ana selalu lah dpt. Rezeki jadi menantu sulung. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeayy high five! LZ hantu lipsticks Ana.. Koleksi lipsticks semua untuk disesuaikan dengan pakaian 😁.

      Waaaaa untunglah menantu sulung, hehehe 😍

      Delete
  7. Beg sedikit buruk tak pe asalkan isi dalamnya banyak, jangan beg nampak mahal dan bertukar-tukar tapi isi sikit sebab beg banyak juga harga murah sekarang ni kan... hihi...

    ReplyDelete
  8. Bedak tak de ke LZ? Wahhhh mesti kulit dah mulus gebus gitukan....
    Biasalah LZ...sama je kalau dah namanya perempuan, lipstik mmg wajib ada ikut tema hihi.... kalau tidak oh...tak bermaya rasanya muka ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bedak ada mak Nom letak dalam beg make-up. LZ bawa 2 beg ke office. Beg ni kira main bag, hehehe 😍😍😍

      Delete
  9. blogger brunei blh join ke segmen akak nanti? hehe.

    dalam beg fae salah satu brg yg wajib ada is stock ipin tudung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sure boleh Fae, sangat dialu-alukan 😍😍😍

      Oh pin tudung spare, hehehe

      Delete
  10. saya lagi tertarik pada NYX tu. hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, in shaa Allah LZ akan buat giveaway in the future.. so stay tuned Tia 😄

      Delete
  11. sy x prnh sumbat panadol dlm beg 😂 sebab x suka makan ubat. mnyk angin je sumbat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eloklah NA, saya terpaksa makan paracetamol sebab tak tahan sakit.. Suka tak suka kena makan juga kalau tidak menggelupur sakit kepala, huhuhu 😢

      Delete
  12. ya Allah menggodanya tengok lipstik nyx tu.. #menangisbucukatey

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihihi in shaa Allah, next giveaway mungkin lipstick NYX kepada pembaca / follower yang bertuah, terus ikuti blog sis tau supaya tak terlepas peluang 😊..

      Delete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Just type you email address in the box below & hit the 'Subscribe' button :


Follow Me @ladyinredplanner