Ramadhan sudah masuk minggu ke-3, saya percaya tentu ramai antara kita sibuk dengan persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan dalam masa yang sama juga meningkatkan amal ibadah 10 malam terakhir Ramadhan.. Semoga dipermudahkan segala urusan dan amal ibadah kita diterimaNya..
Saya juga ingin memanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana dalam kesibukkan menjalani tugas hakiki di pejabat dan rutin harian dapat juga saya meluangkan masa berutus kad raya dengan peserta Projek Kad Raya 2019 by Lady In Red Planner..
Saya juga ingin memanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana dalam kesibukkan menjalani tugas hakiki di pejabat dan rutin harian dapat juga saya meluangkan masa berutus kad raya dengan peserta Projek Kad Raya 2019 by Lady In Red Planner..
Projek Kad Hari Raya 2019 |
Untuk pengetahuan pembaca, proses mencari dan membeli kad raya yang sesuai juga bukan mudah sebab tak banyak kedai buku sekarang ini menjual kad raya dibandingkan 5 atau 10 tahun lalu. So nampak tak kad raya dah semakin pupus okay..
Kad Hari Raya 2019 |
Setem 60 sen untuk kad Hari Raya |
Peti pos Malaysia |
Harapan saya semoga semua kad raya diterima kepada peserta dan rakan bloggers. Maaf andai ada yang terima kad raya saya selepas bulan Ramadhan disebabkan kelewatan penghantaran oleh Pos Malaysia. Kita faham mereka sekarang sedang bertungkus-lumus untuk proses serahan sebelum cuti Hari Raya nanti.
Related post : Projek Kad Hari Raya 2019 by Lady in Red Planner
Sekian, sahaja perkongsian saya kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Thank you for reading..
Wasalam..
Regards,
Loading...
22 Comments:
Lama tak dapat kad Raya
untuk saya ada tak?hihi
Wahhh bestnya..rugi tak join
Alhamdulillah niat akak dah lunas..moga urusan dipermudahkan..
Alhamdulillah.. semoga semua kad raya selamat tiba ke penerimanya..
Zaman dulu2, kad raya ni meriah sangat.
Masih rajin lagi menulis dan mengirim kad raya...
Sekarang kad Raya susah dapat Rabiah sebab itu tradisi ini kian pupus..
Tahun depan Cik Nor join okay 😉..
In shaa Allah tahun depan LZ akan buat lagi so Ciktie boleh join nanti 😊
Alhamdulillah PC, syukur dipermudahkan segalanya.. Terima kasih dear 🌹..
Alhamdulillah Sha, itulah yang diharapkan.. Terima kasih atas sokongan Sha 🌹..
Betul tu Pakcik WP, setiap kali saya balik kampung sehari dua sebelum raya mesti tunggu kad raya dari kawan2.. Nostalgia sangat, hehehe
Mengembalikan tradisi lama sweetie, memori terindah hehehehe 😊
Bestnya kalau dapat kad raya. Tradisi macam ni mudah mudahan tak pupus dalam era zaman teknologi ni
Iya Cik CL begitulah harapan kita.. Biar sedikit kita memberi dan menerima asalkan tak pupus ditelan zaman..
dana terlupa lah nk mintak alamat akak... nnti akak bg alamat kt email dana yek... ataupun boleh tak akak sertakan beberapa lagi ke alamt kwn2 blogger...
dana excited nk kirim kad raya, walaupun mmg ucapan tu sangat kekok sbb dh lama tak menulis...
kalau dpt time lps raya pun kira ok... pun ttp seronok
wahhh menarik! and setuju juga, memang tak banyak dah jumpa kedai buku yang jual kad raya macam dulu2
Bagus projek ni LZ mengimbau nostalgia.
Teringat zaman 90an dulu kad raya macam-macam pilihan.
Dapat kad raya pun banyak siap gantung kat pokok buat hiasan.
Kalau kad raya untuk boyfren pulak besar gedabak siap ada lagu lagik!
Dulu kecik2, siap gantung pada ranting kayu, tampal kat dinding & susun dalam bakul. Perkara yang semakin dilupakan :(
Syoknya sis LZ meneruskan tradisi ini.. Mesti senyum mana yang dapat tu
memori betol.. hahaha.. dulu ada la beberapa tahun dok buat pos kad raya.. skrg dah malas skit..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!