Welcome..

Wednesday, May 08, 2019

Projek Kad Hari Raya 2019 by Lady In Red Planner

Sementara tunggu waktu berbuka puasa, di kesempatan ini saya ingin mengumumkan Projek Kad Hari Raya 2019 saya sebagai entry kali ini. Tahun ini saya bercadang untuk bertukar-tukar kad Hari Raya dengan pembaca atau rakan bloggers yang berminat menggunakan konsep Postcrossing. Camne konsep Postcrossing yang dimaksudkan? Senang sahaja..


Syarat-syarat dan cara penyertaan Projek Kad Hari Raya 2019 ini seperti berikut :

(a) Terbuka kepada semua pembaca / bloggers yang berminat untuk mengirim dan menerima kad Hari Raya;

(b) Peserta  dikehendaki untuk mengisi maklumat di "Contact Me" terletak di side bar blog ini. Dalam ruangan "Message" sila masukkan alamat surat-menyurat anda. Jika anda seorang blogger jangan lupa letak sekali url blog anda; dan

(c) Sejurus menerima maklumat di atas, saya akan email nama dan alamat kepada siapa anda perlu hantar kad Hari Raya. Jadi tunggu email saya. 

Konsep Postcrossing anda akan terima kad secara surprise. Dalam masa yang sama juga saya akan hantar kad Hari Raya kepada semua peserta Projek Kad Raya 2019 ini. Ini bermakna setiap peserta akan mendapat 2 balasan Kad Hari Raya. 


Dalam kad Hari Raya anda nanti ceritalah tentang persiapan sambutan Hari Raya anda & keluarga atau apa sahaja yang berkaitan mengikut citarasa anda.

Tujuan Projek Kad Hari Raya 2019 ini diadakan sekadar ingin mengembalikan nostalgia bertukar-tukar kad Hari Raya supaya tradisi ini tak terus tenggelam ditelan zaman. Siapa yang pernah bertukar-tukar kad Hari Raya suatu masa dulu pasti dapat merasai 'kemanisan' menghantar dan menerima kad Hari Raya. Percayalah lain sangat feeling jika dibandingkan orang wish ucapan Hari Raya melalui social media.

Bila dapat kad nanti, bolehlah share di entry blog anda supaya setiap peserta tahu ke mana dan dari siapa mereka terima kad Hari Raya tahun ini melalui Projek Kad Hari Raya 2019.

Okay, kepada yang berminat boleh bertindak sekarang dengan hantar maklumat anda.. 


TEMPOH 

Projek Kad Hari Raya 2019 ini bermula dari hari ini, 8.05.2019 hingga 15.05.2019 bagi mengelakkan masalah semasa proses penghantaran melalui Pos Malaysia. 

Ingat, setiap peserta perlu ada kejujuran dan keikhlasan.. jadi bila dapat kad raya pun senyum lebar kegembiraan, tiada aura terpaksa.. Semoga ianya dapat menceriakan hari anda..

Impian ini sebenarnya telah saya zahirkan dalam entry sebelum ini [DI SINI] tapi tak sempat tempah kad. Terpaksa beli kad yang dijual di pasaraya atau kedai buku.


Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh tulis di ruangan komen di bawah. Pembaca yang tidak berminat untuk turut serta juga boleh memberikan pendapat dan cadangan anda..

Okay, setakat ini sahaja..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

24 comments:

  1. Bertukar kad raya ni ada nilai dan aura serta makna yang tersendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly PC, rasa gembira yang sukar diungkapkan..

      Delete
  2. wahhh bestnyaaa projek kad raya ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Farah, jom join cepat hantar alamat.. 😍

      Delete
  3. Sha nak joint.. Kebetulan kad raya masih ada nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan Sha, sangat dialu-alukan.. Cepat isi alamat surat-menyurat di ruangan Contact Me blog ini..

      Delete
  4. Menarik ni projek sis lz.. 😍
    Semoga dipermudahkan tau

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan.

    https://www.godiondzgn.com/2019/05/memasang-widget-ucapan-ramadhan-2019.html?m=1

    ReplyDelete
  6. Nak joinn. Lama tak dapat kad raya. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat dialu-alukan CR, silakan.. 😊

      Delete
  7. menarik.. tp tahun ni tak buat kad raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's okay Nina, sis pun tak guna kad raya tempah.. Kalau berminat Nina boleh join juga 😊..

      Delete
  8. menarik ni! insya allah akan cuba join

    ReplyDelete
  9. dana pun teringin nk hantar kad raya kt kwn2 blog.. rindu sgt nk rasa ada terima kad raya...
    bagus jgk akak bt ntry nih... nnti dana isi ye kt sebelah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Dana sebab itu sis anjurkan projek kad raya ini di samping mengeratkan ukhuwah..

      Jika berminat Dana boleh join 😊..

      Delete
  10. Wah bagus lz buat mvm Ni skrg kad Raya dah rare

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul mamapp.. Tak best kalau tak dapat kad raya 😁..

      Delete
  11. Rajinnya LZ.....
    Sebenarnya bagus projek ni, mengembalikan nostalgia kad raya mcm dulu dulu.... hari hari tunggu abg posmen hihi

    ReplyDelete
  12. wahhh so sweetnyaa projek ni :D

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!