Asyik Tukar Blog Template

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Saya doakan semoga anda semua beroleh kesejahteraan dan dirahmatiNya selalu.. 

Al-kisah, pengunjung blog saya tentu perasan sejak kebelakangan ni saya kerap bertukar blog template kannn.. Sebenarnya stress, tentu ada yang tak kena di jiwa sebab itu saya asyik bertukar template baru. Cerita dia begini.. 

Sebelum ni saya ada kongsi cerita, bulan Ogos lalu memang sibuk dan tak sempat jenguk blog apatah lagi post cerita baru. Bila masuk bulan September jadual start reda, rasa bersemangat untuk kembali blogging tapi mula bosan dengan template sedia ada. Mulalah gatal tukar template.. Sebenarnya itulah perangai saya, agak-agak malas blogging start tukar template untuk kembalikan mood. Jenis saya, bila blog berwajah baru mestilah semangat blogging pun akan berkobar-kobar.. 

Blog template

Saya ketepikan traffic merundum, SEO atau apa sahaja akibat dari kerap bertukar blog template.. Apa yang saya nak blog saya cantik ikut citarasa dan jiwa saya. 

Related post : Ogos bulan super busy!

LittleGal template for blogspot

Kalau ikutkan untuk tahun ini sahaja dah 4 jenis template pernah saya tukar.. Saya masih ingat template ni paling bertahan lama.. Malangnya tetap rasa bosan padahal template ini bukan free, saya beli dari etsy. Saya pilih sendiri dan ianya dihasilkan oleh Gabriela dari Brazil. Takde salah dengan template Gabriela ni tapi saya mula bosan dengan posting imej besar di homepage. Hanya boleh fit 3 posting.

So mulalah gatal tangan, dari template Gabriela, saya tukar ke template standard, free dari btemplates.com. Template ni sesuai sangat untuk blogspot. Coding pun senang tukar..

blogger template btemplates.com 

Biasalah mula-mula suka sangat bila tukar template ni, bersemangat buat post dengan template baru.. Lama-lama ada sesuatu tak kena.. Saya tak suka template 3 columns dengan sidebar di sebelah kiri. Ianya membuatkan posting saya kecil dan gambar pun memanjang, tak cantik. Tapi saya suka warna template ni, soft pink dan turquoise. Pertama kali saya derhaka dengan warna kegemaran - merah & hitam. Banyak masa saya habiskan buat template ni, satu persatu saya tukar seperti warna, jenis dan size fonts. Berpinar jugaklah biji mata.. Bila nak tukar ke template lain, fikir juga berkali-kali sebab sayang dan banyak masa dah terbuang. 

Walaupun kata begitu, tapi tetap mencari-cari template lain yang kena dengan jiwa. Satu persatu saya cari.. Kali ni dapat template ni di etsy.. Dalam hati berdetik : "Kalau ada berkenan di hati tak kira berapa harga mesti aku beli. Janji puas hati!" 

Hasilnya saya beli template ni.


Victoria template from etsy.com

Cakap macam-macam pun tak guna kalau akhirnya saya tetap ikutkan kata hati yang degil, ikut perasaan. Hari ni saya bulatkan tekad, tukar template untuk kali ke-3.. 

Template kali ini bernama Victoria, hasil ciptaan Julia dari Poland. Frankly speaking ini template paling mahal saya pernah beli. Bila pasang template ni, blog mula 'menggila'. Widget semua lari lintang-pukang.. Puas cari code, susah.. tak jumpa. So saya contact Julia, seminggu baru balas mesej saya. Kesian dengan pembaca yang singgah baca post saya dalam tempoh itu, tentu pening kepala dengan font dan alignment berterabur. 

Saya guna template Victoria ni cuma bertahan 1 post sahaja. Tak kena dengan jiwa. Banyak code sedia ada terpaksa delete sebab tak boleh fit code template tersebut. Bukan itu sahaja macam-macam restrictions kena ikut. Malas layan, so saya tukar template lain..

GreatMag template

Ini template terkini, free dari btemplates.com. Tak janji boleh bertahan berapa lama. Buat masa ni saya suka template ni sebab senang ubah code, imej di homepage auto resize (semua masuk dalam frame), ada social media share icons dan guna simple font (mudah baca). Warna tema kembali semula warna kegemaran iaitu hitam dan merah. Apa pendapat pembaca dengan template ni? Harap-harap saya terus setia dengan template ini.. 

Begitulah cerita asyik tukar template blog. Samalah juga dengan perangai suka ubah kedudukan perabot, itulah saya. Siapa ada perangai begini? Siapa yang setia dengan template yang sama boleh juga kongsi macam mana anda boleh setia maintain dengan template yang sama begitu lama?

Oh yaa, nak tanya - apa ciri-ciri blog template kesukaan anda? Anda pilih warna? Susunan post? Fonts atau apa? Jangan lupa kongsi pendapat anda..

Related post : Blog berwajah baharu.

Walau apa pun terima kasih kerana sudi singgah di blog ini..
Saya ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan pembaca semua.
Sekian, wasalam..
Byeeeeee....


Regards,




44 Comments:

saya suka blog yang ceria da berwarna..sejajar dengn sikap saya yang happy go lucky..hehehe

Heheheheh blog Cuya pun comel, samalah juga macam tuan dia kannn ;)

PC pun tak setia lama dengan satu-satu template la kak..tapi bila fikir nak edit mengedit tu fikir banyak kali nak tukar template sebenarnya.

Saya pun tahun Ni tukar 3 kali template. Dua template Saya beli hampir USD10, tapi Dua Dua buat PV Saya jatuh. Now pakai free template, nak pasang pun senang. Dan kebetulan warna template n fonts tu Saya mmg suka, so Tak perlu nak ubah byk sangat.

nice dah template yang sekarang ni, tak serabut :)

Setia. Tidak pernah tukar lagi. Sebenarnya takut faktor tidak mesra SEO. Perasan pos terbaru LZ ni lambat keluar pada pemuka (dashboard) blog saya, 4 jam baru keluar ada pos baru LZ.
Apapun kemas. Hehe gigih tukar-tukar. Ada kesungguhan hendak godek kod tidak apa.







Apapun k

Nampak kemas blog ni...sy suka warna hitam, merah dan orange..

Rajinnya. Antara faktor yang buat Dina memang setia dgn template sama sebab Dina jenis tidak rajin nak kena cari satu-satu sehingga jumpa yang sesuai.

Samalah. Saya pun suka tukar template blog. Template yang saya pakai ni yang ketiga. Bosan asyik template tu aje

saya suka template putih.. font pulak jenis standard... x suka font yg berbunga² nnt susah nk baca.. pastu sbnrnya sy suka komen yg kita boleh reply komen dr blogger lain tp sampai skrg x jumpa codingnya... huhu

biar banyak kali tukar, janji puas hati

Guna theme yang berbayar is another level. Zhi dari dulu sampai skg theme yg sama je. Uhuk.

hahah kena keep tukar utk puaskan hati kan! haha atie dulu macam2 tukar then now..xpe la.. this one the current one let it be till new year :)

Lately memang suka putih, sebelum ni hitam. Ikut mood, bila boring memang akan tukar :)

Ya samalah kita PC.. Leceh bila tukar template ni.
Akak akan peruntukkan masa sekurang-kurangnya sehari-suntuk untuk tukar template sampai siap dan puas hati.

Tukar template ni kena trial and error kan kak Pip..
Kadang-kadang template kita pilih tu nampak sesuai tapi bila apply pada blog ada kesan sampingan, terpaksa tukar lain untuk kebaikan jangkamasa panjang. Itulah cabarannya..

Alhamdulillah, terima kasih Syaz 😊

Itulah NA mesti ada kesan sampingan lepas tukar template.
Takpe maintain dulu tengok beberapa bulan lagi. Template kali ni simple, senang tukar coding.. Bila tukar template ni leceh jugak NA cari coding tapi kata orang dah alang-alang kann hehehehe 😁

Saya pun suka beli kat etsy. Banyak pilihan. Pernah juga beli templateb blog Gabriela tu. Sekarang dah jarang saya tukar blog sebab malas nak hadap coding.

Template blog ni kalau tak kena dengan citarasa memang stress juga selagi tak jumpa mana yang ok. faham perasaan tu kak :)

Fiza suka template akak yang Gabriela tu, minimalist template. Template sekarang pun better juga janji senang nak explore kak :)

Terpaksa merajinkan diri Irdina demi blog yang cantik ;)

Yeayy saya ada gang dengan LH. Sejenis mudah bosan dan suka tukar template blog, hehehe

Lately saya pun suka background template putih atau clear. Font pun memainkan peranan kann Kakmim. Tentang komen macam Kakmim beritahu tu kalau dah jumpa nanti bolehlah bagi tutorial. Nak tahu juga..

Hahahaha sudah tentu thes.
Thes memang memahami :)

Itu menunjukkan Zhi seorang yang setia.
Jangan nafikan personality itu ;)

Yer Atie, kadang-kadang sampai satu tahap bosan.
Tunggulah bila rajin, baru ada mood tukar template.
Mungkin satu masa nanti sis sampai tahap macam Atie malas dah tukar template lagi..

Betullah setuju dengan m.u.l.a.n.. Template pun kadang-kadang mempengaruhi mood kann ;)

Terima kasih TS, really appreciate it!

Itulah Fizah, template Gabriela tu paling lama akak guna.
Mood layout dengan homepage besar dah ke laut so layan dulu template jenis magazine ni. Harap-harap kali ni setia, hehehe ;)

nak tukar templete bukan senang kan..kena tul2 ada mood sbb makan berhari juga kita nak adjust semuaaaaa words ni

Background putih sentiasa di hati hehehee...

Mcm rabia lah suka tukar template blog

blog pun sekali sekala kena tukar kulit.. baru boleh up kan mood berblogging. sy dh lama tak tukar sbb belum ada idea nk design

Sy pun ada hati jg nak tukar wajah br utk blog ni, tapi hurmmm... nak cr template br pun stress. Alahaiii!!! Update blog pulak ke laut. Bukan lagi kadang2, tapi jarang2

Definitely Mrs. A, clear tak serabut..

Yeayy ada gang suka tukar template blog :)

Mungkin kebanyakkan blogger pun sama kot Nina Mads.. Tukar template untuk cari mood blogging macam sis juga :)

Hehehehe kena gigih bila tukar template ni kannn NA.
Banyak usaha dan masa dihabiskan di situ.

yang penting kena dengan selera kita.. saya pun cepat jemu
dgn template tapi saya malas dan tak reti. maka guna sajalah dulu hehe..

tgh mencari yg pandai utk design blog tp ramai dh bersara :)

tak pandai sangat bab templete ini.. Suka yang simple dan senang loading.. hehehe.. Kalau ada warna merah tu bonus.. hehehe

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More