Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.
Perkongsian saya kali ni tentang self-reward atau dalam Bahasa Melayu memberi ganjaran atau penghargaan kepada diri sendiri.. Sebenarnya terlalu banyak aktiviti saya lakukan sebagai rutin harian hakiki yang kadangkala bila flashback akan timbul rasa : "Iskh tak sangka aku mampu buat semua itu...." Jadi saya mengamalkan self-reward untuk menghargai penat lelah selama ini. Ianya juga sebagai terapi dan motivasi diri terhadap apa yang telah dicapai atas usaha sendiri.
Bunyi pelik apalah penting sangat menghargai diri sendiri? Walaupun bunyi pelik tapi hasilnya dengan cara self-reward saya dapat mencapai banyak impian yang diinginkan, alhamdulillah. Selain itu kurang stress dan sentiasa focus kepada usaha dan matlamat yang ingin dicapai.
Do What You Love |
Pelbagai perkara dan cara kita boleh hargai diri sendiri. Setiap orang mungkin ada cara yang berbeza. Ada yang pergi bercuti, membeli emas, beg tangan, pokok bunga dan sebagainya. Pendek kata apa sahaja yang memberi kepuasan kepada diri sendiri. Tapi harus diingat, apabila membeli itu ini jangan sampai habis wang simpanan dan membeli pula ikut nafsu. Al-maklum manusia ni banyak sangat yang diinginkan kadang-kadang lupa keperluan yang lebih utama..
Ini antara 2 self-reward utama saya ialah:
1. Beli perfumes
Self-reward utama saya sejak kebelakangan ni beli perfumes.. SaSa pula dekat dengan pejabat jadi saya tak akan melepaskan peluang bila ada sale. Bila ditanya apa jenis wangian kegemaran? Pilihan saya tentulah floral scent.
Related post : SaSa New Opening Special Best Buy di AEON Seremban 2
Perfumes collection |
Ini antara self-reward saya tahun ini.. Tahun lepas saya beli Poison girl by Christian Dior dan Signorina by Salvatore Ferragamo. Boleh kata setiap tahun saya akan beli sekurang-kurangnya 2 botol perfumes baru.
La Vie Est Belle by Lancome and Bvlgari Rose Essentielle |
Lama saya ingin memiliki perfume La Vie Est Belle dari Lancome dan Bvlgari Rose Essentielle. Saya pernah guna kedua-dua perfume ini. Memang my all time favorite! Bila dua-dua perfume ni dah habis ada juga cuba beli wangian lain tapi tak kena dengan scent kegemaran saya. Kali ini saya repeat semula perfumes tersebut. Dapat beli puas hati!
2. Beli beg tangan atau pakaian berjenama
Saya suka sangaaaaaat dengan beg.. Koleksi beg saya kebanyakkan jenis shoulder bag, tote dan sling bag dari beberapa jenama terkenal. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja, saya minat dengan backpack MCM. Nampak unik dan cantik.
MCM Stark Studs Backpack in Visetos |
Ini backpack pertama saya jenis Stark M Studs Backpack in Visetos.
Untuk pengetahuan, saya suka beli beg dan pakaian berjenama bukan sebab terlebih mampu tetapi mindset saya tentang barang berjenama ni berbeza. Saya anggap ianya sebagai sebahagian dari investment. Saya pakai bukan untuk show off sebab saya tak kisah pun orang tahu atau tidak jenama yang dipakai, ada label di luar atau tidak, janji for my own satisfaction..
Glam room |
Saya tak akan guna barang-barang berjenama tersebut sampai lunyai tetapi bila rasa bosan saya akan jual semula. Ada yang baru 3 atau 4 bulan pakai saya dah jual. Antara platform yang saya gunakan untuk menjual barang preloved saya ialah ebay dan beberapa website menjual pre-owned luxury items.
Pakaian berjenama |
Wang yang saya perolehi hasil jualan pre-loved tersebut saya akan beli beg / pakaian baru atau jadikan sebagai wang simpanan. Walaupun harga lebih rendah dari harga asal, sekurang-kurangnya masih ada nilai di situ.
KELEBIHAN SELF-REWARD
Bila buat sesi self-reward begini rasa semangat untuk berusaha dan kerja lebih kuat. Hanya kita sahaja yang dapat hargai diri sendiri atas segala penat lelah yang telah dilalui. Hanya kita sendiri jugalah yang dapat memotivasi diri sendiri. You deserve it!
Kalau anda tak percaya mungkin boleh mulakan. Caranya, setiap kali anda berjaya dengan sesuatu tugasan penting, beri ganjaran kepada diri sendiri sebagai reward kerana berjaya mencapai matlamat tersebut. Tak semestinya self-reward sesuatu berbentuk material dan mewah. Apa sahaja ganjaran, besar atau kecil asalkan membantu anda memotivasikan diri sendiri dan paling penting mampu membuat anda gembira! Setiap orang ada cara dan citarasa sendiri.
Anda sendiri tahu cara terbaik memberi ganjaran kepada diri sendiri. Tapi ganjaran itu kenalah sepadan dengan usaha yang telah dilakukan. Semakin susah dan panjang jangkamasa sesuatu usaha itu, semakin besarlah self-reward yang diberikan.
Tak semua melibatkan wang tapi ada juga self-reward yang tak melibatkan wang seperti:
- rehat dan santai bersama keluarga
- movie-marathon di rumah
- cuba hobi baharu yang selama ini belum sempat buat
- meluangkan masa bersama rakan
- menanam pokok kegemaran
- picnic di tepi tasik
- dan sebagainya..
Buatlah sistem ganjaran atau self-reward anda sendiri secara peribadi. Membeli online pun sebagai salah satu self-reward juga. Akhir kata, jangan dipandang rendah self-reward ni. Kita akan gembira dan lebih bersemangat untuk berusaha jika ada ganjaran yang menanti. Itu juga salah satu fitrah manusia, suka dihargai.
Sekian, sahaja perkongsian saya kali ini. Siapa amalkan self-reward begini? Jika anda ada sebarang pendapat tentang self-reward boleh kongsi di ruangan komen. Terima kasih sudi baca.
Sekian, wasalam.
Byeeeee...
Regards,
Loading...
39 Comments:
Betul itu, lagi bersemangat hendak buat sesuatu.
Sebab itulah mengapa kita perlu ada self-reward kann NA..
betul tu, self reward ni macam recharge diri lepas letih penat buat something tu. Lepas tu baru semangat balik nak buat kerja lain pulak
Menghargai dan menyayangi diri.
Seronok dapat self reward. Happy kan diri dan penghargaan untuk diri juga.
Self-Reward ni bagus untuk kesihatan mental dan juga sebahagian dari self love. Dina suka!
Nampaknya zhi selalu self-reward diri sendiri tanpa sedar sebab selalu beli perfume dan movie marathon di rumah. uhuk..~
Bagus ada self reward. terpulang bagaimana untuk berikan hadiah pada diri sendiri. teringat time kerja dulu sangat meletihkan dan stress, dan self reward saya pula pergi pulau dan snorkelling.
Sekarang bila dah jadi surirumah tetap, self reward saya pun dah bertukar.
I am more into savings right now. Macam rasa happy bila dapat save duit walaupun sikit. Dan saya start invest beli buku2 yang boleh tambah knowledge saya tentang ilmu parenting.
atie ada list utk self-reward juga..tapi sebelum tu.. kena lalui punishment utk settle kan CC bilss .. hahahaha
saya self reward selalunya lipstik, tudung, food..hahaha
self reward ni macam penaik semangat juga sebenarnya, kan?
Self rewards sy adalah sy shopping dgn shopee
Dan penat-penat bekerja haruslah self reward tak perlu nak tunggu orang lain dah hiks!
dh penat2 cari duit.. sesekali kena manjakan diri
Mula2 sy pilih mknn, tp tetap rasa x puas. Xda kegembiraan. Now, self-reward sy adalah spa & facial. Tenang fikiran. Tapi skrg PKPB, tpaksa puasa dl dr p spa 😭😭😭 Stress! Movie-marathin, HALAMAKKK!!! NCIS LA lom ada smbgn utk new season. Stress lg, huwaaa
Bagus kan bila kita dapat self-reward, macam saya pun ada buat self-reward jugak tapi self-reward nie saya berkongsi dengan anak-anak bulus saya.. hihihi tue kira self reward jugak kan, sebab kita nak happy kan anak² bulus..
patutla bau wangi memanjang je blog ahkak LZ nih.. hehehe
peminat parfum tp dh tak keluar ke mana ni. rasa malas nk membeli. huuu
Exactly Aiman. Happy bila dapat reward diri sendiri :)
Terbaik PC..
Sangat happy Fizah.. Rasa berbaloi dengan apa yang dilakukan.
Alhamdulillah, harap selalu dapat self-reward walaupun sikit.
Syukur sangat kann Dina.
Bagus Zhi, treat diri sendiri untuk sentiasa happy dengan apa yang kita buat..
Wahhh best cara self-reward Mrs. Pip.. Cara tersendiri asalkan kita happy dengan usaha kita selama ini.. Keep it up Mrs. Pip!
Bertabahlah Atie, kena tempuh halangan dulu baru dapat self-reward.. hehehehe. I know you can do it!
Sis pun sama macam Syaz juga.. Ada masa sis suka beli lipstick, tudung dan makan sedap untuk self-reward.
Exactly thes.. Rasa diri kita dihargai berdasarkan usaha sendiri.
Bagus juga Rabiah asalkan kita happy..
Terbaik, itu pun salah satu konsep self-reward juga Mrs. A :)
Haruslah kan Nina Mads..
Terpaksa switch self-reward NA time PKP ni but it's okay. Movie marathon best juga..
Alhamdulillah self-reward Shikin kongsi dengan anak-anak bulus. Di samping self-reward, in shaa Allah rezeki pun berganda-ganda..
Wow miracle Wak, hehehehe
Walau tak ke mana, harus tambah koleksi Nina :)
Betul, setuju. Berbaloi untuk diri sendiri :)
im not againts the idea sbb saya percaya concept self reward..
nak reward macam mana tu it is up to the individuals. cara kita beza2 tp matlamat sama.. nak happy dan beri penghargaan pada diri sendiri =)
skrg minat tambah koleksi mandian BBW heheh :)
Sha pun selalu self rewards diri..
konsep self rewards ini bagus tau.. sebagai penghargaan kepada diri kita..
Saya self reward diri dengan makanan aje selalunyaaa.. Makanan yang saya sukaa..tak kira mahal atau tak..Janji puas untuk sehari tuu. Bahaya self reward sy ni kan. HHahHHAA...Kadang saja ambil cuti...pergi ler memana yang diinginkan, setakat jalan tengok tengok...dan again, MAKAN!!! kah.kah..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!