Salam Ramadhan dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini Ramadhan ke-6, sekejap masa berlalu.. Lama tidak bersua di sini.. Banyak yang ingin dizahirkan tapi masih tak terucap (seperti lirik lagu Nash pula :)..
Kisah Tak Terungkap |
Last post in February, itu pun hanya 1 post sahaja, masuk bulan March langsung takde post.. Sejarah paling teruk sepanjang blogging.. Hurrrmmm pasti ada sebab kannn.. Bila dah lama tak blogging, tukar blog template dengan harapan supaya datang mood blogging. Itulah perangai saya, pernah saya revealed dalam post ini - Asyik tukar blog template.
Cuaca cerah |
Alhamdulillah hari ini cuaca cerah.. Aktiviti mencuci porch dan gardening berjalan lancar seawal pukul 8.00 pagi.. Lama tak menjenguk mini garden disebabkan kesibukan melampau dan semangat yang hilang..
Spider plant |
Pokok-pokok kian menguning disebabkan tak cukup air dan cuaca juga panas terik sejak kebelakangan ni. Pokok pun tak bersemangat seperti tuannya, contoh spider plant ni.. Kesian, seperti hidup segan mati tak mahu.. Hari ini baru ada masa siram dan bubuh baja.. Harap subur kembali seperti sediakala.
Sebenarnya since last February dan March saya sibuk dengan assignments diikuti dengan peperiksaan akhir semester January 2021 pada 17 April lalu..
Module |
Semester kali ini agak tough memandangkan semua perlu belajar sendiri dan tutorial dijalankan secara online. Alhamdulillah akhirnya kesibukan semester January sudah berakhir..
Exams and Assignments |
Dalam kesibukan dengan pelajaran, kesihatan bapa saya semakin merosot. Bermula 16 Mac 2021 lalu bapa saya mula tak lalu makan. Hanya minum susu dan makan nasi kurang sesuap. Oleh kerana kurang selera makan, maka kuranglah tenaga menyebabkan dia tak gerak ke mana-mana. Sejak itu bapa saya terlantar atas katil.
Mendengar khabarnya yang kian uzur, pada 19 Mac 2021, saya memohon pelepasan merentas negeri dan segera pulang ke kampung untuk melawatnya. Saya melihat sendiri keadaanya. Fizikalnya lemah tetapi ingatannya masih kuat. Bapa saya seorang yang kuat semangat, tetapi apabila fizikalnya semakin lemah dia semakin tak terdaya hingga seringkali meluahkan kata-kata berserah kepada Allah kerana sudah tak tahan menanggung kesakitan.
Saya pernah cerita tentang tahap kesihatan bapa saya di post ini - Bila Emosi Terganggu Hilang Focus. Semasa saya menulis post tersebut, saya sangat takut kehilangannya. Sewaktu bapa officemate saya meninggal, saya pernah bercerita dengan officemate sebelah begini :
Saya : "Kalau bapa saya meninggal nanti, saya nak ambil cuti tanpa gaji 3 bulan sebab saya akan bersedih dan tak mahu bersemuka dengan sesiapa."
Officemate saya menjawab : "Habis tu kau nak pegi mana? Duduk dalam gua?"
Walaupun perbualan itu ada unsur gurauan tetapi ketika itu saya serius. Saya tak tahu apa akan terjadi apabila ianya benar-benar berlaku. Perkara paling takut saya hadapi di dunia ini ialah kehilangan bapa saya. Dialah kekuatan saya..
Pada 21 Mac 2021, ketika bersalaman untuk meminta izin bertolak pulang ke Seremban hati saya sangat berat. Saya tahan airmata supaya tak tumpah di depannya. Dia berpesan supaya jangan risau keadaannya. Dahulukan tugasan hakiki saya kerana ianya adalah tanggungjawab saya. Dia hanya meminta doa saya supaya dipermudahkan urusannya. Detik hati saya berkata, entah dapat jumpa lagi atau tak selepas ni.. Saya tawakal andai itu kali terakhir..
Namun, siapalah kita untuk menafikan takdir Illahi.. Pada 21 Mac 2021 itu merupakan tarikh saya dapat menatap wajah akhir ketika hayatnya. Pada 30 Mac 2021 jam 6.30 petang, bapa saya menemui Illahi..
Al-Fatihah |
Menurut ibu, keadaannya sudah bersedia dan sempat mengucap kalimah Allah semasa menghembuskan nafas terakhir. Arwah pergi dengan mudah dan tenang. Urusan pengebumian arwah juga sangat mudah, dihadiri semua kenalan arwah jauh dan dekat.
Akhirnya saya menghadapi situasi tanpa ayah.. Perasaan? Sangat sedih seperti tidak percaya tetapi takde perasaan sampai nak cuti tanpa gaji 3 bulan sebab saya redha. Saya tak sanggup arwah sakit tak tertanggung. Saya percaya qada' dan qadar serta takdir Illahi.
Buat masa ini saya masih dalam proses menangani kesedihan. Saya tak boleh bersendirian untuk mengelakkan berfikir tentang kenangan manis saya bersama arwah. Seorang bapa yang bekerja keras hingga lupa dirinya. Tak reti rehat dari muda demi keluarga, adik-beradik dan masyarakat. Hidupnya bahagia memberi sesuatu yang berharga buat kami sekeluarga. Sudah sampai masa arwah rehat di sana.
Semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya yang lalu, diterima segala amal ibadahnya serta diletakkan bersama golongan orang-orang beriman dan beramal soleh.
...آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Related post : Keadaan di alam barzakh menurut ulama
KUCING DAN KESEDIHAN
Ini pula kaedah menangani kesedihan.. Anak saya Arief dah lama begging untuk bela kucing. Saya tak setuju memandangkan siapa yang akan menguruskan kebersihan kucing itu nanti. Rutin harian saya penuh dan takde masa untuk rutin tambahan. Tetapi dijadikan cerita, ibu mertua adik saya menawarkan 2 ekor kucing peliharaannya untuk dijaga. Oleh kerana ketika itu saya sedang bermain dengan emosi, maka saya bersetuju untuk mengambil 2 ekor anak kucing tersebut. Mungkin apabila saya membela kucing, saya dapat mengurangkan rasa kesedihan dalam hati ini.
Chloe and Fluffy |
Maka bermusafirlah 2 ekor kucing ini dari Muar ke Seremban. Saya namakan Fluffy (atas) dan Chloe (bawah). Fluffy milik Arief manakala Chloe milik saya. Kami pelihara bersama-sama. Memandangkan mereka masih belum biasa dengan keadaan di sini, saya kurung dalam sangkar pada waktu siang ketika waktu kerja.
Hi, saya Fluffy |
Hi, saya Chloe |
Pulang dari kerja saya akan membersihkan sangkar dan bermain-main dengan mereka. Ternyata mereka membawa keceriaan kepada saya. Tarikh mengambil mereka adalah tarikh kenangan saya melihat bapa semasa hayat untuk kali terakhir.
Sebelum mengakhiri post ini, terima kasih kepada pembaca yang telah meninggalkan komen dalam post saya sebelum ini. Saya akan balas semua komen satu-persatu dan kunjung balas blog anda. Thank you for your endless support. Really appreciate it!
Regards,
Loading...
28 Comments:
Innalillah. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.
Innalillahi wainnahlillahi rajiun.,
ps. mmg susah nk bela kucing tu wak taulah., huhuhu
Innalillahi wainnahlillahi rajiaun.moga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.aamiin
comel anak kucing LZ :)
Salam takziah dari PH :(
Didoakan agar arwah ayah LZ ditempatkan di kalangan para solihin aamin.
salam takziah dah moga akak sabar ya...
nanti dah makin berisi dan biasa mesti manja budak 2 ekor tu kak...
Innalillahiwainnailaihiroji'un. Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman...
Stay strong ya KakLZ 🥺🤗
salam takziah sis. its ok, take your time 🤍
Innalillahiwainnailaihiroji'un. Salam takziah buat LZ dan keluarga. Moga terus kuat tanpa kehadiran insan tersayang.
Mudah-mudahan rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.
Walaupun mereka tiada lagi di dunia ini tapi tetap segar di dalam ingatan.
Al-Fatihah (dibaca)
Cage tu asing-asing ke LZ?
Allahu..Salam takziah kak.
Alfatihah buat arwah akak. Semoga rohnya ditempatkan bersama kalangan mereka yang beriman. Aamin...
Semoga Allah berikan akak kekuatan dalam menghadapi ujian ni.Terus kuat kak.
kehilangan yang sangat menyakitkan... yus sebelum ni semasa dikejutkan pemergian abah sangat2 tersentap kami adik beradik sebab arwah abah tak ada tanda2 sakit dan xde langsung tanda dia nak tinggalkan kami. rasa baru semalam dengar celoteh suara dia yang garau.. kini hanya tinggal kenangan. harap lenny dan keluarga tabah untuk semua ini.
Al-fatihah buat arwah ayah len dan arwah abah yus
.. ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ
Terima kasih NA..
Wak Lat, memang betul.. Berubah kitar hidup selepas bela kucing :)
.. ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ
Terima kasih Shima
.. ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ
Terima kasih PH..
Terima kasih Dana..
Indoor cats memang cepat berisi dan terlebih manja :)
.. ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ
In shaa Allah Cik Suerin, terima kasih.
Thank you so much SA..
.. ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ
Terima kasih Farrah MF..
.. ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ
Betul Mrs. A.. Rindu yang takde penghujung..
Terima kasih Mrs. A.
Ya, cage beli asing dan cantum. Tak boleh letak sebelah nanti tak tentu arah masing-masing..
.. ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ
In shaa Allah Fizah, terima kasih..
In shaa Allah Yus, terima kasih..
Kehilangan yang amat perit kann Yus..
Semoga roh mereka diletakkan bersama roh orang-orang beriman, para syuhada, diampunkan segala dosa, diterima segala amalan, dijauhkan azab kubur & api neraka serta dirahmatiNya selalu..
.. ﺁﻣِﻴْﻦُ ﻳَﺎ ﺭَﺏَّ ﺍﻟْﻌَﺎﻟَﻤِﻴْﻦ
Semoga rohnya dicucuri rahmat
Al-Fatihah
Salam takziah LZ.. Kehilangan yang berat dan Sha faham situasi LZ..
Sha masih lagi bersedih dan merindu walaupun dah 2 tahun berlalu.. Memang tak mudah namun jangan memaksa diri untuk pulih.. Lalui hari seadanya dengan ruti harian.. Sesekali bila merindu nangislah dan sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.. Rindu yang tak bertepi..
Sha doakan roh arwah ditempatkan bersama roh orang yang beriman, diampunkan segala dosa, diterima segala amalan, dijauhkan azab kubur & api neraka serta dirahmatiNya selalu.. Aamiin.. Kuatkan semangat ye LZ..
...آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Memang pun begitu Sha.. Bila terlintas kenangan dengan arwah terus mengalir airmata, sedih sangat.
Sampai sekarang masih belum move on. Ingatan pada arwah terlalu kuat, jadi tak pernah putus doa untuk arwah.
..آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Terima kasih Sha.
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!