Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Terima kasih atas sokongan kalian selama ini. Bulan Disember sudah masuk hari ke-6 tetapi entri saya setakat ini hanya satu. Itu pun entri 'ringan' tanpa memerah otak iaitu entri mengumumkan Top 5 Commentators. Sebenarnya susah untuk saya mulakan entri kali ini kerana ianya melibatkan emosi saya sejak kebelakangan ini.. Bukan untuk meraih simpati tetapi sekadar berkongsi rasa hati ketika saya sedang diuji..
Al-kisah, bapa saya tak sihat.. Kaki kanan beliau bengkak dan tidak boleh menapak disebabkan oleh koyakkan tisu kaki hingga beliau tidak boleh berjalan. Seumur hidup saya, tak pernah lagi saya melihat beliau sakit teruk begini.. Kini sudah hampir 2 minggu beliau terlantar dan mengerang kesakitan walaupun telah mendapatkan rawatan di klinik.. Lebih merisaukan lagi beliau merupakan pengidap diabetes tetapi takut ke hospital!
Apabila bercerita tentang ini, airmata saya tak mampu dibendung lagi dan secara tak sengaja mengalir laju.. Manakan tidak, saya mengenali beliau sebagai seorang yang tabah dan tahan sakit. Buktinya, pada tahun lepas tangan beliau luka semasa memotong besi menggunakan mesin gergaji besi elektrik. Akibatnya jari telunjuk sebelah kanannya terkoyak separuh hingga menampakkan tulang jari. Darah memancut dan tak henti-henti mengalir.. Beliau merawat luka itu sendiri hingga sembuh tanpa pergi ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan. Berbulan-bulan lamanya jari beliau berbalut.. Alhamdulillah luka itu kini sudah sembuh sepenuhnya.
Jadi apabila beliau mengerang kesakitan, saya dapat rasakan ianya memang terlalu sakit hingga beliau sendiri tidak dapat menahannya.. Begitulah keadaan beliau sekarang..
Walau pun sedang bersedih saya cuba untuk sorok perasaan ini dari pengetahuan officemate atau orang sekeliling.. Saya tidak mahu memulakan cerita tentang hal ini kerana dikhuatiri tidak dapat menahan sedih malah saya menjalani urusan pejabat seperti biasa but on the other hand saya dapat rasakan diri ini tidak kuat menahan rasa risau dan sedih itu.
Selepas melawat beliau tempoh hari saya mengalami demam panas tahap tak boleh bangun bermula
dari hari Sabtu dan beransur sihat pada Isnin lalu.. Mungkin kerana perasaan saya terlalu sedih
dan tak kuat semangat.. Anak mana tak sayang bapa kannn.. Terasa tamparan yang sangat hebat.. Sebagai anak perempuan sulung saya
ingat selama saya hidup beliau tidak pernah menghampakan permintaan
saya..
HILANG FOCUS
HILANG FOCUS
Apabila emosi terganggu tanpa saya sedari saya kerap cuai akibat hilang focus. Apa yang berlaku saya tak pernah tertinggal tablet tetapi semalam tertinggal di pejabat tanpa ada perasaan risau (sebelum ni tertinggal sanggup datang office semula tetapi kini hurmmm hilang pun hilanglah kalau dah takde rezeki), pen drive yang mengandungi banyak maklumat sulit sepatutnya dikeluarkan dari CPU office tetapi dibiarkan melekat, pagi ini pula lupa semat pin tudung, lebih memalukan kelmarin lupa bayar hutang makan (saya makan dengan officemate seramai 4 orang so salah seorang akan advance payment dan kami akan bayar kemudian), pagi ni juga masak kari sotong biasa dalam periuk tetapi saya masak dalam kuali dan apabila bercakap seringkali slip of the tongue. Apa yang berlaku semua akibat hilang focus. Jasad ada di situ tetapi minda di awang-awangan..
DOA & HARAPAN
DOA & HARAPAN
Okay, begitulah cerita terkini dari saya.. Sebelum mengakhiri entri ini saya sentiasa berdoa agar beliau segera sembuh. Kawan-kawan semua jangan lupa doakan kesihatan bapa saya.. Dalam keadaan ini saya perlu kuat dan tabah dengan ujian ini, in shaa Allah.. Ada lagi insan lain yang diuji dengan lebih hebat. Life is a test! Allah does not burden a soul beyond that it can bear. Hidup perlu diteruskan.. Itulah kekuatan dan kata-kata semangat untuk diri saya.
28 Comments:
allahu..sedihnya baca entry nih... i feel you sis...mak kite pun pernah terputus jarinya masa bercuti kat PD thn 2008 tp x pernah buat entry pasal tu..sebab masa tu rasa x kuat sangat2.. panik & air mata je jadi teman...
semoga org tua sis cpt sembuh...dan org kesayangan kita dijauhkan dari segala musibah..amin2 :'(
Aminnnn...
Thanks JJ, sekarang ni pantang cerita ttg ni mesti mengalir airmata.. Siapa pernah alami pasti tahu camne perasaan itu kannn JJ 😢..
Semoga dipermudahkan segala urusan.
Bertabah dan kuatkan semangat
Aminnnn..
In shaa Allah pakcik WP..
Terima kasih..
Allahuakbar... sedihnya bila baca cerita LZ..
Liez doakan semoga ayah LZ kembali pulih
Buat LZ,kena kuat semangat untuk ayah LZ tu...jgn nnt LZ pula yang sakit
InsyaaALLAH... semoga dipermudahakan semuanya untuk keluarga LZ ye
Semoga dipermudahkan urusan LZ sekeluarga...
...آمِيّنْ آمِيّنْ يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ
Terima kasih Mrs. Liez 💕..
...آمِيّنْ آمِيّنْ يَ رَ بَّلْ عَلَمِيّنْ
Terima kasih Hani 💕..
banyakkan bersabar dan berdoa kak supaya abah cepat sembuh.. faham sangat situasi tu.. pujuk abah pegi klinik/hospital supaya tak melarat.. take care kak..
Betul E'in, itu yang selalu akak buat supaya terus tabah.
Terima kasih E'in 💕..
Betul...bila mak ayah kita sakit...fokus kita akan hilang...hakikat...anak dan ibu bapa..ibu bapa dan anak...hubungan batin..emosi..selagi mereka tidak sihat..tidak pulih sepenuh..selagi itu emosi memberat..sangat2..sabar ya kak..
HI,
1st of all, I hope you tabah dengan dugaan ni.
2ndly nak advice, my mom pun pengidap diabetes, So I think i know how it feels bila nampak ada kaki bengkak atau luka pada badan dia. I nak nasihatkan bawa la your dad pegi hospital. I risau kaki dia tak boleh diselamatkan nanti. Diabetes ni bahaya. Bukan nak takutkan you, but lebih baik cegah awal dari ada benda lebih buruk jadi. My mom dulu pun x nak pegi hospital, but then sampai hospital tak lama kena potong jari dah.
I memang tak main-main dengan diabetes. Agak bahaya juga risau dia dah makan sel2 badan.
I harap you tenang dan buat apa yang sepatutnya as a daughter. Buat yang terbaik dengan tujuan nak tengok ayah you pulih balik.
Jaga diri k .
Moga tabah.
Ibu ayah penguat semangat anak.. Bila mereka sakit, kita pun down..
By the way, terima kasih PC 💕..
First of all thanks Zhi for your concern, really appreciate it 💕..
Betul apa yg Zhi jelaskan lebih2 lagi based on your experience. In shaa Allah, I'll slowly pujuk my dad to get treatment. As a daughter definitely I'll do the best for him.
Hopefully semua urusan dipermudahkan & keadaan my dad beransur baik, amin..
Thank you once again 💕..
sedih nya bila baca entry ni..bawa bertenang dan bersabar ya sis..Saya pon faham situasi ni, dulu2 saya kerja jauh dari kampung, bila orang tua sakit di kampung saya pon macam sis juga hilang arah dan fokus bila diorang tidak sihat...Semoga segala di permudah sis
be strong sis. Semoga dipermudahkan segala urusan.
Sabar yeaa, semoga bapa akan cepat cepat sembuh. Aamiin :(
Allahu akbar. Moga ayah LM cepat sembuh ye. Kalau paksa ayah ke hospital tak boleh ke LM?
Atau mungkin mintak adik beradik yg rapat memujuk.
Biasalah bila hati susah, fikiran akan terganggu. Segala galanya pun jadi celaru
Thanks Miss Tins 💕
Begitulah perasaan kita bila berjauhan dengan keluarga.. Risau dan rindu perkara biasa, jiwa kena kental..
Aminnnn..
Thank you Raydah 💕
..آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Terima kasih Fatin, saya harap pun begitu..
Kak Nom, bapa saya memang susah dipujuk nanti kita pulak dia marah sebab tak faham dia. Puas saya fikir cara utk bawa dia pi check up. Selain berdoa supaya dia segera sembuh, saya pun doa supaya hati dia terbuka untuk dapatkan rawatan..
Perkara begini buat saya hilang focus, sepanjang masa fikir cara untuk atasi masalah ini. Saya hanya mampu berdoa supaya dipermudahkan urusan, amin.
Moga dimudahkan segala urusan..
Moga ayah LZ juga diberikan kesembuhan...aamiin...aamiin
..آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Itulah harapan saya..
Terima kasih WB atas doa 💕..
Mrs. A doakan semoga Ayah LZ lembut hati untuk dibawa ke hospital.
In Sha Allah teruskan berdoa di dalam setiap solat waktu dan bila-bila masa teringat bacakan Al-Fatihah untuk Ayah.
In shaa Allah, LZ akan amalkan pesanan Mrs.A.. Itulah harapan LZ juga, aminnnn..
Sabar kak LZ. GV doakan semoga ayah kak LZ cepat sembuh. InsyaAllah. Aamin.
Terima kasih GV atas doa dan sokongan yang diberi.. Maaf terlepas pandang komen GV ini but I really appreciate it sepenuh hati..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!