Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Kali ini saya ingin berkongsi mengenai susunatur ruang solat di bilik saya. Bukan sahaja hiasan ruang tamu dan dapur sahaja perlu diberi tumpuan, malah ruang solat juga sama penting. Saya perlu ruang solat yang selesa.
Sepertimana pernah saya nyatakan dalam post ini, saya sekarang obsess men-decor rumah termasuk impian untuk menatarias ruang solat. Sebenarnya plan men-decor ruang solat ada dalam perancangan sejak berpindah masuk ke rumah ini. Malangnya asyik tertangguh kerana masa tak mengizinkan di samping belum menjumpai konsep yang sesuai.
Ruang solat |
Akhirnya, masa yang sesuai telah tiba. Saya dapat merealisasikan impian untuk menata rias ruang solat saya mengikut konsep Scandinavian.
Mengapa pilih konsep Scandinavian?
Sebab utama terdapat unsur kayu atau unsur semulajadi dalam konsep ini di samping ianya simple.
Apa maksud konsep Scandinavian?
Untuk pengetahuan konsep atau tema Scandinavian ini berasal dari negara Scandinavia iaitu Sweden, Denmark dan Norway malah telah wujud sejak tahun 1950-an lagi. Konsep ini juga dikenali sebagai Nordic meliputi negara Finland dan Iceland. Konsep ini banyak menggunakan warna putih, kelabu hitam dan warna pastel. Konsep Scandinavian yang simple menjadikan sesuatu ruang nampak lebih luas dan tenang. Ianya juga sesuai dipadankan dengan perabot kayu untuk menimbulkan elemen semulajadi.
Ruang solat konsep Scandinavian |
Saya tidak mempunyai masalah untuk membeli atau menukar perabot kerana kebanyakkan perabot saya dibeli dari Ikea berwarna putih, jadi ianya memudahkan saya blend warna putih dengan konsep ini. Selain itu, warna dinding juga memainkan peranan penting. Warna dinding dah berwarna putih so tak perlu cat lagi.
Saya hanya perlu membeli rak jenis buluh untuk letak al-Quran dan sumber bacaan berunsur keagamaan di samping aksesori kecil lain sebagai pelengkap.
Rak diperbuat dari buluh |
Cermin buluh |
Di bahagian kedua rak, saya letak rehal yang diperbuat dari kayu dan kotak tisu di mana bahagian penutup kotak tisu tersebut diperbuat dari buluh.
Rehal dari kayu dan kotak tisu penutup buluh |
Rehal dari buluh |
Hiasan seterusnya, saya beli ladder kayu pine wood ini untuk meletakkan sejadah dan telekung. Saya suka ladder ini sebab ianya unik selain berjaya melengkapkan konsep Scandinavian saya.
Tangga hiasan dari pine wood |
Gaya Scandinavian tak lengkap jika tiada pokok hiasan. Jadi saya memilih pokok areca palm tree yang mudah dijaga sebagai sumber oksigen dalam bilik ini. Apa yang penting pokok ini tidak beracun dan juga selamat untuk anak bulus saya.
Areca palm tree indoor plant |
Pasu pokok hiasan ini saya letak dalam bakul rotan untuk disesuaikan dengan konsep Scandinavian. Nampak semulajadi dan menyerlahkan lagi ruang solat ini.
Ruang solat konsep Scandinavian |
Beginilah rupa ruang solat saya, simple. Di sebelah ruang solat terdapat lazy sofa dari fabrik baldu, tempat saya membaca bahan bacaan berunsur keagamaan selepas solat atau sementara menunggu masuk waktu solat.
Related post : Aktiviti sepanjang lockdown.
So bagaimana konsep ini? Adakah sesuai dengan ruang solat saya?
Mungkin ada antara pembaca mempunyai pendapat yang berbeza.
Sebarang cadangan atau komen boleh kongsi di bawah.
Okay, sekian saya perkongsian saya kali ini.
Thank you for reading.
Byeee... and wassalam.
Regards,
18 Comments:
Baguslah ada ruangan khas untuk solat.
http://www.kembaraminda7.com/
bestnya ada ruang khas untuk solat..umah ni terhad sikit nak solat..solat dlm bilik aje.. sis, blh tau ladder kayu tu beli mane ek
Ada bilik khas untuk solat bagus juga. Betul nampak kemas dan teratur.
Nice concept 😎👍🏻
cantik :)
Cantikkk konsep scandinavian ni, dulu belajar pernah jugak pakai konsep ni hehehe.
Btw salam perkenalan dari saya jugak kak LZ :)
Terima kasih KM7..
Alhamdulillah Juls Julie, kita decor seadanya.
By the way, ladder kayu JJ boleh search "decorative ladder deco" di Shopee kedai shafina.s.
Betul NA, lebih selesa dan privacy..
Terima kasih NA.
Thank you Cik Suerin :)
Terima kasih TS :)
Suka dengan konsep scandinavian sebab simple & minimalist.
Terima kasih Atiqah Najihah :)
Konsep yang ringkas dan menarik..
Ringkas tapi lengkap. Itu yang terbaik. Suka.
Bak kata omputeh, Less is More.. hehehe
Terima kasih Sha :)
Setuju dengan PC..
Terima kasih PC :)
ok2 tq ye sis <3
nice. simple. tapi memenuhi apa yg sepatutnya.
dulu kala aida pun impikan ruang solat sebegini.
namun, tiada ruang la LZ :(
setiap bilik ada ruang utk solat. di mana yg sesuai aje.
sejadah pun di setiap bilik.
hmmmmm tgk LZ punya ni, mcm nak jugak la direalisasikan.
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!