Cerita Covid-19 dan Aktiviti Sepanjang Lockdown

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Kembali semula ke dunia blogging yang agak lama juga terabai.. Jangan risau, saya masih setia dengan blog cuma lately ketandusan idea selain focus perkara lain hingga tanpa sengaja tertinggal cerita di blog.. Bila dah selesai tugasan penting, baru boleh duduk dan mencari idea untuk blog.

Pandemic Covid-19

Apa khabar rakan-rakan blogger sekalian? Harap semua sihat bersama keluarga tersayang di samping melakukan aktiviti seharian.. Sebelum memulakan cerita, mukadimah saya membaca surah al-fatihah untuk disedekahkan kepada ahli keluarga, muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia.. Perasan tak, terlalu banyak berita kematian sejak akhir-akhir ini.. Kematian akibat peperangan, ditimpa kemalangan dan paling utama sekali pandemic Covid-19 yang sangat mudah meragut nyawa manusia.. Jadi sama-sama kita jaga diri dan keluarga.. Sentiasa berdoa supaya kita dilindungiNya selalu dan dijauhkan dari segala musibah dan bala bencana yang tak diingini..

Stay at home activities

Setiap hari kita biasa dengar dan baca berita kematian akibat Covid-19.. Untuk pengetahuan, saudara terdekat saya iaitu sepupu saya turut meninggal dunia disebabkan Covid ketika suami dan 2 orang anak lelaki allahyarhamah masih ditahan di hospital. Selesai jenazah allahyarhamah dikebumikan hingga kini mereka masih belum dibenarkan keluar hospital. Saya dimaklumkan bahawa salah seorang anak lelakinya masih berada di ICU. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya doa yang mampu dikirimkan, semoga segalanya dipermudahkan, aaminn..

Apa pula aktiviti rakan-rakan blogger sepanjang lockdown ini? Alhamdulillah saya diberi peluang oleh majikan untuk bekerja dari rumah mengikut giliran.. Perasaan lega yang amat sangat mendapat peluang ini kerana saya paling bimbang terdedah dengan jangkitan Covid-19 terutama sekali di pejabat. Majikan saya tergolong dalam syarikat kategori essential service jadi mahu atau tidak kena kerja dan sentiasa patuh kepada arahan yang dikeluarkan sepanjang lockdown




Social distance penting!

Bukan apa, perasaan risau berada di pejabat sangat menakutkan saya. Bukan semua orang peka dengan SOP dan social distance ketika di pejabat walaupun dah berbuih mulut (.. sampai berbuih macam sawan babi - sorry to say) tapi masih tak nak patuh. Tak kurang juga yang berperangai pentingkan diri sendiri dan menafikan bahawa Covid-19 itu wujud selagi tak kena batang hidung sendiri.. Pengalaman saya kena quarantine pun cukuplah, saya trauma! Dijangkiti disebabkan kelalaian orang lain memang susah untuk dimaafkan... Tak kisahlah berapa banyak tugasan pejabat perlu dilaksanakan di rumah asalkan tak terdedah dengan ancaman sewenang-wenangnya. Okay #donebebel

Work from home

Jadi seawal 7.30 pagi waktu bekerja saya akan check-in attendance melalui apps. Sepanjang tempoh itu kena alert dengan mesej WhatsApp, emails dan apa sahaja berkaitan tugasan pejabat.

Waktu terluang yang ada atau pada hujung minggu, saya lebih banyak menghabiskan masa membaca buku, gardening dan layan si Chloe dan Fluffy selain rutin harian lain. Sejak ada si bulus 2 ekor ni, indoor plants saya pun kena tukar sebab kebanyakkan spesis pokok indoor yang ada beracun untuk pets. Saya dah pun tanam pokok baru yang mesra pets. Saya akan update di blog kemudian.

Oh ya, project terkini.... saya terlalu obsess men-decor rumah! Ada sahaja yang perlu diganti dan diubah supaya kena dengan citarasa dan konsep idaman.. Apa konsep hiasan rumah terkini? Tungguuuuu ini pun saya akan update dalam blog post akan datang okay.. Huhh banyak idea untuk blog posts akan datang >_~

"If you don't like to read, you haven't found the right book." - J.K. Rowling

Sekejap masa berlalu, dalam kita sibuk menjalani rutin harian, tahun 2021 sudah masuk pertengahan tahun.. Tahun penuh kesedihan bagi saya and at the same time membuka mata untuk lebih muhasabah dan memperbaiki diri to be a better muslimah, in shaa Allah.

Related post : Kucing dan kesedihan..

Setakat ini sahaja perkongsian saya tentang Cerita Covid-19 dan Aktiviti Sepanjang Lockdown.. Terima kasih sudi singgah dan memberi sokongan kepada saya untuk terus berblogging.. 
Until next time, byeee.



Regards,

18 Comments:

Itulah sudah terhantuk baru terngadah. Moga kita sentiasa teringat.

kalau ketandusan idea tu kan, mmg buka tutup blog saja kan sbb tak dpt nak express the words tapi klu idea ada, kalau boleh nak tulis panjang2

Semoga cepat dapat vaksinasi

Exactly Atie.. Memang begitu, paksa macam mana sekali pun idea tak mahu keluar..

Aaminn, harap begitulah pakcik WP..

Innalillahi wa inna ilaihi rooji uunn. Tu lah kan, moga semua patuh sop, cepat dapat vaksin..

Betul m.u.l.a.n, risau dengan keadaan sekarang..

stay safe..moga dipermudahkan dan dijauhkan wabak penyakit COVID.

Terima kasih Naimy, same goes to you..

mugo dipermudahkan urusan seharian kita.., aminn

LZ - Innalillahiwainnailayhirojiuun.
Takziah atas kehilangan causin. Covid is real.. kawan I kat Msia pun baru kehilangan kakak asbab Covid. Kakak senior I pula masih di ICU menyabung nyawa 50:50. Kalau ikutkan mmg trauma mendengar cerita2 sebegitu, so blogging adalah satu teraphy I skg ni.

Semoga covid cepat hilangg di muka bumi ini .

Semoga semua urusan LZ dipermudah dan sentiasa dilindungi Allah. Memang frust sangat bila memikirkan dalam keadaan semasa kita yang tengah tenat, masih ada orang yang tidak reti hendak patuh SOP.

Selamat menghias rumah :)

Betul sgt merisaukan bila org rumah pergi kerja. Semoga allah lindungi semua. Tambahan kt rumah ada baby. Hari2 risau

W/salam! betul kadang bila tengok orang2 di luar sana ambil mudah dan sambil lewa saja pematuhan SOP tu mmg kita naik geram di buatnya.

Samalah perasaan kita LZ.. geram sangat pada yang menganggap Covid ini tipu.. Susah betul nak suruh diorang ikut SOP.. Kadang rasa macam nak marah je.. Seboleh-bolehnya Sha akan elakkan ke tempat yang sesak dan kurangkan keluar..

covid ni real. jumlah kematian pun semakin hari semakin meningkat :(
sedih rasa hati bila ramai yg amik ringan...
PKP pun mcm suam-suam aje. sop ntah ke mana, kan...

sama la kita. pagi check in kehadiran keje. anak3 start pdpr.
then.... sampai ke ptg.
masak. as for deko rumah, aida x brape ada mood this PKP 3.0, LZ.
ada idea tapi tak boleh keluar membeli :( hu hu hu...

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More