Alahai kucing oh kucing.. Sejak hadirnya Chloe & Fluffy dalam hidup sis, terasa ada ahli baru dalam keluarga. Tak henti-henti otak ini memikirkan tentang kucing mengalahkan ada anak kecil! Banyak betul perubahan drastik pada saya. Antaranya, sekarang bila shopping di Shopee bukan cari barang sendiri, tapi lebih kepada mencari barang kucing. Tak sangka hebat betul penangan membela kucing ni..
Betullah kata orang, kita tak pernah lalui memang susah untuk zahirkan perasaan sayang kepada kucing. Tak kenal maka tak cinta.. Dulu selalu tanya office mate terutama Mrs. A tentang macam mana feeling bela kucing? So sekarang tahu sendiri macam mana perasaan itu..
Adorable cat |
Jadi antara jenama makanan kering (kibbles) kucing pernah saya cuba seperti berikut:
1. Royal Canin Kitten
Pencinta kucing kata makanan jenama Royal Canin dalam kategori premium kibbles untuk kucing kayangan.. So tentulah saya cuba yang terbaik dulu. Al-maklum fur-mom newbie konon, pilih yang good-good saja.. Malangnya tak serasi, bulu banyak gugur.
Royal Canin Kitten |
Chloe and Fluffy suka kibbles jenama Royal Canin tapi so-so, tak beriya sangat mereka makan.. Kadang-kadang makan pun tak habis.
2. IAMS Proactive Health
Selepas 1 pek Royal Canin Kitten hampir habis, saya selang seli dengan kibbles jenama IAMS sebab officemate saya syorkan jenama ini. Kucing adik dia memang makan IAMS dan takde masalah kesihatan.
IAMS Proactive Health |
So saya pun cuba beri Chole & Fluffy makan kibbles jenama IAMS Proactive Health. Saya baca label memang agak yakin dengan pilihan kali ini.. Lepas habis 1 paket warna purple untuk kitten terus beli 3 paket lagi dengan jenis yang berbeza, pendek kata punyalah fur-mom ni gelojoh sampai standby ke usia dewasa. Mujur expiry date lambat.
Si bulus makan IAMS bulu pun tak banyak gugur. Anak bulus suka jenama IAMS ni tapi tuan bulus tak tahan dengan bau. Bau kibbles tu sendiri bau kucing semerbak dalam rumah, apa lagi bau poop mereka. Saya dan seisi rumah tak tahan bau. So terpaksa ikhtiar kibbles lain.. Sorry anak bulus..
3. PowerCat
Maka bertukarlah ke PowerCat sebab teruja dengan status halal dan bahan-bahan yang dinyatakan hanya mengandungi ikan segar & ramuan asli. Paling penting, tanpa garam kerana melalui pembacaan saya, makanan kucing yang mempunyai garam atau lebih garam boleh menyebabkan batu karang.
PowerCat Fresh Ocean Fish |
Saya pilih PowerCat jenis ikan laut segar disebabkan anak bulus saya mengalami masalah bulu gugur. Masalah bulu gugur elok beri kibbles ikan sebab kaya dengan protein untuk tumbesaran dan omega asli 3 & 6 untuk masalah bulu serta mencantikkan bulu kucing.
Powercat Ikan Laut Segar |
Kibbles kali ini kurang digemari oleh Chloe & Fluffy sebab keras. Saya tengok mereka mengunyah kibbles ini sangatlah hazab. Pejam-pejam mata menahan keras. Saya pernah letak sedikit air untuk bagi kibbles lembut tetapi langsung tak dijamah. Saya paksa juga, tapi kasihan.. Akhirnya tak habis sampai bersemut. Maka untuk elak pembaziran, saya selang-seli kibbles PowerCat dengan kibbles lain.
4. Blackwood
Pencarian masih diteruskan.. Kali ini cuba pula kibbles jenama Blackwood iaitu Indoor Formula Cat Food. Chloe & Fluffy suka sangat kibbles ni. Saiz Blackwood kibbles juga kecil dan bentuk seperti bintang, mudah rapuh.
Blackwood Indoor Formula Cat Food |
Blackwood kibbles tak busuk dan cat poop pun tak bau. I vote for this kibbles. Malangnya hanya ada hidangan ayam dan beras. Ada sesetengah vet mengatakan kucing tak elok makan makanan manusia seperti ramuan beras walaupun setelah diproses. Resepi dalam kibbles jenis Blackwood hanya ada ayam sebagai sumber protein, takde sumber omega 3 & 6 untuk atasi masalah bulu apatah lagi mencantikan bulu.
Walaupun begitu, saya tetap maintain dengan Blackwood kibbles ni, sementara mencari kibbles lain yang boleh merawat masalah bulu gugur.
5. MISHA meow meow
Pencarian kibbles seterusnya, jatuh cinta dengan jenama MISHA meow meow sebab ramuan dalam kibbles ni seperti PowerCat, agak menyakinkan dengan kandungan makanan kucing yang lengkap dan seimbang.
MISHA meow meow |
Tambahan pula tiada garam tambahan dan tiada pewarna tiruan. Ada 32% sumber protein dan omega 3 & 6, perfect! So sebagai permulaan beli repack 1 kg.. Bagi makan Chloe & Fluffy, reaksi mereka macam suka sebab sekali hidang cepat habis! Habis pek kecil terus beli pek 8kg, sekali lagi menunjukkan sikap fur-mom gelojoh, konon dah jumpa kibbles yang serasi dengan anak bulus.
Hurmmmm tak sampai 3 kali hidangan dari pek baru, mereka dah jemu. Saya tuang kibbles ni dalam bowls makanan mereka, langsung tak excited. Mereka sekadar singgah ambil bau. Lain sungguh penerimaan mereka. Tak sama seperti ketika saya memberi mereka makan IAMS dan Blackwood kibbles, belum tuang dah standby.
Kibbles elok tapi mereka pula tak suka.. Hurrrmmm buat masa ini saya put aside. Last try, jenama lain pula..
6. Equilibrio Kitten
Next, saya cuba kibbles jenama Equilibrio sebab saya pernah baca kibbles jenama ini antara kibbles terbaik. Itu antara testimonial dari pencinta kucing yang dah bela berpuluh ekor kucing.
Equilibrio repack kibbles |
Maka saya pun cuba beli Equilibrio kibbles repack dulu. Konon beli 2 pek untuk si Chloe yang masih kitten dan 2 pek adult untuk si Fluffy yang sedang meningkat dewasa. Hasil pemerhatian saya mereka suka kibbles jenama ni. Makan agak banyak juga, tak berbau dan poop mereka pun okay.
Equilibrio |
FINALLY..
Saya buat keputusan untuk kekal dengan kibbles jenama Blackwood, MISHA dan Equilibrio. Kombinasi 3 jenama ini mereka selera makan, kibbles tak berbau, cat poop takde masalah dan tiada masalah bulu banyak gugur. Buat masa ini saya tak bercadang untuk beri mereka makan wet food.
Inilah si bulus kesayangan hamba..
Semasa gambar ini diambil, mereka sedang berselera makan kibbles jenama IAMS campur Equilibrio..
Fluffy and Chloe |
Mereka sudah masuk 4 bulan bersama saya.. Fluffy berusia 9 bulan manakala Chloe berusia 7 bulan. Saya pantau kesihatan mereka closely. Kedua-duanya sudah lengkap vaksin dan spay. Si Chloe agak kurus, she was spayed last week, dalam proses sembuh while Fluffy spayed semasa umur 7 bulan pada awal April lalu..
Chloe and Fluffy |
Happy me, riang rasa dihati bila kucing berselara makan dan sihat..
Almari ajaib |
Amboi, si Chloe ber-posing depan almari dia.. Nak tahu apa isi almari itu? Itulah almari mengisi segala keperluan barang si bulus. Nampak di luar kemas, tapi di dalam, jangan terkejut......
Almari selerak |
Bagai membuka pekong sendiri bila saya tunjuk isi almari berselerak - malu.. Segala macam barang kucing.. ada cat toys, kibbles, shampoo, nail clipper, sikat bulu kucing, bekas makanan, tuala mandi, lint roller, plastik litter box dan macam-macam, semua sumbat dalam alamari itu.. So jangan terpedaya dengan kecantikan luaran sahaja, hehehehe
Sampai masanya nanti saya akan organize almari ini.. Saya pun tak suka berselerak begitu, semak mata memandang.
Related post : Kucing dan kesedihan.
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya.. Jika ada antara pembaca bela kucing, boleh share makanan jenis apa kucing anda makan.. Pembaca yang takde kucing pun boleh komen dan berikan pendapat anda.. Thank you for reading.
Byeeeee... Wasalam.
Regards,
19 Comments:
Oh kucing saya suka Powercats , selalu kena isi semula.
Lawonya si utih
cantiknyaa bulu fluffy tu, geram jer tengok.
PC dah cuba macam-macam jenama..akhirnya setia dengan Refflex kak. Itu pun yang chicken sahaja. Dari mereka baby sampailah sekarang.
Kucing saya hari tu...saya belikan Smart Heart kot nama dia, plastik warna pink... Kat pasaraya yg dekat dengan rumah tu tak banyak pilihan. Beli powercat dia taknak makan.
Salam LZ. Lama tak singgah sini. Chloe duduk depan almari dia tu nak tolong kemas kot. Hehe. Seronok baca walaupun saya tak bela kucing. Macam-macan ye kibbles, saya tau yang femes macam Whiskas dengan Power Cat je
lega bila dah tahu makanan yang mana mendjadi kesukaan budak berbulus tu...
tapi bagus ya kak diaorang tak kacau pokok-pokok dalam rumah akak
Kucing2 zhi makan kibbles brand TESCO. mulanya macam eh ok ke ni ?..Ada member y suggest. Rupanya mmg ok, patutla ramai cari and cepat habis stock. Makan sikit je tengok gemuk2 dah. Biasa zhi beli yg flavour Makarel color purple . Pakai tu je sampai skg. Kucing banyak, nak pakai Royal Canin kopak la tuan dia. . heh ..~
rabia pergi beli susu utk beauti di kedai kucing td
sekali beli botol susu dia
wah dah ada kucing peliharaan... kat umah kami pun kucing silih berganti. kejap singgah kejap dah lesap.. heheheh lama x jenjalan kat blog rakan2 dah berwajah baru ea.
Powercats bagus jugak NA..
Si Utih ni dulu kena sawan, manja sangat.. Alhamdulillah sekarang dah takde sawan lagi dan semakin sihat..
Wah terima kasih atas artikel yang berguna dan bermanfaat. makanan kucing terbaik
oh, terima kasih atas info. boleh tengok juga makanan kucing
Thank u atas cerita cat food. Nk tnya dh 2022 masih lagi guna cat food yg sama?.saya pun pening nk cari cat food yg kucing2 outdoor area rumah ni suka..ada 1 ekor tu bulu tanggal2 merah2.yg ni baru je nmpk..New comers😁kucing yg lain ok je cuma ada cat food dorg tk suka
Terima kasih sudi singgah blog ini..
Ya, saya masih menggunakan kibbles yang sama cuma ada penambahan kibbles baru dalam diet mereka. Saya bagi jenama Molly perisa salmon dan Button and Bows supaya bulu lebih cantik sebab ada masalah bulu gugur.
terima kasih, boleh dapatkan info lanjut tentang makanan kucing super premium terbaik
Melalui pembacaan sis antara super premium brand cat food di Malaysia ialah Royal Canin, Purina One, ToTW.. tapi bergantung juga kepada selera kucing dan keserasiannya mereka pada makanan tersebut. Bukan sekadar brand..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!