Semalam lunch menu sizzling yee mee di rumah, teringin makan sizzling.. Entah kenapa, tetiba teringat zaman keluar lunch bersama #ganglunch di foodcourt AEON Seremban 2. Mungkin dah lama benar tak ke sana kot, tu sebab kenangan muncul di ingatan. Masa awal-awal makan di sana, asyik pesan sizzling yee mee. Boleh kata sedap sangatlah sizzling yee mee masa tu, siap add on mushroom shiitake. Lagi pun dah lama tak makan sizzling hot plate, manalah tak sampai terbawa-bawa ingatan tu sampai ke hari ini.
Dapur berasap |
Untuk pengetahuan pembaca, inilah pertama kali saya cuba resepi sizzling dan hasilnya sedap. Rasanya sama seperti makan di foodcourt, malah lebih sedap sebab ikut citarasa sendiri.
Di sini saya kongsi resepi sizzling yee mee yang telah terbukti menjadi dan sedap mengikut cara saya. Saya suka guna yee mee sebab mee tak cepat kembang dan rangup.. Ikut kepada citarasa sendiri nak guna mee jenis apa okay.
Jom check resepi :
RESEPI SIZZLING YEE MEE
Resepi sizzling yee mee tanpa hot plate |
Bahan-bahan
1/2 senduk kecil minyak masak
1 bungkus yee mee
1 mangkuk kecil isi ayam - potong kecil dan bersihkan
8 - 10 biji cendawan shiitake (kuantiti ikut kesukaan masing-masing) - rendam dalam air panas, bilas dan hiris 4 saiz memanjang
5 tangkai cili kering - potong 3 bahagian, rendam dalam air panas, basuh, buang biji dan toskan
5 ulas bawang putih - cincang halus
1 inci halia - hiris nipis
1 ketul kiub pati ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin
1 senduk kecil sos tiram - sesuaikan ikut citarasa masing-masing
1 senduk kecil kicap pekat - sesuaikan ikut citarasa masing-masing
3 sudu besar tepung jagung - larutkan dalam sedikit air
1 liter air
Garam
Gula
Hirisan halia |
Bahan hiasan
Telur
Sawi
Cara-cara
Kicap dan bahan-bahan perasa |
1. Masukkan ayam dalam mangkuk, gaul bersama kicap masin, kicap manis, kicap pekat, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam dan kiub ayam. Perap selama 15 hingga 30 minit. Buat kaedah ni supaya rasa ayam meresap segala jenis perisa, lebih sedap.
Step 1 dan 2 |
2. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia dengan api perlahan hingga naik bau. Masukkan cili kering dan tumis sebentar.
Step 3 |
3. Kemudian masukkan ayam yang telah diperap. Kacau dan biarkan ayam kecut / separuh masak, selepas itu masukkan cendawan shiitake.
Step 4 |
4. Kacau-kacau hingga semua bahan-bahan mesra dalam periuk, kemudian masukkan air serta perasakan dengan garam dan gula. Tunggu kuah menggelegak.
Larutan tepung jagung |
5. Akhir sekali, masukkan larutan tepung jagung, masak hingga kuah mulai pekat. Kepekatan kuah bergantung kepada citarasa masing-masing.
Penyediaan untuk sekali makan :
Sizzling yee me |
Memandangkan takde hot plate, so saya guna kuali non-stick. Letak yee mee dalam kuali. Kemudian curah kuah sizzling ke atas yee mee. Buka api besar, masukkan sebiji telur dan sawi. Tutup sebentar hingga yee mee dan sawi lembut. Siap untuk dihidang!
Sedap makan panas-panas.. terasa masin pedas, pendek kata lebih sedaplah dari makan di foodcourt..
Selamat mencuba!
Regards,
28 Comments:
Dah lama betul rasanyq tqk makan sizzling ni...bertahun tahun
Haha betul buat di rumah boleh berulang kali makan.
Bagus juga beritahu resipi dan tanpa guna plat panas.
bookmark resepi ni... nanti boleh try ^^
Wah! menjadi nampaknya tu terliur sudah. NOstalgia ganglunch hehheee...
Kat foodcourt mesti dia tanya nak tambah telor tak?
Tengok Sizzling Mee akak rasa nak buat pulak untuk dinner. bahan bahan ada dah tu. betul kak, sedap buat sendiri ikut selera sendiri.
my family kurang sikit sizzling ni
nk masak pun mcm fikir byk kali jgk
hehee
aida ada save resepi ni dari fb. just lom sempat buat.
memang sgt rinduuuuuu nak makan hotplate ni tau. rindu!
image LZ ni amat menjemput tau. sedap sgt nampaknya :)
sudi tak exchange bloglist?
https://www.adianiez[dot]com/2021/07/link-exchange-creating-long-term-loyalty-friendships.html
sgt betol!
aida wajib tambah telor, mrsA :) hi hi hi...
Terima kasih untuk resepi ni. NAnti nak cubalah . hehee
Pandainya buat sendiri di rumah. Sedap nampak kejadiannya.
senang rupanya ye kak, tq share resepi kot teringin boleh buat sendiri
boleh la buat sndri.. dah lama tak mkn.. sebelum nie duk beli je..
Saya pun baru semalam buat. Buat sendiri baru puas makan.
NAK TANYA..GUNA CAMERA APA? TGK JA DH RASA MENITIK AIR LIUR HEHEH
Kalau camtu bila teringin kena buat sendiri :)
Memang betul NA, puas makan! Boleh repeat ikut suka, hehehe..
Thank you so much Thes, really appreciate it!
Hahahahaha terjebak Mrs. A, okay tambah telur, hehehehe :)
AA pun sama juga? Memang gang laaa..
Sila buat Fizah.. Sangat dialu-alukan apatah lagi bila semua bahan ada.. :)
Ya Rabiah.. tak semua orang suka :)
Hehehehe bertabahlah Aida tengok gambar tu..
Saya tengok post ni semula pun telan ailio, hehehehe
Cuba jangan tak cuba Zhi, hehehe
Ikut resepi step by step Nur, in shaa Allah sedap..:)
Iskhhh malu dengan Dana.. Setakat resepi ni apalah sangat.
Dana terror masak, malu I.. :)
Sesekali buat puas hati Fiza, cubalah satu hari nanti :)
ya, betul Sweetie. Puas hati kannn :)
Guna camera Iphone saja Dunia Alam, biasa-biasa je.. :)
Sedapnya... kena buat juga ni. Lama dah tak makan sizzling mee
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!