Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.
Pembaca yang mengikuti blog saya tentu tahu, sebelum ini saya pernah cerita tentang kegigihan saya sejak PKP melanda iaitu project home decor yang bertemakan Scandinavian atau Bohemian.. Tapi sejak membela indoor cats pertengahan Mac lalu, tugas-tugas decor juga terpaksa mengambil kira kesesuaian meletakkan cat litter box dalam rumah dengan mengekalkan kebersihan, pasir mudah dibersihkan, tiada bau melampau dan paling penting mudah digunakan oleh kedua-dua kucing saya nanti.
Sebelum ni, saya dah beli pelbagai jenis litter box secara trial and error dengan harapan memudahkan kerja tapi semua tak mengikut kehendak saya.. Ianya kurang practical untuk diletakkan dalam rumah.
Berikut antara litter box pernah saya cuba :
Catit SmartShift Cat Litter Box |
Walaupun mudah dibersihkan tetapi litter box jenis ini tak sesuai kerana saiz yang agak besar dan tinggi.
Catit SmarShift Cat Litter Box |
Tak puas hati dengan catit SmartShift saya beli litter box baru, semi-auto tapi langsung tak practical. Pasir mudah berterabur. Saya tak guna langsung litter box hijau ni. Jika dilihat dari gambar, bukan sahaja litter box tapi saya beli macam-macam accessories si bulus.. Akhirnya semua simpan dalam storage box.
Semi-automatic Quick Cleaning Cat Litter Box |
Bila guna macam-macam litter box kaedah trial and error, saya dapati agak kurang sesuai dan tidak sopan jika litter box dalam rumah dibiarkan terdedah walaupun telah dibersihkan namun pasti mengundang rasa geli kepada tetamu sebab saya juga antara seorang penggeli so I can feel it. Jadi sebagai persediaan jika tetamu datang ke rumah maka hal ini perlu saya pertimbangkan dari sekarang..
Dari situ timbulllah idea untuk membuat cat litter box versi tersorok dari pandangan umum dan secara tidak langsung ianya nampak seperti sebahagian dari perabot rumah.. Maka saya mulakan dengan membuat online research untuk mencari sumber rujukan terbaik bagi menghasilkan hidden cat litter box tersebut. Bila dapat gambaran saya hasilkan versi saya sendiri.
White wooden cabinet |
Pencarian dimulakan dengan membeli almari yang mempunyai saiz sesuai dengan kotak litter box tersebut. White wooden cabinet ini saya beli di Shoppe berharga RM112.80. Saiz almari 60cm panjang x 33cm lebar x 70cm tinggi. Ini adalah ukuran yang sesuai.. Saya pilih almari ini kerana saiz yang lebar berbanding almari lain. Sesuai diletakkan di tepi sliding door, kucing dapat berdiri di dalamnya tanpa perlu merangkak. Material kayu kukuh dengan permukaan licin dapat mengelakkan kesan cakar. Apa yang penting rupa tak sepadan dengan harga, dah la cantik, murah pula, warna putih memang memenuhi konsep decor rumah saya.
Fluffy sebagai model cabinet cat litter box |
Sebelum selesai pasang, tebuk lubang di bahagian sisi almari. Saiz lubang ikut anggaran saiz badan kucing. Bab tebuk lubang almari dan pasang semua hasil collaboration with my husband... Kemudian, beli heavy duty storage box jenis kecil tapi tinggi supaya pasir tak mudah selerak paling penting sesuai dengan saiz kucing. Saya pilih jenis beroda supaya mudah kerja membersihkan litter box itu nanti. Selesai semua masa untuk set-up bahagian dalam.
Abaikan segala kotoran dan habuk dalam gambar ni sebab gambar diambil semasa saya membersihkan litter box..
Heavy duty storage box |
Tebuk bahagian penutup atas, biarkan separuh supaya kucing boleh bernafas dengan selesa dan bebas bergerak manakala sebahagian penutup buat lubang kecil. Bila kucing lalu dari atas, sisa pasir akan jatuh dan masuk semua ke dalam litter box. Selain itu, kucing boleh keluar dari bahagian atas atau terus keluar ikut lubang di bahagian depan litter box.
Heavy duty storage box |
Bila siap tebuk storage box tersebut, saya letak rechargeable LED light motion sensor menggunakan USB cable supaya jimat tenaga berbanding menggunakan bateri. Lampu ini berharga RM10.50 sahaja.
USB Rechargeable LED Night Light Motion Sensor |
Kelebihan lampu LED ni akan menyala apabila terdapat pergerakkan ketika kucing masuk dan sepanjang kucing menggunakan litter box tersebut. Saya juga boleh laras tempoh nyalaan lampu tersebut. Jadi keadaan dalam almari takde la gelap gelita.
USB Rechargeable LED Night Light Motion Sensor |
Selesai pasang lampu, jangan lupa pasang bahan yang boleh membasmi bau. Saya pilih jenis Catit Magic Blue Cartridge. Sejak memelihara kucing kebanyakkan accessory si bulus saya jenama ini, saya suka dengan jenama Catit sebab macam-macam accessory kucing.
Catit Magic Blue Cartridge. |
Jadi untuk memastikan tiada bau yang kurang menyenangkan, saya letak Catit Magic Blue Cartridge berharga sekitar RM36.00. Fungsi cartridge ini selain menyerap bau busuk ia juga menyerap gas ammonia yang dibebaskan ke udara dari najis kucing.
Hanya buka pelekat dan tampal |
Penggunaan catit Magic Blue Cartridge ni mudah sahaja, hanya buka pelekat dan tampal di bahagian dalam kabinet. Saya letak bertentangan lampu. Untuk pengetahuan Catit Magic Blue cover dan refill dijual berasingan.
DIY Hidden Cat Litter Box |
Beginilah hasil DIY Cabinet Turned Hidden Cat Litter Box dalam rumah saya dengan budget tak lebih dari RM200.00 sahaja. Oh ya, jangan lupa letak alas yang boleh memerangkap sisa pasir dari tapak kaki kucing di bahagian kaki almari. Kalau tidak pasir berselerak di lantai.
Buat masa ini almari litter box ini saya letak di tepi sliding door supaya memudahkan kerja-kerja pembersihan setiap hari pada waktu pagi dan petang. Akan datang mungkin ia akan beralih ke tempat lain mengikut kesesuaian..
Untuk pengetahuan, atas almari litter box ini juga tempat kegemaran si Chloe tidur dan lepak. Jadi saya letak alas di situ supaya dia tidur dengan selesa. Tengoklah gelagat si Chloe :
Si Chloe |
Itu sahaja cerita tentang DIY Cabinet Turned Hidden Cat Litter Box.. Future plan mungkin cari almari dan storage box lebih besar sikit bergantung kepada keadaan semasa..
Ini saya tunjuk pula wajah terkini si bulus saya:
Okay, sekian sahaja perkongsian saya kali ini.. Terima kasih sudi singgah.. Jangan lupa tinggalkan komen anda untuk kunjung balas.
Regards,
22 Comments:
Untung Chloe dan Fluffy dapat tempat begini.
Memang nampak kemas.
Tuan dia pun cerewet yang amat NA, hehehe :)
amboi2 kerlasss nya anak-anak bulus punya home decor ye... bertuah depa.. alhamdulillah
Bagus gak idea ni. Tak sakit mata memandang. Pandai kucing cari tempat membuang dia. Kayangan betul litter box. Hihi...Jaga jaga ini bukan kabinet biasa biasa.
Bagusnya... serius tak terikir nak DIY cat litter ni. Thanks for sharing the idea.
Idea yang bagus ni, nampak kemas dan tak serabut.. tuan rumah hepi, bulus2 pun hepi 🤓👍🏻
menarik betul idea akak nih... suka lah 2 beradik tu ya...
Amboiii! canteknya jamban dia ekor hehehheee...
Kagum saya! Bukan main kelas tempat pee pee dan poo poo si Chloe dan Fluffy 😊
Best dapat deco2 rumah . Nampak kemas tersusun
Tq idea kak, saya dah korbankan satu toilet kt bawah untuk dorang..tp tak syiok sbb bila tetamu nk guna toilet ke ke atas, rasa tak best plak sbb kawasan peribadi kita kan. Lepas ni nk ajak husband diy mcm ni la....cantik!
Cantik
Alhamdulillah sis AJ.. Saya suka pastikan mereka selesa, sayang punya pasal kannn :)
Hahahaha sedap sikit mata memandang Fizah.. Kalau tidak tak lalu nampak litter box kat living room :)
No problem Puan Hazel, thank you for stopping by :)
Tepat sekali Cik Suerin, sedap mata memandang :)
Sudah tentu depa suka Dana, ruang selesa dan luas, boleh lompat keluar masuk :)
Jamban sebagai perhiasan di ruang tamu, hehehe
Hehehehe jamban kucing sebagai perhiasan :)
Alhamdulillah CCL, banyak juga sumber rujukan untuk dapatkan ilham..
Betul Mayy, bila buat style ni tak nampak serabut sangat.. Jamban kucing jadi sebahagian dari perabot hiasan rumah, hehehe
Terima kasih Rabiah :)
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!