RAGAM PERMULAAN PERSEKOLAHAN SESI 2023 / 2024 | Bila tiba pembukaan sesi persekolahan tentu ianya suatu debaran kepada ibubapa terutama yang mempunyai anak tahun 1 atau tingkatan 1. Tentu ada sahaja ragam anak-anak yang akan menjadi kenangan ibubapa.. Al-maklum hari ini hari pertama sekolah dibuka untuk sesi 2023 / 2024.
Sesi Akademik 2023/2024 |
Kenangan sewaktu Arief darjah 1 memang tak dapat saya lupa. Anak saya sejenis independent, saya hanya hantar dia di depan pagar sekolah. Takde sesi tunggu anak dalam bilik darjah atau sesi airmata.. Semua berjalan lancar, cuma bila saya ambil dia selepas habis waktu sekolah, dia mengadu beg hilang! Aduhai masalah besar ni.. Kesian dia, berpeluh-peluh cari beg sekeliling kantin dengan cuaca panas dan masih belum familiar dengan persekitaran sekolah baru.
"Macam mana beg boleh hilang?" soal saya.. "Arief letak beg kat kerusi masa beli makanan tadi. Bila sampai meja, beg hilang.."
Masa tu tak tahu nak kata apa.. Marah tak guna sebab perkara dah berlaku.. Cuma kesian risau dia trauma sebab segala buku latihan dan buku teks dalam tu hilang sedangkan baru hari pertama sekolah. Saya berserah saja, kalau ada rezeki jumpalah nanti. Alhamdulillah keesokan hari, beg dapat dijumpai di belakang tandas kantin. Ada pelajar sorok.. Lega, selesai masalah, memang menduga betul masa tu.. Itulah kenangan yang sudah 9 tahun berlalu..
Tahun ni anak saya Arief, Tingkatan 3.. Semua dia urus sendiri, role saya hanya memastikan segala kelengkapannya seperti buku dan pakaian sekolah semua sedia selebihnya dia pandai buat sendiri (seperti balut buku, kemas beg, cuci pakaian, seterika pakaian etc.) so takde la saya stress sangat. Tahun ni dia sesi pagi.. Seawal 7.00 pagi perlu siap sedia.. Sekolah pula tak jauh dari rumah, so dia jalan kaki pergi dan balik sekolah..
Syukur persiapan pagi ini berjalan lancar, tiba-tiba saya sedar kunci rumah tertinggal di kerusi, haish! Satu hal pula lunch hour perlu bergegas pulang ke rumah semata-mata untuk serah kunci rumah. Mujur jarak rumah dari pejabat saya hanya 15 minit sahaja.. Alahai anak, mungkin ada gundah-gulana dalam hatinya (yang mana saya tak tahu..) Mungkin masih kekok memulakan sesi pagi..
Bagaimana pula dengan mommy dan daddy yang lain?.. Share sikit cerita tentang persediaan anak-anak anda, tentu ada kenangan tersendiri..
Related post : Beginikah makanan di kantin sekolah?
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,
9 Comments:
semput juga pagi2 tapi alhamdulillah semuanya ok...saya pun tak pernah ambil cuti hari pertama anak sekolah cukup hantar depan pagar je
Alhamdulillah berjalan lancar :)..
kite esok baru semput..hihihi...hr nie incikSuami bercuti, so dia handle semuanya...esok kembali lah PJJ..mak kene buat semua sendri lah...
Get ready mental dan fizikal AL.. Bersilat pagi esok, hihihi
LZ - Entri ni buat I sayu. Teringat masa anak3 kecik dan I busy study, bila anak tertinggal kunci, dorang terpaksa menunggu berjam2 di laman rumah tunggu Mamanya blk.
1st day dah beg hilang? Kesiannya arief... skrg dah jd anak bujang ya... dlu kalau 1st day sekolah wajib ambik cuti... skrg anak² dah besar dh x perlu cuti dah... paling meriah masa hantar anak² di pasti sebab umur selang setahun mmg mcm kembar
tulah tu..
Nasib baik jumpa beg. Alhamdulillah.
Bagus berdikari. Jarang dengar anak-anak budak sekarang pergi sekolah jalan kaki.
MA masing2 dah besar, memang sendiri jer la...alhamdulillah
alahai..ada plak yg main2 sorok beg sekolah ye, dah la 1st day sekolah
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!