KENANGAN LAGU DARI KAKI TANGGA KE MENARA

KENANGAN LAGU DARI KAKI TANGGA KE MENARA | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Minggu lepas, semasa drive pulang dari office ke rumah berkumandang lagu "Dari Kaki Tangga ke Menara" nyanyian Fauziah Latiff.. Lama tak dengar lagu ni tak sangka masih diputarkan di radio.. Siapa familiar dengan lagu ni?. Mungkin tak semua tahu kot sebab lagu ini mengenai kisah kehidupan di zaman persekolahan..

Untuk pengetahuan ada cerita di sebalik lagu ini tapi saya bukanlah peminat tegar lagu-lagu top zaman itu dan tak banyak lagu saya tahu.. Namun lagu ini penuh dengan kenangan mengusik jiwa kerana lagu ini pernah ditujukan kepada saya oleh gang baik saya di sekolah suatu ketika dahulu.. Jadi secara tak langsung bila lagu ini berkumandang teringat zaman persekolahan yang penuh dengan keseronokan dan zaman bersukaria dengan kawan-kawan.. Bila ingat semula, boleh tersenyum sendiri mengingatkan perangai tak matang ketika itu.. Uikhhh malu kalau anak tahu, hihihi

Fauziah Latiff


Peruntukkan secebis dari masamu nan terluang
Mengimbasi kembali suka duka masa nan silam
Ditempuhi bersama setiap cabaran yang datang
Pengalaman yang pahit dan manis tak terlupakan

Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki
Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali
Dengan rasa percaya pada keupayaan diri
Tiada yang mustahil dihadapi

Demikian kebalnya ikatan kita
Demikian eratnya jalinan rasa
Keyakinan diiringi doa

Begitu percintaan kita
Sebati dengan cita-cita
Merancang kehidupan hari muka

Aku gembira menyaksikan
Kau beroleh kejayaan
Dulu di kaki tangga
Kini di menara

Jangan kau lupa masa silammu
Dan mereka yang membantu
Moga tak kau abaikan
Amanah dan kewajipan

Walaupun sudah berpuluh tahun meninggalkan alam persekolahan namun kenangan bersama rakan-rakan masih kekal dalam ingatan.. Kenangan paling indah bila berada dalam Tingkatan 5. Ketika itu kami ada 2 kumpulan lelaki dan perempuan. Kumpulan gang perempuan mempunyai 4 orang ahli termasuk saya diberi nama Funny Funky Girls sementara gang lelaki 6 orang ahli bernama Setan Sengkuang.. Kami sangat gila-gila tapi tetap fokus pada pelajaran. Kami bertambah akrab kerana antara ahli kami kebanyakkan terdiri dari pengawas sekolah. Kami selalu berlawan dalam pelajaran untuk menentukan siapakah antara ahli berjaya mendapat tempat pertama..

Seperti biasa kumpulan lelaki selalu kalah manakala saya mewakili gang perempuan kerap 'merampas' tempat pertama dalam kelas sekaligus tempat pertama juga dari kalangan pelajar di sekolah berkenaan secara keseluruhan ketika itu. Rupa-rupanya secara senyap saya mendapat perhatian dari 3 ahli Setan Sengkuang.. Hal ini saya tak tahu langsung sehinggalah hari terakhir ketika mengambil sijil keputusan SPM.. Dalam diam 3 antara mereka "PM tepi" dan meluahkan perasaan masing-masing, hal ini mereka rahsiakan antara satu sama lain...


Unfortunately, selepas habis peperiksaan SPM saya perlu 'pulang ke sarang' dan terus menyambung pelajaran di kolej swasta ambil Diploma in Business Management, Accounting & Computer Research, manakala mereka membawa haluan masing-masing sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM. Saya terlebih dahulu terpaksa mengucapkan selamat tinggal.. Sejak itu kami lost contact dan langsung tak pernah berjumpa.. Apa yang saya tahu melalui rakan baik saya, 2 antara mereka sudah mendirikan rumahtangga manakala seorang masih bujang dan membawa diri ke Melbourne, Australia.. Ahli Funny Funky Girls semua sudah berkawin dan berkeluarga.. Itulah kisah kami yang kini hanya tinggal kenangan..

Morale of the story, zaman sekolah merupakan zaman paling indah.. Zaman tiada masalah selain masalah pelajaran.. Mana tidak, semua masalah dan perbelanjaan ibu ayah tanggung.. Jadi kepada adik-adik yang masih belajar, hargailah sebaik mungkin masa-masa itu kerana ia sedikit sebanyak menentukan masa depan kita. Cinta monyet tak salah tapi jangan sampai melekakan dan langsung tersasar dari matlamat belajar untuk berjaya dalam pelajaran.
Okay itu cerita saya, bagaimana pula cerita anda? Siapa di kalangan pembaca masih ingat zaman persekolahan mereka? Tentu ada memori indah bersama rakan-rakan sewaktu belajar kannn.. Sudi-sudilah kongsi cerita, jangan malu-malu.. Kita open untuk bertukar-tukar cerita okay.. ;-)

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,




19 Comments:

Adeh...Betul2 kenangan tuh...

Hahahaha kenangan kelakarlah ni3za zaman budak-budak, hihihi.. 😁

Ana tau lagu ni. Selalu dgr masa sek dulu. Skrg jarang keluar dkt radio dah kan. Kalau ada pun lagu tangkap jiwang which is Ana suka juga. Hehe.

Zaman sek ana biasa je. Kawan rapat dgn rakan sekelas lepas tu terus lost contact. Baru2 ni baru ada contact semula. Tp zaman yg plg ana rindu zaman masa diploma dulu. Masa tu fasa ana start kenal erti berdikari dan struggle utk belajar. Seronok sgt. :)

Kenangan yg sgt mengusik jiwa.. Ada 3 secret admirer tu.. Mesti lawa



Jemput baca 4 vitamin bantu kecutkan cyst ibu hamil

Kenangan masa belajar memang seronok.. lost contact mgkn sbb sekarang masing-masing ada family dan kehidupan sendiri kannn Ana.. 😊

Mungkin sebab Norliza lebih muda dari LZ 😉

Bukan sebab lawa Zaleha tapi diaorang takde pilihan lain kot, hehehe 😁

Ehem..ehem.. hebat Tn. NA.. hihihi 😁

Setuju sangat...zaman belajar adalah zaman paling indah...
Lagu ni top masa zaman saya kat kolej..cuma masa tu belum ada pak we lagi nak tujukan lagu..haha

ingat. tapi nak cerita panjang. malu pun yer. hahaha

Hehehehe masa tu Fidah kena focus pd study kannn so no pakwe-pakwe 😉😊😁

Citer zaman dahulu kann Ainniah, hihihi 😁

Wah, 3 orang tu...
Zaman persekolahan memang best. Macam2 perangai ada :D

wah..kenangan indah.suka lagu ni. best kan zaman sekolah dulu2.

p/s: yang bujang tu kalau masih mencari boleh PM tepi saya. manalah tahu kan..haha

KakLong Chan zaman budak-budak sekolah.. Kelakar bila ingat semula, hehehe 😁

Seronok Sal, zaman bersukaria, makan tanggung, hihihi 😁..

Oh yang sorang tu Sal biar dia hidup dalam dunia sendiri 😫 Sal deserve lebih baik 😉

first time dgr tajuk lagu ni, lirik lagu ni best, apa pun zaman sekolah mmg byk kenangan kan..

Betul Syah BaNu..
Banyak kenangan kannn 😊💕

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More