RESEPI SANGKAYA ALA BOAT NOODLE

RESEPI SANGKAYA ALA BOAT NOODLE | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Entri hari ini dengan bangganya saya ingin menghebahkan resepi yang baru dipelajari dan telah berjaya membuahkan hasil memberangsangkan serta mendapat pujian dari rakan-rakan sekerja yang telah merasainya, hehehehe.. 

Al-kisah beberapa hari lepas di news feed Facebook melintas resepi homemade Sangkaya.. Saya tahu resepi ini telah lama menjadi viral.. Pada awalnya saya memang tak ambil peduli (jual mahal konon) sehinggalah kelmarin baru sedar diri dan terbuka hati untuk cuba resepi ini. Itu pun disebabkan ketandusan menu breakfast sepanjang cuti sekolah ini..

Siapa yang tak familiar dengan Sangkaya meh saya kenalkan.. Sangkaya merupakan salah satu menu famous di Boat Noodle. Sangkaya disukai ramai seterusnya viral disebabkan kesedapan rasa manis lemak berkrim.. Bila saya teliti senarai bahan-bahan yang digunakan sangatlah senang.. Maka bermulalah idea untuk membuat Sangkaya sebagai breakfast semalam..

Sangkaya di Boat Noodle

Jom kita perati satu-persatu apakah bahan-bahan membuat Sangkaya :


RESEPI SANGKAYA SEDAP ALA BOAT NOODLE

Bahan-bahan
5-6 helai daun pandan - kisar bersama 250ml air, tapis ambil jusnya
1 biji telur
250ml susu cair
8 sudu besar gula pasir
2 sudu besar tepung jagung
Secubit garam

Cara-cara
Campurkan semua bahan di atas dalam bekas menggunakan whisk hingga semua bahan larut dan tidak berketul. Kemudian masukkan ke dalam periuk. Masak atas api sederhana dan kacau sentiasa sehingga adunan pekat likat, anggaran masa 20 minit.

Setelah adunan likat, padam api dan tunggu sejuk sebelum dihidang. Sebelum dihidang tuang sedikit susu cair di atas permukaan Sangkaya untuk rasa lemak manis  berkrim. Sedap dimakan bersama roti stim..

Inilah hasil kejadian Sangkaya versi saya.. 

Homemade Sangkaya sedap

Bila Google resepi terdapat banyak versi bahan-bahan Sangkaya ini.. Ada tambah santan dan gula merah tetapi saya buat tidak menggunakan 2 bahan tersebut. Namun hasilnya tetap rasa lemak dan wangi.. Tahap rasa manis pula bergantung kepada individu. Siapa suka manis maka lebihkan gula.. Saya jenis tak berapa suka manis, sekadar manis buah sudah memadai..

Kepada penggemar Sangkaya lepas ni boleh buat sendiri, hari-hari boleh makan sampai jemu dan pasti sedap so tak yah tunggu makan di Boat Noodle.. ;-)
Selamat mencuba! Pasti puas hati, hehehe
Sekian, wasalam..


Regards,

21 Comments:

Mudah rupanya nak buat.. Lagi puaslah nak makan kalau buat sendiri..

Ada tgk resepi ni tp tu la blum cuba buat.. Kalo p boatnoodle mmg wajib order sangkaya

Tak pernah makan di boat noodle lagi. Lama teringin tp penuh sokmo setiap kali ana lalu. InsyaAllah next time nak cuba lah.

tetiba rasa macam nak pergi boat noodle makan sangkaya. hehe. cam senang juga resepinya..

Senang je rupanya. Thanks share.

Sangat senang Sha..
Puas makan hehehe 😄

Kalau mama tisya penggemar sangkaya harus cuba resepi ni.. 😊

Kebanyakkan outlet Boat Noodle kecil, peminat BN pula ramai sebab tu selalu penuh.. Ada rezeki nanti Ana dapatlah rasa makan di Boat Noodle yer.. 😊

Tn. NA boleh minta isteri buat, kalau kena pada selera boleh tapau pi keja.. 😊

Cuba resepi sangkaya ni pasti tak terkenang Boat Noodle lagi, hihihi 😁

Senang yang amat CR..
My pleasure CR 💕

serius my fav ni. terliur tgk. rasa nak p makan skrng. hahaha. buleh cuba resepi ni bila rajin. hihihik.

Nyum2 sedap ni..
Nanti boleh cuba. Tq

ohh mudah jugak nak buat ni.

Silakan cuba VM.. Malas pun sis rasa boleh buat juga sebab mudah yang amat, hehehe 😁

Yummy.. Sedap 😋
Sila cuba Fidah.. puas hati! Hehehe 😁

Bila dah pandai buat sangkaya sendiri ni CCL asyik2 sangkaya pagi petang siang malam.. hehehe 😁

Sangat mudah Nur Madihah, sila cuba baru puas hati 😉.. hehehe

Jangankan Sangkaya, Boat Noodle pun belum pernah rasa LZ hihi...mmg ketinggalan sungguh. Dari sehari ke sehari nak try makan, tp bila sampai masa lapar tu, tak terjumpa lak resto Boat Noodle ni...

Macam kayalah ni ek

Belum ada rezeki Mak Nom kot..
Apakata buat sangkaya ni dulu baru cari Boat Noodle terdekat.. hehehe 😁

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More