CHILINDO.COM : UNBOXING & REVIEW | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Chilindo oh Chilindo itulah yang disebut-sebut sejak kebelakangan ini apabila sana sini berblog tentang Chilindo.com dengan hasil bidaan yang memberangsangkan.. Malu ingin mengaku, saya juga terjebak sama! Macamlah banyak masa sangat kannn..
Bermula dengan perasaan ingin tahu saya pun gatal tangan search dengan bantuan pakcik Google mengenai "Chilindo.com".. Maka terpaparlah website bidaan popular tersebut yang sedang hangat diperkatakan.. Konon cuba-cuba bid, tak sangka mengena.. Dari satu barang ke satu barang akhirnya dalam troli terkumpul 9 barang.. Itu cubaan pertama.. Bila checkout, gatal tangan tengok bidaan lain.. "Iskh tak boleh jadi, cubalah..." dalam tak sedar dari 9 barang tambah lagi 4 barang.. Betul-betul leka.. Lain macam rasa bila berjaya membida - rasa puas hati.. itulah perasaan ketika itu.. Hasilnya, tibalah kotak ini semalam...
Mana tak ralit membida sebab geram barang serendah RM1.00.. Berbaloi-baloi andai barang yang anda perlukan itu berjaya dibida kurang dari harga RM5.00, memang syoklah... Dalam tak sedar derhaka dengan prinsip sendiri iaitu membeli hanya barang keperluan bukan kehendak tapi menyesal kemudian takde guna.. Selain itu quality barang tak perlu dipertikai sebab what you expect dengan harga murah kannn.. Terimalah seadanya dan belajar dari pengalaman..
Jadi tak mahu cerita banyak, inilah barang-barang yang telah berjaya dibida.. Membida di Chilindo.com memang seperti dirasuk bak kata Mama Pipie..
Bidaan pertama berjumlah RM70.00 (RM8 delivery + RM4 COD) |
Bidaan kedua berjumlah RM41.00 (RM8 delivery + RM4 COD) |
Kesimpulannya, jika pembaca tidak bercadang untuk membeli apa-apa barang, dilarang sama sekali mengintai Chilindo.com sebab dikhuatiri akan terjebak sama.. Pengaruh Chilindo.com sangat kuat tambahan pula terdapat kaedah pembayaran secara cash on delivery (COD)..
Okay memandangkan ada beberapa barang saya terbid dua kali.. Jadi saya akan buat satu giveaway dalam masa terdekat.. Beberapa barang di atas akan saya hadiahkan kepada pemenang giveaway tersebut.. Kepada pembaca yang berminat sila pastikan anda tak terlepas dengan entri giveaway saya akan datang.
Itu sahaja my full unboxing and review..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Regards,
28 Comments:
ya Allah best nya bidaan sampai RM1 ni. hehe. Thank you sharing sis. nak membida jugak lah. haha
Boleh bid Nadhie tapi buat shopping list & budget sekali tau, bimbang terover budget, huhuhu sekadar peringatan melalui pengalaman..
Rata-rata nampak ramai blogger update pasal chilindo
Itulah dia Tn. NA..
Next bid (kalau ada) mungkin focus kpd barang perlu sahaja.. Tak mau membazir 😖
Betul CCL sebab itu sis gatal tangan cuba suka2 tapi hasilnya banyak beli benda x perlu di luar perancangan..
wow.. macam best je chilindo.com nie.. nanti nak try bukak laa.. hihi
Boleh leka E'in, kalau berani E'in cubalah, hehehe 😁
bestnya
IQ dah terjebak dengan ofismate IQ tadi, tapi tak check out, sebab memikirkan bulan ni da habis banyak shopping, tidaaakk..
IQ pernah bid chilindo ni beberapa bulan lepas. Kali kedua dah rasa kental dah, tu sebab tak check out. haha!!
CR pun dah ketagih chilindo. Tp barang yg dibid tak sampai2 lagi. Seminggu dah ni.huhu
Best dapat barang DP tapi x best bila over budget 😅
Hehehehe so IQ dah tau camne nak accept or reject.. Jiwa kena kental kannn..
Bila dapat email menyatakan brg pending delivery, the next day akak dah dpt barang..
Kalau CR masih belum dapat notification, cuba email or call customer service..
Suami cik ash pun dah terjangkit gak tu 4 barang gak dia bida.. Bayaran maybank2u boleh ke..
Malangnya hanya OCBC bank sahaja dibenarkan Cik Ash selain bayaran via credit card.. Selalu saya COD : RM4.00 each transaction.
I feel u. Tetiba terbida dan menang benda yg x perlu. Haha. Ana dr hari tu try bid gunting daun sup tu tp xdpt lg sbb dh set harga utk tu. Kalau lbh xnk beli. Hehe
Betul cara Ana.. Ada tricky jugak chilindo ni. Barang x patut dgn harga, x perlu diteruskan.. 😊
tAhniah! Lumayan.😱
Benda benda gini mmg selalu buat kita ralit kan. Tak pe, jadi rezeki kat org lain pulak
perghhh byk betol brgnye.. baru 70, hinggit jerk.. hebat la..
Alhamdulillah, ada rezeki ketika itu Mas_Fvome.. hihihi
Seriously Mak Nom, lepas 3 fasa bidaan saya tak mau lagi cuba-cuba intai chilindo.. Bahayaaaaaa.. hihihi
Alhamdulillah Lea..
Kena set target biar berbaloi-baloi, hehehehe
waahhh.. shopping bebanyak pun harga tak over budget.. nice.. kena try ni..
Betul Ada. Kalau dapat bid harga di bawah market price memang rezeki especially gadget & electronic products..
Ada kena cuba sendiri baru puas hati, hehehe
jenis tak boleh control nafsu shopping better jangan.hehe
Exactly Sal..
Masa bid macam kena rasuk.. Bila kumpul semua tengok jumlah utk check-out baru sedar : apa sebenarnya yang berlaku?
Adoi! Hehehe 😁
wahhh syokknya kak..best ni...i ni dah lah kaki shopping.
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!