ADAKAH ANDA SUKA KERJAYA ANDA?

ADAKAH ANDA SUKA KERJAYA ANDA? | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Entri kali ini tentang quote : "TO DO GREAT WORK IS TO LOVE WHAT YOU DO" yang bermaksud lebih kurang begini : Untuk menghasilkan kerja terbaik, anda hendaklah suka dengan kerja yang dilakukan.

Kadangkala rasa malas dan bosan tidak dinafikan memang ada dalam diri setiap orang termasuk saya.. Namun andai kita minat dengan sesuatu kerja atau kerjaya ianya dapat diatasi dengan mudah.. 
Quote of the day : career

Jika tanya saya, adakah saya suka dengan kerja saya? 
Jawapannya sudah tentu YA.. 

Tetapi faktor persekitaran dan campur tangan dari orang yang tidak berkenaan seringkali menganggu kerja saya dan kadang-kala membuatkan saya bosan! Kalau membantu takpe jugak, tapi peranan orang ketiga itu lebih kepada suka 'masuk campur' tanpa mengetahui hujung pangkal dan adakalanya merumitkan keadaan.. Pendek kata saya perlu berurusan dengan orang yang suka mengambil kredit dari idea dan hasil kerja orang lain.. Hal ini merupakan antara cabaran yang kerap saya lalui di pejabat. 

Namun begitu, saya terpaksa terima dengan lapang dada.. Alhamdulillah setakat ini saya dapat atasi dengan mengambil pendekatan tak ambil peduli (walaupun dalam hati geram yang amat sangat) semata-mata demi keharmonian di pejabat.. Saya tak mahu ikutkan perasaan sebab kalau dilayan ianya boleh jadi gaduh besar. 


Walau apa sekali pun yang berlaku semangat suka / minat dengan kerjaya membuatkan saya kekal dalam bidang ini.. Buktinya saya mampu deliver hasil kerja yang baik selain rekod pencapaian saya mengendalikan kes-kes litigasi di Mahkamah bagi pihak syarikat setakat ini masih belum pernah tewas, syukur alhamdulillah (bagilah chance masuk bakul angkat sendiri, hehehe..) Saya setuju, memang benar maksud quote ini.. Minat dan suka dengan sesuatu kerjaya / tugasan itu sangat penting bagi menghasilkan mutu kerja terbaik. 

Begitulah pengalaman saya.. Jadi, bagaimana pula dengan anda? Adakah pembaca suka dengan apa yang anda buat sekarang? Tak kiralah kerja di rumah, belajar atau apa sahaja yang anda lakukan, feel free to share.. Jom kongsikan pengalaman anda di sini.. I really appreciate your comments.. Akhir kata, choosing a career you love... and living with passion..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


19 Comments:

Kerjaya sekarang suri rumah hehe penat tapi suka hihi

Kalau diberi pilihan saya pun suka jadi suri rumah Qaseh..
Apa yang penting passion kann :-)

Ya, saya suka kerja saya sekarang. Paling penting, anak2 depan mata 24jam. Alhamdulillah :)

Setuju LZ....bila kita suka dengan kerja kita, barulah datangnya keseronokkan. Bila seronok, apa pun dugaan yg mendatang sure kita boleh hadam.

Mcm saya....saya rasa seronok jadi surirumah, tak payah nak pening kepala fikir pasal kerja. Cukuplah dah 16 dah menghadam dokumen hihi..

busyra suka dgn kerjaya skrng. hepy.. hehe

wak penah bwk Uber, walopon x suke tapi it pays the bills., huhu2 sedih kann

Dah 3 tahun jadi suri rumah. Alhamdulillah itu satu keputusan yang terbaik

Alhamdulillah Ainniah..
Puas hati uruskan anak2 sendiri tanpa bantuan pengasuh kann.. Semoga dipermudahkan sentiasa, aminnn..

Setuju dgn Mak Nom 😍..
In shaa Allah kalau dah puas kerja nanti LZ akan jadi surirumah jg satu hari nanti 😉..

Alhamdulillah Busyra.. 💕
Semoga Busyra sentiasa dipermudahkan segala urusan..

Alhamdulillah ada juga imbuhan tu.. Bertabahlah Wak.. hehehe 😁

Alhamdulillah Ana 💕
Semoga urusan Ana sentiasa dipermudahkan..

Apa2 yang kita buat, kena ada minat dan kesungguhan.
Rezeki Allah tentukan.

Nak kata suka sangat tu tidaklah, sebab x pernah bayangkan diri keje bidang ni. Tapi buat2 suka. Bila client happy, kawan2 plak sekepala so I take that as the enjoyable part

Betul pakcik WP..
Jika ada minat in shaa Allah akan memberi pulangan..

Selalu kita dapat kerja yg tidak disangka Sal, dari situ kena develop minat supaya apa yg kita buat akan bertahan lama..

Alhamdulillah kawan2 & client penguat semangat Sal.. 😊

Office politic tidak dapat dipisahkan..
Kena pandai sesuaikan diri & mind our own business Tn.. In shaa Allah dipermudahkan sentiasa..

mengenai kerjaya...kadang kala lebih baik diam dan siapkan kerja
JanjiKita

Itu lebih baik kannn Mar untuk elak konflik 😉

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More