MAJLIS PERKAHWINAN ADIK IPAR & KUMPULAN HADRAH | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Terima kasih atas sokongan pembaca sekalian.. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk terus hidup bagi menjalankan ibadah dan melaksanakan segala aktiviti harian.
Entri kali ini saya ingin kongsi mengenai corat-coret sekitar majlis perkahwinan adik ipar saya (pengantin lelaki) yang telah berlangsung 2 minggu lepas. Untuk pengetahuan entri ini tak mampu dikeluarkan dalam masa terdekat selepas majlis berlangsung disebabkan oleh kesibukan maksima yang melanda, hehehe
Tema majlis pilihan pengantin lelaki warna light purple sama seperti tema hantaran yang saya buat di entri ini : Gubahan Hantaran Kahwin by LZ..
Majlis perkahwinan kali ini meriah memandangkan sudah lama keluarga ibu mertuaku tidak menganjurkan majlis perkahwinan, last majlis perkahwinan saya tahun 2003.
Majlis pernikahan dan resepsi sebelah pengantin perempuan telah berlangsung di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 9.9.2017 lalu manakala di sebelah pengantin lelaki pada cuti Hari Malaysia lalu, 16.9.2017.
Persiapan majlis telah dibuat seawal 2 minggu sebelum tarikh majlis berlangsung.. Dekorasi pelamin dan khemah telah dibuat oleh rakan pengantin lelaki.
Lampu khemah |
Saya suka warna dan konsep dekorasi khemah iaitu modern dan simple, sejuk mata memandang.
Tempat makan pengantin |
Begitu juga dengan tempat makan pengantin..
Pada malam sebelum majlis persandingan, satu majlis bacaan berzanji telah diadakan.. Bacaan disampaikan oleh ibu mertuaku merangkap mak pengantin lelaki bersama kumpulan berzanji masyarakat di situ.
Pada hari persandingan sekitar jam 11.30 pagi hingga 1.00 petang majlis diserikan dengan penyampaian bacaan yassin dan selawat atau hadrah. Saya sangat teruja sebab ini baru pertama kali saya saksikan persembahan hadrah. Kumpulan Hadrah ini terdiri dari kaum ibu yang dijemput khas oleh ibu mertuaku.
Apa itu HADRAH?
Hadrah
berasal dari perkataan Arab iaitu dikir yang disertai oleh Kompang atau
Rebana Kecil. Menurut Profesor Taib Osman, Hadrah adalah sejenis puisi
rakyat yang mempunyai unsur-unsur keagamaan contohnya, puisi atau lagu
yang dinyanyikan ketika orang Madinah menyambut ketibaan Nabi Muhammad
(s.a.w) dari Mekah yang dikenali sebagai lagu 'Talla-an Badrun' alaina'. - Wikipedia
"Di Malaysia, kesenian tarian Hadrah mula diperkenalkan sekitar tahun 1910 di Pulau Pinang. Selepas
itu, tarian Hadrah menjadi amat popular pada tahun 1950-an dan 1960-an,
terutamanya bagi penduduk di Utara Semenanjung Malaysia seperti Perlis, Kedah, Perak dan Pulau Pinang.
Di Selatan Semenanjung Malaysia, Hadrah ini lebih dikenali sebagai
'Kompang', sementara di Pantai Timur pula lebih dikenali sebagai 'Rebana
Kencang'."
Kumpulan hadrah ini tidak menari sepreti yang dinyatakan di atas tetapi ketika duduk mereka membaca surah Yassin.. Selepas itu mereka berdiri dan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. sambil memainkan alat muzik..
Saya tak pasti adakah ianya tradisi setempat atau sebaliknya.. Ada tak antara pembaca tahu mengenai kumpulan Hadrah ini atau saya saja yang ketinggalan zaman?
PERKAHWINAN ZAMAN INI yang tiada ketika zaman saya..
Apakah dia? Photo booth dan lucky draw atau cabutan bertuah.. Itulah 2 perkara yang tidak ada semasa zaman majlis perkahwinan saya.. Tetapi ianya terlalu biasa atau common di mana-mana majlis perkahwinan zaman ini.. Jadi saya sudah terasa tua, hihihi
Cabutan bertuah diadakan khas untuk saudara-mara dan masyarakat di situ.. Hadiah cabutan bertuah terdiri daripada barangan elektrik dan bekas makanan. Jumlah hadiah 100 buah secara keseluruhan..
Cabutan bertuah diadakan khas untuk saudara-mara dan masyarakat di situ.. Hadiah cabutan bertuah terdiri daripada barangan elektrik dan bekas makanan. Jumlah hadiah 100 buah secara keseluruhan..
Photo booth |
Semasa majlis persandingan ini, satu corner khas diwujudkan sebagai photobooth dan diletakkan sebuah guest book.. Guest book khas untuk ayat ucapan kepada pengantin dari tetamu atau sahabat handai yang hadir ke majlis persandingan tersebut..
Begitulah sedikit sebanyak kemeriahan majlis persandingan adik ipar saya dan cerita yang ingin dikongsi bersama pembaca..
19 Comments:
Wow, kumpulan Hadrah sini, tempat sy xde, sebab x bwk alat muzik, hanya kumpulan yaasin biasa..huhu~
Tahniah kepada kedua mempelai, semoga bahagia dan berjaya membina keluarga !
Kumpulan Hadrah unik kerana memainkan alat muzik ketika bersalawat kannn Nona Qiyah..
Terima kasih atas ucapan 💕..
Alhamdulillah...suka warna pelamin...tahniah kak dapat biras...moga mempelai mengemudi bahtera rumahtangga dengan kesabaran.
Alhamdulillah PC..
Terima kasih dear, lepas ni akak ada gang sebab sebelum ni takde biras perempuan..
Aminnnn.. Terima kasih atas doa juga 💕
wahh kaler pepel semuanyer., hehe2
hadrah tu dah jadi kebiasaan, tapi Qasidah pun best jugak. cantik kaler purple dan cream. Tahniah kepada pengantin baru ye
cantik..pengantin mestilah serba serbi cantik kan..teringat pula masa sanding saya warna purple pink
JanjiKita
Warna tema pilihan pengantin lelaki Wak.. hihihi
Ha'ah Sal pernah dengar Qasidah tapi tak tahu apa beza dengan Hadrah..
Thanks Sal 💕
Terima kasih Tn. NA..
Zaman sekarang banyak pilihan pelamin cantik2.. Kalau ada info tentang Hadrah jangan lupa share..
Hihihi kebetulan sama dengan warna tema Mar dulu yaa.. 😄
Wah dapat biraslah ye LZ hihi...
Baru baru ni kebetulan ada iklan tajuk Hadrah ( kalau tak silap) kat TV Citra... tp dlm iklan tu Nam ron pelakon lelaki bersolek ala ala pompuan dan menari. Saya pun tak tau LZ...
Mmg meriah nampaknya tu kalau tuan rumah pun ambik bahagian
Cantiknya pelamin dia..
Feveret kaler saya tu..
cantiknya pelamin warna tuuuu.. <3 smoga pasangan pengantin bahagia hingga ke jannah. amin..
Ha'ah Kak Nom..
Hadrah ni kalau saya baca kat Google ada juga menyatakan sejenis tarian dari negara utara Pantai Timur.. Tak dapat dipastikan jugak..
Agak meriah juga sebab macam-macam aktiviti ada.. hihihi
Kombinasi warna dia sesuai kannn Fidah Shah. 😄
Nampaknya ramai pembaca suka warna purple.. 😍
Aminnnn, terima kasih Busyra..
Meriahh! Barakallah untuk pengantin :)
Thanks Inani..
Aminnnn... 💕
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!