GUBAHAN HANTARAN KAHWIN BY LZ | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini masuk hari ke-4 cuti sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Raya Aidiladha. Esok pula cuti tambahan yang diberikan setelah Malaysia memenangi tempat pertama keseluruhan pada Sukan Sea lalu..
Dalam kesibukkan orang ramai bercuti bersama keluarga dan majoriti menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung, saya terperap di Seremban kerana tahun ini saya tidak pulang ke kampung atas sebab-sebab tertentu walaupun cuti panjang.. Bosan? Memang sangat bosan tak boleh kata.. Semasa orang lain sibuk menikmati hidangan Hari Raya dan menu masakan daging korban, saya ke shopping mall, cari makanan sedap bagi menceriakan hari-hari cuti... :'(
Ada baiknya juga kerana sepanjang bulan lalu hingga hari ini, saya sibuk menyiapkan hantaran kahwin adik ipar yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 9.9.2017 nanti..
Barang-barang hantaran diserahkan dan tema yang dipilih warna light purple.. Maka bermulalah misi penting saya menyiapkan 7 dulang hantaran.. Alang-alang sudah diberi kepercayaan, saya guna bakat terpendam saya sebaik mungkin.. Ehhh ada ker bakat? ooppss! Pembaca tengok dan nilai sendiri hasilnya okay.. Al-maklum ini hanya bakat terpendam bukan sentuhan professional dalam bidang decor-mendecor hantaran..
Barang-barang untuk gubahan hantaran perkahwinan |
Pertama saya buat barang yang paling mudah dahulu iaitu bag tangan dan purse supaya tidak mengambil masa yang panjang.. Permintaan adik ipar kedua-dua barang ini diletakkan dalam satu dulang.. Maka saya susun begini..
Handbag dan purse |
Tibalah dulang seterusnya..
dUCK scarf dan kain pasang |
Break seketika untuk mendapatkan idea mendekorasi dulang hantaran kedua iaitu dUCK scarf dan kain pasang.. Gambar di atas adalah hasil kejadian.. Seterusnya giliran dulang sirih junjung.. Part ni paling mencabar kerana ilham sirih junjung tak juga muncul setelah break seminggu..
Sirih junjung |
Puas mencari ilham, akhirnya dapat hasilkan bentuk sirih junjung seperti di atas.. Malangnya sirih junjung abad ini 'terpaksa' dihasilkan dari daun sirih plastik.. Tak dapatlah buat guna daun sirih asli, mana nak cari daun sirih dik oooi.. Pinang nak sumbat dalam daun sirih plastik ni pun akak dok fikir mana nak dapat.. huh terus migrain!
Perasan tak, sedikit demi sedikit terancam sudah sirih junjung asli warisan Melayu yang menggunakan daun sirih sebenar.. Rupa bentuk sirih junjung yang dihasilkan juga mengalami perubahan sejajar dengan peredaran zaman namun maksud serta hasrat yang disampikan masih kuat terpelihara hingga kini. Next, dulang seterusnya set perfume..
Perfume set dan clutch |
Mencabar juga dulang berikutnya.. Mana tidak sebab loose perfumes bukan jenis set yang sedia dibungkus dengan plastic wrap. Perkara utama yang perlu diambil perhatian, kena pastikan botol perfumes static dan teguh supaya tidak jatuh semasa dulang dibawa nanti.. Botol-botol perfume perlu diletakkan bersama clutch dalam dulang yang sama.. Alhamdulillah, semua masalah dapat diatasi maka hasil kejadian dulang perfumes seperti di atas..
Setelah cabaran menghias dulang perfumes berjaya ditangani, maka tiba dulang seterusnya iaitu jam tangan..
Jam tangan |
Dulang jam tangan sangat mudah, hanya decor sikit-sikit kerana warna dan bekas jam telah menonjol jadi tak perlu sarat dengan dekorasi. Siap sudah dulang kelima.. Next dulang mock cheque dan bekas cincin serta bracelet.
Mock cheque, cincin dan bracelet |
Bekas cincin dan bracelet akan diberi kemudian, jadi saya perlu membuat anggaran ruang kotak dan cara untuk meletakkan kedua-duanya dalam satu dulang... Polystyrene foam kecil diletakkan untuk bekas cincin supaya lebih tinggi dari bekas bracelet kerana saiz bekas cincin lebih kecil dari saiz bekas bracelet.. Tadaaa.. Alhamdulillah siap sudah..
Akhirnya (sambil menarik nafas lega...), tiba dulang terakhir iaitu dulang buah-buahan..
Buah-buahan |
Untuk memudahkan kerja, saya guna sangkar replika.. Saya hias dulu sangkar ini manakala buah-buahan akan dibeli sehari sebelum majlis pernikahan nanti bagi mengelakkan buah-buahan lebam atau busuk.. Tujuan utama menggunakan sangkar begini supaya buah-buahan tidak jatuh tergolek semasa dibawa..
Gubahan hantaran kahwin |
Alhamdulillah, syukur..... Walaupun hasil tidaklah 'wow' sangat tapi saya berjaya merealisasikan permintaan adik ipar dan berjaya menzahirkan idea spontan ke atas semua barang-barang yang diberi.. Berpinau sudah biji mata dengan warna ungu.. Kena reset otak jap.. huhuhu
Akhir kata, apa pendapat pembaca dengan bakat terpendam saya? Okay tak hasil dekorasi hantaran ni? Pendapat sikit please.. Melalui pendapat anda mungkin saya dapat perbaiki skill saya ini, mana tahu boleh buka tempahan suatu masa nanti, hehehe >_<
Oh yaaa, Giveaway by LZ telah tamat pada 31.8.2017 lalu manakala keputusan giveaway akan diumumkan soon, in shaa Allah.. Senarai nama peserta giveaway boleh semak di sini.. Entri keputusan giveaway tersebut merupakan my next entri. Tungguuuu...
29 Comments:
Cantiklah kak...simple tapi seni..
Alhamdulillah kalau betul begitu PC.. Boleh tidur nyenyak dah lepas ni, thanks dear 💕
Cantik kak Lz! Loveeeee it. Mai datang ambik idea utk hantaran nanti, hihi. Suka yang dUCk tuu...
nampak kemas & tema warna sweet sangat!
Wah...lawyer yang berseni. I'm impressed. Baru nak tegur nape awal sangat buat sirih junjung, plastik rupanya. Aiseh, x dapatla anak dara macam saya nak curi2 makan. Haha. Semoga dipermudahkan urusan majlis nanti LZ. Tahniah in advance
Silakan Mai, mana idea Mai boleh gunapakai ikutlah.. Tak faham boleh PM tepi okay 😉..
Alhamdulillah sis gee, kira menjadi jugak sentuhan LZ yang tak berapa professional dalam bidang ni.. 😊
Hahahaha itu namanya bakat terpendam Sal.. Kena sergah (dalam kes ni kena paksa) baru keluar bakat tu..
Aminnnn semoga dipermudahkan.. Thanks Sal.. 😊
Tangan LZ memang berseni. Kalau Mimi habis jahanam hantaran hahaha..Tangan memang tak berseni tau.Tapi bila orang lain buat cantik jeles tau..Eemm sekarang ni memg ramai guna sirih junjung dari daun sirih plastik. Masa Mimi dulu kekalkan daun sirih yg betul. Tapi start adik kahwin diorang guna plastik saja.
Mungkin bakat Mimi menjurus kepada perkara lain contoh masak-memasak atau kemas-mengemas kot.. LZ buat ikut idea spontan sebab tu letih berfikir bila buat hantaran ni..
Daun sirih susah dapat kat taman perumahan ni Mimi.. Kalau kat kampung mungkin ada lagi yang menanam.. Untung Mimi dapat jugak merasa sirih junjung original, hehehe 😁..
Cantik dan berkenan dengan gubahan sirih tu... Betul, lama kelamaan sirih junjung hanya pada nama dan rupa saja... bukan lagi di gubah menggunakan sirih sebenar.
pandai gubah hantaran...bole amik tempahan sbg side income
Okaylah LZ masih memikirkan orang yang nak bawa hantaran tu nanti.
Baru-baru ni time cousin Mrs. A kahwin depa punya hantaran mudah gerak dari dulang dah tu pulak part buah punyalah berat berpoluh orang yang kena bawa buah tu sadis.
Kalau nak cari sirih fresh kat kedai mamak masih ada jual tapi kena beli kat tiga atau empat kedai mamak sebab stok tak banyak ngeh! ngeh! ngeh!
Terima kasih sweetie 💕
Betul lama kelamaan tinggal nama.. Selain susah cari pokok sirih, sirih junjung tak boleh gubah awal nanti layu tak cantik pula..😊
In shaa Allah sebagai backup plan kannn mama tisya 😊
Itulah perkara yang perlu diambil peduli semasa mengubah hantaran ni Mrs. A kena pastikan stabil & mudah dibawa..
Hahaha part buah berat mgkn kalau boleh pengantin nak bagi semua jenis buah kot, hehehe 😁
Daun sirih kedai mamak pun hampir pupus iyer dak.. hehehe
Wah.... mmg kakak ipar mithali sungguh ni hihi...
Saya tak reti bab bab menggubah hantaran ni LZ. Nasiblah dah tak de adik ipar yg belum kawen. Selamat mak!
simple. tapi cantik tak nampak serabut
cantikkkk. hihihihi. tp lambat lg nak kawen >.<
dh boleh take oder ni hehhee semua lawa
chantek dan kemas gubahan hantaran nih., ;p
Akak, cantiknya akak gubah hantaran dengan sangkar bagai. Siqah paling suka dengan gubahan sirih junjung. Nampak kreatif tau. Susah nak buat tue.
Duckies nampak duck di situ <3
Hahahaha belum dapat pengiktirafan mithali lagi Mak Nom.. Ada lagi ciri2 lain yg belum dipenuhi.. hehehe 😉😁
"Selamat Mak" memang I jeles okay sbb lepas sorg ni ada sorang lagi, bertabahlah hehehe 😁😁😁
Alhamdulillah CCL.. Hopefully semua org berpendapat mcm CCL.. Thanks dear 💕
Hehehe thanks Cik VM.. 😍
Sempat kumpul idea hantaran.. Tiba masa nanti buat lebih vogue lagi okay 😊😉
Terima kasih Tn. NA..
Malangnya kerja hakiki membataskan hobi ini.. So kena peram dulu, hehehe 😁
Alhamdulillah, thanks dear Nina Mads 😍
Order kena hold buat masa ni tunggu bersara, hehehe
Terima kasih Wak TL..
Bersemangat saya Wak puji..😁
Alhamdulillah Siqah.. Akak diberi ilham sepanjang buat gubahan ni.. Semua idea spontan. Lega bila siap semua.. 😊😁
Hehehe Duckies spotted duck so cute 😍
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!