Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog Lady in Red Planner.. Al-kisah sejak beberapa bulan lalu anak minta buat popcorn sebab dia pernah buat bersama teacher dan rakan-rakan sebaya ketika transit di Smart Reader tahun lalu.. Jadi mama dia yang sebenarnya tak pernah tahu cara buat popcorn pun terus acah-acah terror.. Berpandukan website allrecipes.com dapatlah saya imagine how to prepare caramel popcorn. Mudah yang amat rupanya buat popcorn. Kelakar pun ada sebab sebelum ni tak pernah tahu..
So hari ini dengan bangganya saya ingin kongsi resepi homemade caramel popcorn yang sedap di samping sangat mudah disediakan. Bak kata orang resepi tutup mata pun boleh buat, hehehehe. Tapi saya nasihatkan lepas siap semua baru tutup mata naa.. Nanti minyak pergi mana, bertih jagung lompat ke mana, hehehe. Siapa yang tahu buat tolong jangan gelak.. haip!
Inilah hasil kejadian sebelum disaluti caramel...
Homemade Caramel Popcorn |
Resepi Bertih Jagung Karamel
(Homemade Caramel Popcorn Recipe)
Bahan-Bahan
3 genggam
biji jagung
3-4 sudu
besar minyak masak
1 sudu
besar butter
¼ sudu
kecil garam halus
Cara-cara
1. Mula-mula pasang api sederhana. Panaskan minyak dan butter.
2. Kemudian kecilkan api.
3. Masukkan biji jagung. Pastikan semua biji jagung kena minyak.
4. Tutup periuk. Tunggu hingga bunyi biji jagung meletup “pop pop”.
5. Bila takde lagi bunyi "pop pop" maksudnya biji jangung dah habis meletup. Sekarang, boleh buka tutup kuali / bekas tadi. Pasti anda teruja bila tengok popcorn penuh putih gebu..
6. Kemudian, masukan popcorn ke dalam bekas lain
7. Tabur garam dan gaul rata
Siap sudah, sekarang masa untuk sediakan caramel
Caramel |
Caramel
Bahan-bahan
1 cawan brown sugar
2 sudu besar gula
4 sudu besar butter
1 sudu kecil baking soda
1 ½ sudu kecil vanilla
Cara-Cara
1. Masukkan brown sugar, gula pasir dan butter ke dalam periuk. Panaskan guna api sederhana.
Kacau hingga semua bahan larut.
2. Masukkan baking soda dan vanilla. Kacau hingga likat.
3. Padam api dan tuang ke dalam bekas popcorn. Kacau rata.
4. Masukkan bekas popcorn ke dalam oven dan panaskan anggaran 10 minit.
5. Kacau popcorn hingga caramel menyaluti hampir seluruh popcorn.
6. Siap! Sedia untuk dihidang.
Homemade Caramel Popcorn |
Inilah hasil kejadian Homemade Caramel Popcorn.. Bila anda buat caramel popcorn di rumah akan ada bau caramel sedap semerbak memenuhi ruang seperti anda berada di panggung wayang, hehehe.. Lepas ni takde la beli popcorn di luar..
Selamat mencuba..
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya..Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Regards,
I am LZ
28 Comments:
Alamak sis, rasa nak makan popcorn plak lepas baca ni..
Wow...kena try ni. Sesuai untuk makan sambil tengok tv ramai2 kat rumah. Thanks share. Lawa gambar. Tu jari LZ ke?
lepas sehari-hari nak try buat tapi nan hado..angan-angan mat jenin banyak hahaha
this is yummy! thanks for sharing
Alhamdulillah...jimat dan puas makan ni kak LZ...
Hehehehe Miss tins cepat beli bahan-bahan, buat sendiri puas makan 😉..
Berbaloi-baloi Sal, makan sampai puas ikut citarasa sendiri hehehe.. Thanks for reading Sal.
Pssstt bukan jari LZ daaa hehehe 😁
Terus beli bahan-bahan anzrarizal bila ada semua takde laa angan-angan lagi 😉..
My pleasure Atie 😊
Thanks for reading 💕
Puas hati PC rasa manis pun kita boleh control ikut citarasa sendiri selain jimat 😉..
Cantik kejadian nya.. yummy
suka mkn popcorn tp buat sdiri blum
nampak sedap...pos sini 2 bungkus...haha
Kak LZ!! Sedapnyaaaaaaaaaa!
lepas ni buat sendiri popcorn pastu makan dekat cinema kekeke
sedapnyaaaa
ehehehe alaaaa ada extra x ? nak ketuk pintu rumah hulur bekas sikit hehe..
Hehehe alhamdulillah, thanks mamapp 💕.
Kalau mama tisya suka, satu hari nanti boleh cuba buat popcorn sendiri. Mesti best! 😊💕
Hehehehe tak dapek den nak nolong Hans. Thanks 😊
Sedap jugak Fatin, boleh layan sambil tengok tv, hehehehe 😊💕
Jimat sikit tak perlu beli, hehehe pandai farhanna 😁💕
Alhamdulillah MisDiarios, menjadi resepi popcorn caramel kali ni, hehehe 😄💕
Andai kita duk dekat SYM, pasti LZ akan hulur sebalang dua, no hal hehehe 😊💕..
Nikmatnya bila makan depan tv hehehe ^^ nanti nak try lah... :)
Pernah jugaklah menerai buat popcorn dulu.....tulah sekali hahaha...lepas tu tak pernah buat lagi.
Senang jekan buatnya cuma kena rajin jerlah
tq for sharing the recipe LZ.. memang nak buat this week..anak asik nyebut jek..hehehe
Puas makan kalau buat sendiri kan LZ
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!