Western Food Di The Windmill Restaurant Seremban Gateway Complex

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog Lady In Red Planner.. Hari ini di Negeri Sembilan cuti ganti sebab semalam adalah sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir Yang ke-70.. Daulat Tuanku Merafak Sembah Setinggi-tinggi ucapan Tahniah..

Okay, entri kali ini saya share tentang tempat makan #ganglunch pada Jumaat lalu.. Hari Jumaat merupakan hari yang ditunggu-tunggu kerana waktu lunch yang panjang iaitu dari pukul 12.30 hingga 2.30 petang.. Cuaca hari Jumaat lepas, mendung disusuli dengan hujan renyai-renyai.. Bila cuaca sejuk faham-fahamlah, perut pun mudah lapar. Jadi tekak pun mengada minta makanan best.

Jadi kami ke The Windmills Restaurant ("TWS").. Saya yakin para pembaca tentu familiar dengan restaurant ini kerana ianya merupakan salah satu Western Food Restaurant yang agak terkenal.. Pernah disiarkan dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan di TV3.. Kalau masih belum familiar, it's okay saya kongsi sedikit di sini..

Al-kisah, kelmarin merupakan kunjungan pertama kali ke TWS cawangan Seremban Gateway. Sebelum ni biasa pergi di cawangan Seremban 2 berdekatan City Park.


Seremban Gateway Complex
The Windmills Restaurant (TWS) cawangan Seremban Gateway

Untuk pengetahuan pembaca, cawangan pertama TWS di Melaka dibuka sekitar tahun 2000 oleh founder TWS yang berasal dari Netherlands dengan menggunakan tagline "Great Western Food Since 2000". No wonder ada perkataan "windmills" iaitu kincir angin yang terkenal di Belanda.. Begitulah sejarahnya..

Saya suka persekitaran restaurant TWS yang terletak di Tingkat 1, Seremban Gateway Complex sebab bersih dan cozy.. Kawasan luas dan selesa to enjoy our food.

Cawangan Seremban Gateway Complex
Ruang dalam TWS Restaurant

Ruang makan dalam restaurant juga luas.. Sesuai untuk sambutan birthday atau keramaian.. Sekarang masa untuk saya kongsi apakah menu yang kami pesan?

The Windmills Restaurant
Lamb Chop - RM22.90

Ini hidangan saya, Lamb Chop (grilled lamb chop with fine herbs, served with fries, coleslaw and sweet corn).. Gravy diletakkan berasingan..

Sudah banjir with gravy..

Berikut pula hidangan yang telah dipesan oleh Mrs. A iaitu Sirloin Steak (grilled sirloin steak served with fries, coleslaw and sweet corn)..

The Windmills Restaurant
Sirloin Steak - RM25.90

Fakta tentang sirloin : Sirloin ialah daging bahagian otot yang membolehkan haiwan bergerak. Daging bahagian ini sedikit berlemak. Sirloin steak perlu dimasak dengan sempurna supaya menghasilkan daging yang juicy dan lembut.


Ini pula menu yang dipesan oleh Pn. Naddy iaitu Fried Chicken Burger.

The Windmills Restaurant
Fried Chicken Burger - RM13.90

Presentation membuatkan burger ayam ini agak menarik tetapi rasa seperti burger ayam biasa. Seterusnya hidangan set yang diberi nama Hot & Spicy Fish (with mushroom soup, ice lemon tea and dessert).

Hot & Spicy Fish - RM19.90

Hidangan ini disertakan sekali dengan air berbeza dengan yang lain.. So far kami kenyang sampai malas masuk office semula, hehehe.. Service pun okay.. In terms of makanan okay sahaja boleh layan.. Sedap adalah subjective.. Bergantung kepada citarasa individu..  Apa pun you all kena cuba sendiri baru tahu..

Lepas makan kami menghabiskan masa bersembang 'isu semasa' hingga lunch hour hampir tamat.. Tak sempat cuci mata terus menuju ke office..

Okay, kepada sesiapa ingin merasai sendiri makan di TWS atau mengadakan majlis keramaian boleh cari lokasi terdekat atau hubungi manager in charge seperti yang dinyatakan di bawah ini:

Cawangan The Windmills Restaurant
Contact The Windmill Restaurant

Sekian sahaja perkongsian saya kali ini..
Sehingga kita berjumpa lagi di lain entri..
Wasalam, byeeee...

Regards,
I am LZ



12 Comments:

Haishh xboleh laa masuk sini terus jadi lapaarrrr! Haahaa

Sedap sirloin steak tu tapi tulah comel sangat sizenya tak cukup huhuhuu...

hmmm sedapnya... mbuka selera betul laaa....

Hahaha bertabahlah Fatin 💕..

Boleh tahan jugak Cik Ash especially kepada penggemar Western food 💕..

Kalau sedap next time kena order 2 portions Mrs. A baru puas makan, hehehe 😁

Kalau Cikyan suka Western food mungkin selera sebab sesetengah orang cepat rasa muak.. Apa pun Cikyan kena cuba sendiri 💕..

Betul..rasa is subjektive..ada kwn ckp sedap so pergi la cuba bila mkn ermm biasa je

Biasa camtu JM..
Jadi ikut citarasa sendiri 😉

pernh mkn kt windmill di aeon shah alam tp bkn order menu western..order menu nasi

ya allah lapar lah pulak tgk entry makanan ni..sedap2 belaka makanan kt situ.

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More