Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari ini Sabtu, Selamat Hujung Minggu diucapkan kepada rakan bloggers. Apa aktiviti hari ini? Saya pula tak ke mana sebab terlalu penat, minggu ni sungguh hectic so saya bercadang untuk menghabiskan masa berehat sahaja di rumah.
Oleh kerana sibuk, komen pembaca pun masih belum sempat saya balas. In shaa Allah, setiap komen di blog Lady in Red Planner ini akan saya balas dari semasa ke semasa. Terima kasih kepada pembaca yang sudi meninggalkan komen. I really appreciate it 💕.
Oleh kerana sibuk, komen pembaca pun masih belum sempat saya balas. In shaa Allah, setiap komen di blog Lady in Red Planner ini akan saya balas dari semasa ke semasa. Terima kasih kepada pembaca yang sudi meninggalkan komen. I really appreciate it 💕.
So today, I would like to share with you cerita tentang short trip ke AQUARIA KLCC dua minggu lalu.. Instead of Tarikan Menarik di AQUARIA KLCC, saya juga namakan post ini : "Biarlah Gambar Berbicara" kerana gambar lebih banyak dari cerita. Anggaplah ianya seperti sebuah album gambar..
Related : Lunch di sini
Related : Lunch di sini
Okay, bila kita masuk sahaja ke Aquaria akan nampak Piranha Tank.. Banyak sangat ikan Piranha dalam tu..
Piranha Tank |
Tak padan dengan saiz kecil tapi agresif. Pirana adalah sejenis ikan omnivor kecil yang tinggal berkumpulan di Laut Merah dan sungai-sungai di Amerika Selatan. Ikan ini mempunyai deria bau yang kuat dan suka darah seperti ikan jerung.
Tapak sulaiman dan hidupan laut jenis Asteroidea |
Belangkas |
Pepatah Melayu ada kata 'berkepit macam belangkas'.. Huh inilah belangkas, hehehe. Belangkas atau Horseshoe Crab adalah haiwan yang tinggal di air masin dan sedikit di paya air tawar. Ada sesetengah tempat makan belangkas, tak silap saya di Kota Tinggi, Johor, pernah disiarkan di Majalah 3 satu masa dulu.
Siapa pernah makan belangkas mungkin boleh kongsi camne rasa belangkas. So far saya masih belum terbuka hati untuk mencuba belangkas. Belangkas juga antara haiwan yang sedang diancam kepupusan.
Anak ikan jerung |
Ikan toman |
Garden Eel |
Udang galah |
Udang galah |
Kawasan tumpuan pengunjung mengambil gambar |
Ikan Naga |
Semasa sedang meninjau spesis ikan besar di tunnel, tiba-tiba ada diver dalam tangki sedang membersihkan aquarium. Maka pengunjung pun berpeluang meninjau dengan lebih dekat lagi proses pembersihan tangki aquarium yang besar.
Diver |
Octopus |
Siapa suka makan chuka idako di Sushi King? Kalau nak tahu inilah ibu dia, hehehehe. Bukan main besar. Orang menangis di bucu katil tapi octopus ni menyorok di bucu aquarium konon pemalu, hehehe
Jaws atau rahang ikan jerung |
Sempat berposing walaupun gelap demi sebuah memori, ewahhh..
Seahorses |
Jemput singgah menonton rakaman video amateur yang diambil:
Okay, begitulah sebahagian daripada gambar-gambar dalam koleksi semasa
ke Aquaria KLCC tempoh hari. Motif utama ke sini untuk memberi pendedahan
kepada Arief Redza mengenai kehidupan dasar laut and at the same time
mengagumi kebesaraanNya.
Bayaran masuk ke Aquaria KLCC dengan MyKad seperti berikut :
Dewasa (adult) : RM49.00
Kanak-Kanak (3 hingga 12 tahun) : RM39.00
Senior Citizen (atas 60 tahun) : RM39.00
Umur bawah 3 tahun masuk percuma.
Website : AQUARIA KLCC
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Regards,
I am LZ
16 Comments:
menariknyaaa kalau bawak anak2 buah datang singgah sini.. puas hati dapat close enclosure dengan binatang2 ni..
Best jugak SYM.. Anak2 buah SYM pasti seronok 😊..
Suka teramat tenguk hidupan2 air ni.
menariknya! tunggudah berkeluarga la baru pergi sini. baru seronok!
Dah beberapa tahun lama dulu mama dtg sini. Best juga kalau visit sekali lg
wwahhh
last pergi 3-4 tahun lepas
tapi tak pernah nampak octopus
hehehe
Aquaria ni boleh dikatakan one of the best in the world. Tak perlu pergi luar negara nak tengok aquarium dan hidupan-hidupan laut
Saya pun suka dengan hidupan air Pakcik WP.. Tenang bila tengok hidupan laut berenang-renang..
Exactly Mat Min..
Masa bercinta pun boleh datang sini Mat Min, hehehe gurau tau jangan ambil hati 😆..
Ni kali kedua saya pi sini mamapp, first time lama sudah. Ingat masih sama tapi ada juga kelainan so bolehlah mamapp arrange for next visit 💕..
Itulah kelainan Aquaria kali ini Hans, hehehe 😁..
Alhamdulillah Sal, best dapat peluang tengok hidupan dasar laut depan mata tanpa menyelam.. Seriously tak perlu pergi ke luar negara.
Tak tahulah bila dah lapan belas ni rasa teruja lagi tak pergi aquaria... heheh tapi yang penting dapat timba ilmu pasal hidupan laut ^^
Pernah jugak pergi Aquaria tapi dah berzamanlah hahhaa.... Zaman anak yg sulung tu sekolah rendah rasanya ...punyalah lama!
Tak nampak pulak satu lagi belangkas.... bertindih ke LZ? Pernah jugak makan belangkas kat Perlis dulu...Mcm Ikan kan rasa dia
amazing gilaaaa tmpt ni... thank you for the photos!
cantik
Adoilah.. Menariknya.. Hopefully dapat bawa my two girl ke sini.. Paling comel Garden Eel tu..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!