TAHNIAH MALAYSIA!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Cuti yang agak panjang tapi tiada perancangan.. Al-maklum cuti yang tak dijangka.. Dalam masa yang sama masih ketandusan idea untuk menulis entri baru.. Di luar sana masih hangat bercerita tentang pembentukan kerajaan baru di bawah pimpinan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr. Mahathir Mohamad..

DON'T QUIT BUT DO IT!
Tahniah Tun M serta barisan pemimpin yang baru dilantik selepas kemenangan PRU14 lalu.. Semua sedia maklum bahawa tugas mereka bukan mudah, mereka harus menggalas segala harapan seluruh rakyat Malaysia.. Kita sebagai rakyat pula hendaklah selalu berdoa supaya kerajaan baru ini mampu melaksanakan tugas mereka lebih baik dari kerajaan sebelum..



Frankly speaking, saya sangat kagum dengan kudrat dan tenaga yang Tun M tunjukkan di usia 92 tahun sepanjang berkempen, pilihanraya, disusuli majlis istiadat mengangkat sumpah berlangsung.. Berbeza sungguh dengan saya, seorang rakyat biasa, dibanding umur memang jauh beza, baru berjaga hingga 4 pagi mengikuti pengumuman keputusan PRU14, dah sakit kepala di siang hari akibat tak cukup tidur.. Mujur ada cuti tambahan.. Sungguh lemah dan 'fragile' nya saya.. aduiiii #jangankecamsaya

Always be grateful
Okay, pilihan raya sudah berlalu, Perdana Menteri baru juga telah dilantik.. Maka aktiviti harian kita juga perlu diteruskan seperti biasa.. Hari ini saya terima mesej dari seorang rakan, maaf sumber tak dapat dipastikan.. Jadi ada baiknya saya kongsi di sini untuk tatapan pembaca semua:

Mari kita ucapkan TAHNIAH..

TAHNIAH Pakatan Harapan
Semoga anda menunaikan janji-janji manifesto anda..

TAHNIAH PAS kerana telah dipilih mentadbir Kelantan dan Terengganu dan teruskan perjuangan.

TAHNIAH Barisan Nasional atas segala sumbangan yang telah diberikan sebelum ini. Masa untuk muhasabah diri dan berehat.

TAHNIAH Rakyat Malaysia  kerana telah menggunakan hak kalian dengan baik. Gunakan hak anda di PRU15 jika sebarang kebarangkalian berlaku dlm pemerintahan yang baru ini.

Oleh itu, sempena Ramadhan Kareem, marilah kita mengikat semula tali silaturrahim yang mungkin sedikit renggang akibat politik.

Yang menang wajib tunaikan semua janji yang telah dinyatakan dan bersyukurlah kepada Allah dan ingatlah kepimpinan kalian pasti akan ditanya oleh Allah.

Yang kalah jangan bersedih hati dan bertenang, mungkin ini masanya untuk kalian berehat sebentar dan menilai semula apa yang telah dilakukan.

Dipilih menjadi pemimpin bukanlah suatu keistimewaan tetapi ianya adalah suatu tanggungjawab untuk terus memberi kebaikan kepada rakyat.

* Ahlan WaSahlan Ya Ramadhan.*
Tinggal 7 hari lagi kita menyambut Bulan Ramadhan.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ

14 Comments:

InsyaAllah walau apapun pegangan politik kita, janganlah dijadikan punca renggangnya hubungan. No hard feeling. Hehehe. Tahniah juga rakyat Malaysia yang turun mengundi tempoh hari.. semua dah buktikan kita suara rakyat bukan omong kosong.

keputusan yang luar jangkaan ..semoga negara terus aman dan mari bersangka baik sahaja deengan semua pemimpin yang ada..

kesalahan mereka jika ada..Allah sahaja yang membalasnya

Well said Mai.
Sama2 kita berdoa agar kesejahteraan Malaysia terus berkekalan..

..اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Sebagai rakyat Malaysia itulah yang kita harapkan..

Saya pun terasa lemah bila compare dengan semangat Tun, acah2 nak bangun buat kerja tapi end up esok baru bangun..hurm..

semoga kerajaan baru ni dapat membawa perubahan. masa untuk buat kerja. saya pun malu dengan Tun, nampak sihat dan lebih aktif berbanding kita ni

Betul.. badan ai pun rasa lesu.
Malu rasanya dengan kudrat yang ada pada Tun M.
Moga pentadbiran negara kita berada dilandasan terbaik dan memudahkan rakyat.. ;)

Samalah LZ .... hakak pun kagum jugak . Apa rahsianya agaknya ek... Macam macam vitamin makan agaknya tu LZ.

Kadang ada gak rasa sebak bila tengok video dan gambar Tun, sanggup memikul tanggungjawab demi negara huhu

Exactly Auni Sofea, samalah kita..

Aminnnnn, sama2 kita doakan kesihatan Tun..

Kita serupa aiza..

Aminn, begitulah yang kita harapkan sebagai Rakyat Malaysia kann aiza..

Kak Nom, itulah keistimewaan Tun M.. LZ pun rasa terharu, sayu, sebak dengan pengorbanan beliau.. Kita doakan semoga Tun M sentiasa di bawah lindunganNya, amin..

sronok diberi nafas baru. insyaAllah akan lebih baik.

Itu yang kita harapkan..
Sama2 kita berdoa Mek 💕..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More