Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini masuk hari ke-12 kita berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak. Mungkin ada antara kita mula sibuk membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Boleh saya katakan bahang Hari Raya mula terasa..
AEON Seremban 2 |
Buktinya, Sabtu lepas saya ke salon the color shop di AEON Seremban 2. Seawal 11.30 pagi kawasan parking mulai penuh hingga ke roof top.. Memang terlalu ramai orang membeli-belah di sini. Bersesak saya bila melalui bahagian pakaian di tingkat 2.. Kaunter beratur panjang..
the color shop salon |
REVIEW the color shop Salon
Sebut tentang the color shop baru saya tahu bahawa salon ini ada menyediakan ruang muslimah. Jadi mudah kepada para muslimah mendapatkan rawatan rambut. Selain itu harga yang ditawarkan juga berpatutan di samping kita boleh dapat khidmat pakar rambut professional.. Product yang digunakan dari jenama L'oreal dan Kérastase.
Okay, kita tinggalkan cerita the color shop.. Jom saya bawa pembaca melihat sendiri kemeriahan di AEON hujung minggu lalu.. Ini baru sebahagian sahaja di dalam kawasan AEON. Banyak booth pakaian di sepanjang jalan.. Booth-booth ini sudah mula didirikan seawal seminggu sebelum Ramadhan..
Booth pakaian di AEON Seremban 2 |
Beginilah keadaan sebahagian ruang jualan pakaian.. Banyak pilihan menarik boleh didapati di setiap booth yang dipamerkan. Rambang mata dibuatnya..
Hajjada Exclusive |
Z'hanna Boutique |
Qaira Hijab |
Niswah Nadhira |
Fana Couture |
Sesiapa yang masih tercari-cari pakaian Hari Raya boleh datang ke AEON Seremban 2.. Terdapat banyak pilihan, pilihlah mana-mana berkenan di hati.. Tak lupa juga pilihan biskut raya ada juga dijual di sini..
Jika tanya saya sejauh mana persiapan untuk Hari Raya setakat hari ini? Jawapan saya masih terlalu awal dan boleh katakan belum buat sebarang persiapan langsung. Untuk pengetahuan pembaca, setiap tahun saya akan belanja last minute.. Pakaian pula semua ready made so tak susah cari..
Bagaimana pula dengan pembaca? Ada yang dah beli baju raya or mungkin sudah tempah awal sebelum puasa? Kongsilah cerita okay.. Psssssttt warna tema apa tahun ini?
Ini sahaja cerita yang ingin disampaikan..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..
Regards,
I am LZ
24 Comments:
geng! belom shopping raya lagi hehe
saya pun belum buat persiapan raya lagi..mood beraya tu belum ada lagi..adakah sebab dah tua hahaha
Yes sip sikit 😉
Kita serupa anzrarizal.. Mood raya belum ada kannn, hehehe 😁
Hehe samalah, kaella sibuk sangat shopping raya pun takde masa
Selagi belum cuti memang busy memanjang kann cik kaella.. Me too 😥..
Zhi takde mood nak raya tahun ni... Shopping apa pun tak, maybe pakai je baju yg penah beli and pakai sekali dua je sebelum ni. Malas nak membazir sgt dah.
Wah banyak nya baju raya, tahun ni sedondon dgn family, jadi kena tempah,sebab pertama kali nak sedondon kalau biasanya lebih suka beli yang ready made...
wahhh dah start shopping akak.. busyra belum lg.. tak tau bila nk beli ni. hehe. bestnya tngok mcm2 jenis baju ada.
Akak hari ini gi shoping kat Aeon Shah Alam..
Dah 0% gst..
Harga dah murah..
Sakan akak memborong 😉
hai LZ.
haah la seawal minggu pertama ramadhan dah mula byk booth jualan Hari Raya kat mana2 kwsn mall. mcm Ana ni kat Aeon Ipoh, Greentown Mall Ipoh pun penuh booth. Rambang mata tengok tp tu lah Ana blm ada mood lg nk membeli utk raya. Maybe next week nti kot baru nak mula menyopping raya hehe~
Salam Ramadhan :)
Dah siap before puasa sbnrnya.hehee
Malas nak tangguh...hehe..tp sudahnua t bertambah lg ..aduhhh
Sekarang dah mood raya kot.
Lagi 9 hari jer lagi nak raya.
Tahun ni LZ pun takde la Raya sakan Zhi, persediaan pun mana yang perlu.. Exactly, jangan membazir dengan benda yang dah ada. Sebelum beli perlu consider keperluan atau sekadar kehendak.
Amboi raya sakan Wani, sedondon lagi, hehehe. Tentu meriah sambutan Hari Raya Wani & family.. Baju raya LZ memang setiap tahun ready made Wani sebab tu persediaan raya pun last minute 😁..
Akak window shopping dulu Busyra, la ni masih belum ready lagi. Ingat guna apa yang ada since ada beberapa helai baju masih tak pakai lagi..
Banyak sangat fesyen baju raya di pasaran, berpinau jugak mata ni, hehehe
Iya la Kak, better shopping raya lepas 0% gst kann..
Alhamdulillah kak dapat kita buat persiapan raya dengan harga yang berpatutan 😊..
Hai Anamizu,
Tunggu 2 mggu atau seminggu sebelum raya mungkin datang mood shopping raya anamizu nnti..
By the way, happy shopping 😊
Wahhh Nona Qiyah betul2 advance.. Bila settle awal mesti sekarang rasa lega kann..
Betullah Mrs A, bila mood raya sudah mari rasanya jasad ada kat office, fikiran melayang2 kat shopping mall.. Tak sabar tunggu cuti raya..
my fav! Aeon Seremban 2 hehehe. sebab situ senang kan semua ada. lagi penting ada dua kedai buku besar kat situ haha i loikee~!
btw, jemput join segmen saya kak :D
Exactly Say sebab itu AEON S2 sentiasa meriah 😊..
In shaa Allah sis akan menyusul ke segmen Say..
lama nya tak ke seremban 2.pernah dtg sekali utk buka booth coway disana.4 tahun lepas rasanya.kenangan sungguh
Andai Irda ke Seremban 2 just inform me, mungkin ada rezeki kita jumpa 😊..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!