Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Salam Ramadhan juga diucapkan.. Sekarang merupakan zaman sains dan teknologi di mana penggunaan alat seperti gadget diperlukan sebagai medium untuk membantu memudahkan urusan seharian, sebagai contoh mudah : online shopping, online banking. Pendek kata semua di hujung jari. Tapi tahukah pembaca bukan semua orang familiar dengan setiap teknologi canggih seperti ini.
Grab |
Buktinya, saya kenal seseorang pada abad ini (membesar di zaman millenium + Degree in Engineering) yang tidak mempunyai akaun online banking disebabkan 'kurang yakin' dengan perbankan dalam talian. Dia bimbang duit hilang atau ditipu. Tujuan saya bukan untuk merendah-rendahkan dia. Itu hak masing-masing kerana ada benar alasannya mengapa tak berbuat demikian. Contoh apa yang pernah berlaku kepada saya apabila wang dalam akaun sewenang-wenang ditolak secara dalam talian tanpa melakukan transaksi atau dengan bahasa mudah tanpa izin saya selaku pemegang akaun.
Related post : Mangsa Penipuan Kad Debit
Itu kisah kawan saya dan perkhidmatan online banking.. Kes kawan saya di atas adalah contoh tak percaya or kurang yakin dengan perbankan dalam talian. Bukan nak kata orang lain, contoh pada diri saya sendiri, kes saya pula tak confident guna Grab. Malu nak mengaku sebenarnya tapi demi pengalaman baru saya mesti abadikan dalam blog ini.
Hari ini saya kongsi satu pengakuan jujur tentang Grab car.. Perkhidmatan Grab juga salah satu perkhidmatan dalam talian. Umum tahu bahawa perkhidmatan Grab sudah mula popular di Malaysia sekitar tahun 2016. Penggunaan Grab kini sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat Malaysia yang tinggal di pekan dan bandar yang sibuk. Oh ya applikasi Grab boleh download via Google Play (android) atau Apple App Store (iOS).
Sekarang tahun 2018, Grab sudah tidak asing lagi malah ada antaranya menjana pendapatan tambahan melalui Grab Driver. Jujur saya nyatakan di sini, saya baru cuba menggunakan perkhidmatan Grab buat pertama kali dalam hidup semasa di Melaka. Itu pun bukan main susah untuk yakinkan diri sendiri ditambah pula perangai saya jenis tak suka tumpang kereta orang lain melainkan kereta syarikat or kereta officemates.. Demi mendapatkan keyakinan saya tanya officemate yang sememangnya arif dengan Grab. Saya tanya dia sampai puas hati dan takde langsung unsur-unsur curiga dalam diri.. Iye laa Grab tu pada persepsi saya umpama naik kenderaan strangers tau, dibuatnya dia bawa kita ke mana-mana or ada motif khianat satu hal, so don't play-play.. hehehe
Alhamdulillah, akhirnya perasaan cuak itu dapat diatasi.. Bila guna dan rasa sendiri pengalaman naik Grab punyalah gembira, macam ada driver I tell you! Senang yang amat tak payah susah-susah drive.. Sangat best jauh lebih baik dari teksi or pengangkutan awam sedia ada.. Tambahan pula fare pun murah berbanding teksi (bergantung kepada jarak..) Sekarang, saya addicted guna Grab. Saya sangat bersyukur kerana ada manusia yang boleh mewujudkan apps ini untuk kemudahan sejagat.. I'm very impressed! Grab bukan seperti yang saya sangka (sambil tepuk dahi..)..
Begitulah luahan perasaan teruja saya bila pertama kali menggunakan Grab! Jangan kecam I okay, hahahaha.. I ni kadang-kadang jenis old-school, bila tahu sesuatu yang keputusannya akan menyusahkan diri memang I tak akan cuba. Saya tak suka hassle atau menyusahkan diri sendiri tapi kadang-kadang elok juga to break with tradition. Siapa ada perangai macam ni? Siapa pula yang masih belum pernah naik Grab? Apa kata kongsi pendapat pembaca di ruangan komen.. Jangan malu mengaku, kita sama-sama kongsi pengalaman sekadar suka-suka..
Okaylah itu sahaja, sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeee..
Regards,
I am LZ
34 Comments:
xpernah guna grab..:)
Kalau nak kata tentang pengalaman Uber dan Grab, dulu zhi selalu juga guna Uber sebab pemandu Uber biasanya lebih nampak educated dan meyakinkan. Kalau Grab ni dulu zhi pun x confident sebab pemandu-pemandu dia kebanyakkannya dari Teksi bertukar ke Grab. Jadi kita faham lah. Tapi dulu... itu dulu..
Sekarang bila Uber dah tak ada, semua pun dah diambil alih oleh Grab.
Kalau Zhi, nak pegi shopping kt mall / tempat-tempat yang ramai orang memang kadang naik grab je. Lagi jimat dan tak payah nak fikir parking. Tambahan kalau waktu nak sambut perayaan, jalan jem pulak. Buat bazir petrol je stuck dlm traffic kemudian nak cari parking dan bayar parking pulak lagi. Nak jimat kos mmg elok lah naik train atau grab je.
Ok. mcm terpanjang pulak komen ni..
hehee.. sorry.
belum pernah lagi kak...banyak pengangkutan awam yang belum pernah PC cuba....kalau bas memang rutin tapi zaman sekolah..teksi 3..4 kali..sebab dulu ke mana-mana dengan bba..bba hantar ambil..bila kahwin ke mana2 dengan suami..tak naik moto naik kereta..
Saya tak pernah guna lagi grab walau dah install online grab tu. Teringin nak cuba cuma masa tak mengizinkan kerana sibuk dengan rutin harian. Mungkin satu hari nanti.. dan akan saya share dalam blog macam LZ.. hehehe..
baru 6x guna Grab, 2x di Penang, 4x kt KL, so far, so good...mudah & selesa, kereta pun bersih..x serabut mcm teksi..
Suami ena dah setahun buat Uber n Grab tapi mostly die lg suka Uber. Tapi sekrang Uber dah xde diambil oleh Grab.suami mengeluh sebab intensif kurang ckit berbanding Grab.huhu. tu kalau driver lah.. klu penumpang mcm ena ni memang dah biasa naik Grab. Senang lg2 kalau p klinik di bandar. Malas nak driving susah parking ya amat. Kalau suami ada mmg senangla die cari parking kita turun dulu. Kalau ena sendiri pegi berdua dgn anak mmg pilihan Grab. Bergantung pda tempat jugak. Dulu area ena di muar Grab je naik. Uber xberapa. So sekarang xpayah pening2 hanya ada Grab.
kite guna dedua, grab dgn uber...tp lg kerap guna uber sblm ni sbb tambang lg murah dr grab... pegi penang aritu pun naik uber jer...senang nak dpt... ni uber dah xde...kene naik grab jugak la tp x pnh lg try yg baru ni..nak tgk tambang mahal ke tak...hehehe
mek pernah naik grab dua kali kot. memudahkan kita. tkyah nak parking semua dah. hehhe
LZ pun begitu NN sampailah tergerak hati cuba tempoh hari..
LZ tak berpeluang naik Uber.. Kalau guna Grab pun LZ rasa okay apatah lagi Uber, mesti terbaik..
It's okay Zhi, I like your sincere comments and opinion.. Tak kisah pun panjang..
Kalau ada orang bawa tak perlu kan Grab ni PC.. Sebenarnya lebih selesa naik transport sendiri 💕..
It's okay aiza, janji apps Grab dah install dan standby. Bila terdesak boleh guna.. Jangan lupa share bila ada pengalaman naik Grab nnti 💕..
Wah sis nohas lebih champion guna Grab. Setuju sangat bab bersih dan tak serabut mcm teksi, tepat sekali sis 💕..
Anak2 akak yg belajar,Grab dan Uber lah jadi pengangkutan utamanya.Kadang bimbang juga bila ada baca pekara yg negatif.Tapi anak2 yang dah acapkali naik ,mereka yakin selamst.
Tulahkan biasa dengar cerita orang tu jer... naik grab.
Sekali naik terus tersuka hhehehe...
Mrs. A belum pernah cuba lagi
saya tak pernah guna Grab ni .... tp abang saya sendiri jana pendapatan sambilan dgn Grab :)) ... saya rasa takut nak tumpang kereta org, tp adik beradik saya ok saja guna Grab ... maybe pasal dorg lelaki la kot ... muehehe...
Kira LZ agak ketinggalan juga sebab zaman Uber x pernah cuba, iskh rugi!
Yes exactly Ena, senang sangat dengan Grab.. Thanks for sharing..
Anis selalu naik grab sebab takde transport, nak jalan kaki gi lrt, malas or kadang2 nak pergi tempat yang takde lrt nearby, so in the end memang grab je la.. Memula memang tak yakin, tapi lama2, dah tau function diorg boleh tahan ketat so keselamatan insya-Allah terjamin.. xD
JJ dah biasa sejak zaman Uber lagi.. LZ rugi sebab masih naik teksi masa itu..
Betullah Mek, mudah sangat & selesa.. Lepas ni LZ akan kerap guna Uber macam Mek..
Memang sesuai untuk pelajar kak sebab tambang murah & tak tunggu lama.. so far boleh dipercayai dan selamat.. Itu sangat penting.
Itulah kisahnya Mrs. A. Next time kita keluar lunch jauh sikit guna Grab okay, hehehe.
sama lah best bila naik grab ni. Rasa selesa tak macam naik teksi dulu
Mula-mula LZ pun sangat awkward tumpang kereta strangers Mrs Pip tp memandangkan Grab car satu perkhidmatan tu sebab berani cuba..
Grab juga membantu jana pendapatan, bagus.. 😊
Betullah Anis, mula-mula rasa tak yakin tapi bila dah biasa okay kann.. Cara sistem Grab beroperasi juga buat kita rasa lebih confident.. 😊
Give me 5 farhanna, kita serupa itulah yang sis rasa, hehehe 😁..
saya selalu juga guna grab
Alhamdulillah memudahkan
Setuju Hans..Grab terbukti mudah..
busyra belum pernah cuba grab car. memudahkan betul kan. tq akak atas prkongsian ni. <3
Bebila nanti Busyra cuba ambil grab.. First time rasa awkward tapi bila dah start memang senang, best & selesa, hehehe
dulu akak naik Uber sebab rasa mcm confident jer dan avoid Grab tapi skrg ada Grab jer..so far ok
Sekarang we have no choice Kak Fuzy, Grab saja ada.. Nasib baik service Grab pun not bad, alhamdulillah.
Grab memang menjadi transport utama irda sebab xdrive..hahaha
.if not kerah mr hubby yg hantar sana sini.semua org xcaya irda xdrive ye lah keje jumpa org.jumpa client.wuaa xdrive..xperlah xcaya sudah.
hihihi
I know Irda such an independent person. Walaupun tak drive tapi masih boleh jumpa orang sana sini. Proud of you 💕
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!