Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. You all masih beraya sakan? #sistanyajer.. Untuk makluman, hari ni hari pertama saya mula bekerja setelah bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tempoh hari.. Bila dah cuti panjang maka 'bercinta' pula nak pi pejabat. Tambahan pula, hujan turun dengan lebat pagi ini.. Walaupun berat kaki melangkah, namun ku gagahkan juga demi mencari rezeki, huhuhu syahdu sungguh!
You all balik mana? Saya balik kampung di Muar Johor.. Bila cerita tentang Hari Raya, saya antara manusia yang tak beraya sakan sejak datuk dan nenek di sebelah ibu & ayah saya meninggal dunia.. Bila mereka tiada jadi sambutan Hari Raya pun terasa suram di tambah pula umur semakin meningkat.. Setiap tahun memang begitu, sambutan Hari Raya secara sederhana tapi meriah. Pada saya cukuplah setakat mana yang mampu saya ziarah.. Istilah raya pada saya dapat meluangkan masa berkumpul bersama keluarga dan berjumpa dengan saudara-mara yang jauh.. Anak-anak paling gembira menyambut Hari Raya seperti kita kecil dulu..
Oh ya rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan bloggers dan pembaca semua.. Mohon Maaf Zahir & Batin andai ada terguris perasaan..
Selamat Hari Raya Aidilfitri |
Tahun ini warna tema baju raya saya sekeluarga emerald green.. Beriya mengenakan baju sama warna tapi tak dapat bergambar bersama keluarga sebab tak cukup corrum.. Sebelum ni setiap pagi raya, adik ipar rajin ambil gambar kami sekeluarga tapi raya tahun ni dia balik beraya sebelah mertua so gambar ini saja yang ada dalam simpanan saya di samping gambar 'separuh hati' yang lain.. Maksud gambar separuh hati ialah gambar tak berapa nak puas hati, huhuhu
I am LZ & family |
Hari Raya pertama sesi kunjung-mengunjung rumah mertua, pakcik dan makcik semua sekali 4 buah rumah. Hari Raya ke-2 pula sibuk menyediakan juadah kumpulan Marhaban. Hari Raya ke-3 lepas Maghrib saya bertolak balik ke Seremban..
Perjalanan kali ini adalah perjalanan paling lama seumur hidup saya bila jem teruk sepanjang highway.. Can you imagine perjalanan dari Muar ke Seremban selalu mengambil masa 2 jam tapi jadi 6 jam lebih bila tersekat dalam kesesakan jalanraya..
Jalanraya sesak |
Rasa kematu punggung duduk lama dalam kereta dengan kelajuan minimum.. Hati pula risau sebab husband tak berapa sihat.. Rasa geram pun ada bila ada antara pemandu tak faham bahasa memotong di laluan kecemasan, in directly mereka adalah golongan yang menyumbang kepada kesesakan jalanraya.. Saya rasa berbakul orang maki golongan seperti itu.. Namun syukur alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai di rumah.. Tiba di rumah masing-masing kebulur, lapar hehehehe
Okay, begitulah serba ringkas sambutan Hari Raya Aidilfitri saya tahun ini.. Rakan bloggers dan pembaca sekalian jangan lupa kongsi cerita juga tau or you all boleh letak url blog post terkini tentang cerita Hari Raya.. Nanti saya singgah baca..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..
Regards,
I am LZ
32 Comments:
cantiknya kaler baju raya LZ sefamily. saya tahun ni beraya tak pakai pulak baju rayanya...huhuhu
salam aidilfitri LZ!
Ait...kenapa gambar tengah betulkan samping tu LZ hehehee....
selamat hari raya! bestnya dapat beraya hehe
Selamat hari raya
selamat hari raya..:)
Terima Kasih Sofie adie 😍..
Selamat Hari Raya Aidilfitri LZ ucapkan. Maaf Zahir & Batin 💕..
Tu laa Mrs A, dah la sekali bergambar tetiba candid, kecewa sungguh..
Selamat Hari Raya Sha 💕..
Alhamdulillah dapat juga spent masa bersama keluarga..
Selamat Hari Raya Aidilfitri Miza 💕
Selamat Hari Raya Aidilfitri kak Normi 💕.
Salam lebaran.
Salam Aidilfitri Pakcik WP..
Selamat Hari Raya, maaf zahir batin. I dah mula kerja semalam. office masih sunyi lagi :)
Selamat Hari Raya Aidilfitri Mommy Cici.. Maaf Zahir Batin 💕
Mungkin minggu ni office masih sunyi.. Office LZ pun sama.. By the way, selamat bekerja juga LZ ucapkan..
yeahh kita geng hijau..hehe. Akak tak sempat nak story mory kat blog lagi..dok kalut hal yg lain..
Selamat Hari Raya kak! Jalan jam teruk sebab cuti raya 4 hari kan. Cukup la tahun lepas dah merasa kematu 12 jam
Yeah give me 5 kak, hehehe
Iyer la ayah akak pun x sihat kann, sabar yer kak. LZ doakan semua berjalan lancar dan dipermudahkan urusan..
Thanks Chelsea..
Mungkin kot.. Raya kali ini jem luar biasa Farhanna. Bosan sungguh bila stuck dalam jem, rasa buang masa tapi takde pilihan lain so bertabahlah..
selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin
kebas punggung kan kak bila tempuh jammed ni...nak nangis rasa.Allahu.
Salam lebaran kak...maaf zahir batin.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Rabia..
Maaf Zahir Batin diucapkan..
Tepat sekali PC, itulah yang akak hadapi tempoh hari..
Salam Aidilfitri PC, Maaf Zahir Batin..
Thanks Aprilia..
selamat hari raya
Selamat Hari Raya juga diucapkan kepada Mama Tisya sekeluarga..
slmt hari raya maaf zhir batinn.. jem tkpe, jangan benda lain. at least penat je. hehehe
Alhamdulillah Mek, walaupun jem masih tetap bersyukur selamat sampai tanpa sebarang masalah yang tidak diingini..
kite balik kampung di Bangi.. tabahlah jem tu tapi skrng da kembali okay cuma hectic during weekends. salam aidilfitri kak.. maaf zahir batin =)
Selamat Hari Raya maaf zahir batin LZ...
Yelah bila umur dah meningkat mmg keterujaan nak menyambut raya tu agak kurang sikit kan, salah satunya mungkin sebab kita yg kena buat keja LZ huhu....
Tulah dengar cite anak sedara yg balik Kuala Kangsar ambik masa 12 jam hari Ahad tu... biasalah LZ raya namanya...
Hakak teringat awak tau raya raya tu sebab kita seMuo kan hihi
Selamat Hari Raya Aidilfitri SYM..
Bangi pun tak kurang hebat jem dia kann, nampaknya kena bertabahlah kita Siti hehehe..
Selamat Hari Raya Aidilfitri Kak Nom..
Iyer la betul Kak Nom, memang itulah hakikatnya..
So sweet of you Kak Nom, LZ pun teringin jumpa akak. In shaa Allah nanti kita roger2 boleh kita jumpa some where di KL..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!