TIPS MEMBELI SAMBIL BERJIMAT DI WATSONS

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan selepas membeli barang di Watsons.

Al-kisah beberapa bulan lalu kad ahli Watsons saya hilang, misplaced ntah ke mana. Untuk pengetahuan pembaca, saya dah lama jadi ahli Watsons, tak silap sejak tahun 2013 lagi. Keistimewaan kad keahlian Watsons ni sebab consolidate sekali dengan kad Touch 'n Go, 2 in 1..  Jadi takde la tebal kad dalam wallet. Itu salah satu sebab utama mengapa saya berminat menjadi ahli Watsons.. Sesiapa kenal saya mungkin tahu, saya ni bukan jenis suka sign up membership atas faktor keselamatan data peribadi. Saya pernah kongsi dalam post di blog lama sebelum ini.

Related post : Ketahui Akta Perlindungan Data Peribadi Kepada Anda

So semalam, saya berbelanja di Watsons alang-alang membeli saya sign-up semula sebagai ahli. Apa yang membuatkan saya teruja, kali ini banyak sungguh vouchers penjimatan yang memang tak dijangka berbanding masa saya signed up sebelum ini.

Watsons VIP Card kit
Bayaran keahlian hanya RM20.00 seumur hidup dan setiap RM1 yang dibelanja di Watson, ahli dapat 1 mata ganjaran keahlian. Mata ganjaran keahlian akan terkumpul dan boleh ditebus dengan rebate pembelian atau discount coupon. Selain itu, mata ganjaran juga boleh ditukar kepada nilai top up kad Touch 'n Go.. Bab membeli sambil berjimat memang saya suka..

Related post : Berjimat dengan Shopback

members get more #watsonsrewa
Ahli yang baru mendaftar akan dapat kit keahlian disertakan bersama Watson's VIP card.

Get  500 points upon activation
Dalam kit tersebut ada dinyatakan segala macam keistimewaan kepada ahli.

8 Exclusive Benefits
Disertakan bersama segala macam discount vouchers untuk barang-barang keperluan, most of the products memang kita gunakan seperti shampoo, lotion, vitamins etc.

Watsons brand vouchers
Bukan setakat itu sahaja, ada sebuah booklet yang mengandungi reward vouchers bernilai sehingga RM5,000.00.. Sangat berbaloi-baloi kepada ahli Watsons seperti saya.

RM5,000 Reward Vouchers
CARA MENGAKTIFKAN KAD WATSONS 
Langkah pertama selepas signed up, ahli perlu activate their card melalui 2 cara:


1. Activate via Watsons Malaysia Mobile apps 

Sila ikut langkah berikut:


Mobile apps activation
2. Activate via website 

Layari website url vip.watsons.com.my dan click pada Register. Masukkan segala butiran yang dikehendaki then submit.

Selesai sahaja pendaftaran pemegang kad ahli boleh enjoy mata ganjaran dengan rebate dan vouchers pembelian..

SINARI DIRIMU #OOTDIVA by EL bersama Watsons
BELI -> KUMPUL -> TEBUS

Bab ni saya tak sabar sebab tinggal 1 sticker sahaja lagi saya boleh tebus shawl koleksi ekslusif inspirasi stail pilihan Elfira Loy khas untuk ahli Watsons.

Koleksi Ekslusif Inpirasi Stail Elfira Loy
Apabila cukup 6 stickers nanti saya bercadang untuk tebus shawl panjang EL by Elfira Loy di no. 6..

Semuanya secara coincidence, niat di hati pada mulanya hanya membeli beberapa barang-barang  keperluan diri tapi tak sangka pula dapat lebih jimat dengan discount vouchers ahli Watsons.  

Oh ya, lupa beritahu post ini bukan ditaja tetapi sekadar review kad keahlian Watsons kepada pembaca yang berminat menjadi ahli. Bab membeli sambil berjimat memang saya tak boleh sorok sorang, kena share kepada umum supaya orang lain boleh juga dapat benefit yang sama.

Okay, nak tanya : Siapa selalu beli barang kat Watsons? Barang apa biasanya jadi kegemaran anda? Jangan lupa kongsi cerita, pengalaman atau pendapat anda di ruangan komen.. Kita sembang-sembang tentang products Watsons..


Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ

37 Comments:

VIP card lg byk dpt voucher ye...saya ada card member yg lama..tk upgrade pn

Tu lar mama tisya, kalau LZ tak apply kad baru mungkin tak tahu & tak dapat pun booklet reward vouchers.. Kalau free upgrade kad okay juga, kalau ada fee rasanya unnessary kan..

ohh patutlah kaella sign up x dapat, rupanya kena upgrade dulu eh.?? Kena upgrade kad lah lepasni

Suka, jimat sangat dengan adanya kad keahlian ni.. Husniey juga buat touch n go selalu guna tiapkali naik highway ☺️

Bestnya kalau berpeluang dapat shawl EL tu!

sha takpernah guna pun voucher tu last last habis tarikh huhu

Cik kaella cuba check dulu kat kaunter Watsons, kemudian register via mobile apps (dapat 500 points) / website..

Harap membantu 😉..

Pendapat kita sama HH 😍.. Itulah kelebihan jadi ahli Watsons kann.. I like..

Hopefully ada rezeki LZ dapat tebus shawl EL 😊..

Alaaaa rugilah Sha, tapi kalau beli benda tak perlu semata2 tebus voucher pun membazir jugak kann..

member kad yang lama je.takde vip.

MB pun still member card yg lama. suka sangat beli barang makeup kat watson. heheee

betul lah.. dpt juga berjimat dgn kad ni.. mama xde lagi kad ni

Lin pun pakai kad yang lama. dah hilang. setiap kali nak beli pki bagi no fon. nak redeem tak boleh kat store sebab tak ada physical card. tapi blh redeem watsons online.

memang bestkan jadi ahli Watsons ni..tu yg anak dara yg simpan sebab dia rajin membeli hehe

Member card lama pun boleh kumpul points, okay jugak Mar.. Cukup points boleh redeem 😊..

It's okay MB, masih boleh jimat sebab boleh kumpul points dan sesekali ada promotion untuk members dapat jimat jugak. Sesuai sangat kpd mereka yg suka beli barang makeup mcm MB, berbaloi-baloi 😊

Kalau mamapp suka beli barang kat Watsons kena apply membership so dapat enjoy benefit & rewards 😊..

Masa LZ hilang card aritu, guna phone number juga mcm Lin tp x puas hati sebab tak boleh redeem, tu sebab buat card baru 😊..

Sesuai sangat kak, banyak benefit sapa selalu belanja kat Watsons lebih2 lg anak dara, banyak barang keperluan diri ada kat Watsons, hehehe 😊

wahh detailss gituww kak good good~ :D

mek slalu jugak beli dekat watsons. tng pun guna kad watsons je. tapi tang mata ganjaran tu semua tk pernah ambik tahu. pernah dua kali je kot redeem. tup tup dah ad apps dah watsons ni haa.

Mrs. A ada kad lama terjebak sebab jemu dengan cashier tu muahahhaaa... setiap kali membeli mesti promote srh jadi members lagipun boleh guna sebagai kad TnG.

Biar mudah faham, hehehe 😍

Kalau Mek beli barang dapat resit ada dinyatakan kat bawah resit reward points Mek.. Mudah reload TnG kann.. I like 😊..

Hehehehe marketing strategy dia menjadi kat Mrs A.. Tewas juga akhirnya 😁..

wahhhh ni yang rasa nak pergi shopping raya dekat watson ni

Sesuai sangat sebagai persiapan raya dear, beli apa yang perlu 😊..

Suka juga masuk watson. Kalau keluar, x prnh dgn tngn kosong 😂

Samalah kita, masuk Watsons mesti membeli 😁..

selalu redeem untuk touch n go. seronok gituu..

Berbaloi-baloi kann SYM 😁

ada kad yg mcm ni juga.. boleh jd tngo dan shopping Watson. mudah bawa purse pun tak byk kad.

Betul Nina, sis suka guna TnG via Watsons card, 2 in 1 😊..

Rabia selalu beli supplement dekat watsons ni.

Beli supplement kat Watsons dapat banyak points Rabia, elok kalau ada kad Watsons 😊..

Lama dh xmsk watson gara2 point kena burn, beribu kot...

Sakit hati juga kalau kena camtu Cikna..

Nak tnya kenapa boleh burn point tu? Kalau x guna dlm tempoh setahun mmg akan burn ke?

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More