Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Didoakan semoga kalian sihat dan sentiasa dipermudahkan segala urusan.. Post kali ini saya ingin abadikan kenangan kad ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang diterima untuk tahun 2018 ini sebagai kenang-kenangan setelah timbul idea dari blogger nohas melalui entri di blog beliau : Kompilasi kad raya 2018. Al-maklum budaya menghantar kad raya semakin pupus ditelan zaman. Elok diabadikan di sini untuk rujukan sepanjang zaman.
Alangkah gembira rasa di hati jika masih ada yang sudi menghantar kad ucapan Selamat Hari Raya kepada saya. Perasaan gembira yang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Secara tak langsung teringat zaman bercinta, setiap tahun pasti menunggu kad raya kiriman kawan-kawan, saudara-mara dan juga si dia. Nostalgia sungguh, hehehehe
Okay tahun ini saya terima 3 keping kad ucapan Selamat Hari Raya.
Kad pertama saya terima dari ex-officemate :
Kad ucapan Selamat Hari Raya pertama daripada ex-officemate |
Kad kedua pula diterima daripada rakan blogger Nina Ahmad. Saya telah abadikan entri ini ditujukan khas untuk Nina.. Teruja saya menerima kad ucapan Selamat Hari Raya daripada Nina secara tak disangka-sangka.
Kad ucapan Selamat Hari Raya kedua daripada Nina Ahmad |
Kad ketiga pula diterima daripada panel peguam syarikat. Kami telah bekerjasama sejak tahun 2010 lagi. Setiap tahun firma guaman Dato' Adam pasti akan menghantar kad ucapan Selamat Hari Raya kepada saya.
Ingatan dan ucapan tulus ikhlas saya tujukan juga kepada beliau.
Kad ucapan Selamat Hari Raya ketiga daripada panel solicitors |
Itu sahaja kad ucapan yang diterima untuk tahun 2018 ini.
Untuk tahun akan datang, saya bercadang untuk menempah kad ucapan Selamat Hari Raya sebelum bulan Ramadhan.. Kad ucapan tersebut akan ditujukan khas kepada rakan bloggers tanda ingatan dan ukhuwah antara kita.
Jadi sesiapa yang ingin bertukar kad ucapan Hari Raya sangat dialu-alukan untuk berbuat demikian..
Jangan lupa : "Pecah kata, pecah gelas, sudah baca harap balas." ;-)
Begitulah cerita yang ingin disampaikan.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Regards,
21 Comments:
wah bestnya dapat kad raya. dulu duduk asrama ramai la bagi. skrg dah tak de. hehhahha.
Wah...dulu2 selalu kumpul kad raya.
Jangan lupa "pecah kaca pecah tong, sudah baca harap gantung"
wahh bestnya dapat kad raya, cantik2 pulak tu. Tahun ni dapat satu je kad raya
kita dapat 1 jer kad raya thnn ni..:)
Dah tak ramai yg hantar kad raya mutakhir ini, mmg kena abadikan buat kenangan..hehe..
Rasa nak join jg 'projek kad raya' thn depan, in shaa Allah..
Samalah kita Mieza S. Banyak mengimbas kenangan silam bila ingat budaya hantar kad raya 😉
Hehehe pantun 2 kerat yang tak lapuk ditelan zaman 😊
Gembira dia lain macam bila dapat kad raya ni Farhanna, hehehe 😁
It's okay Normi, next year kita buat projek hantar kad raya sama2 😊..
Setuju, budaya mengirim kad raya dah pupus ditelan zaman.. Okay, next year saya masukkan nohas dalam senarai projek kad raya..
Thanks 😊
Tahun ni dpt 1 kad raya je.tu pun blogger yg bagi..kena simpan lah kad raya ni..buat kenangan..dah tak ramai pakai kad raya skrg.skrg kan zaman moden.hantar kad raya melalui applikasi je kat wasap.
Budaya kirim kad ni memang patut diwajibkan hii, takut hilang tenggelam dek teknologi masa kini
Semua update dapat kad raya..nak jugak..wu..
Betul Rabia itulah budaya ucapan Selamat Hari Raya zaman teknologi sekarang..
Betul Wani sebab tu LZ cadang nak buat projek tukar kad raya tahun depan supaya budaya kirim kad raya masih kekal walaupun tak ramai 😊
Silakan Auni Sofea, abadikan kenangan itu 😊..
selamat hari raya akakkk. masih belum trlambat lg kan busyra nak wish. hehe
Selamat Hari Raya Busyra..
Belum terlambat lagi dear, sana sini masih ada undangan open house..
Itu tandanya raya still on ;-)
selamat hari raya :)
Selamat Hari Raya Aidilfitri ejulz :)
Seronok kalau dapat berbalas-balas kada raya.. Sha dah mula menghantar pada rakan-rakan..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!