PENGALAMAN PAHIT MANIS BELI RUMAH SUB-SALE (SECOND HAND) | Al-kisah sudah lama saya menanam impian untuk membeli rumah kedua disebabkan rumah pertama jauh iaitu di Muar, Johor. Rumah pertama tiada sesiapa tinggal di sana dan masih belum berhasrat untuk disewa. Semasa membeli rumah pertama saya jangka akan settle down di Muar iaitu di kampung halaman saya dan husband. Tetapi kita hanya merancang, bab rezeki Dia yang tentukan.
Kami suami isteri bekerja di Negeri Sembilan sudah hampir 10 tahun dan anak pun bersekolah dan membesar di sini. Jadi sudah tiba masa kami buat keputusan untuk beli rumah kedua di sekitar radius office dan sekolah anak di Seremban 2.
Maka perancangan awal sejak 2 tahun lepas sudah dibuat.. Umum sedia maklum, jika kita pernah buat pinjaman perumahan dan mempunyai hutang-hutang lain di bank maka peratusan untuk lulus pinjaman perumahan rumah kedua adalah rendah. Ada formula tertentu untuk kes begini.. Jadi ini merupakan kekangan kepada saya kerana komitmen kewangan saya tinggi.
So berangan-anganlah dulu.. Saya letak target rumah kedua jenis 2 tingkat, bahagian depan rumah tiada rumah lain, tak perlu rumah baru asalkan harga mengikut kemampuan, target pada tahun 2020 dan dalam tempoh 2018 hingga 2019 segala hutang kecuali hutang rumah pertama perlu dijelaskan sepenuhnya. Bagi merealisasikan impian ini segala perbelanjaan isi rumah perlu dikawal dengan baik tetapi pada saya tiada istilah ikat perut.
Jadi sepanjang tempoh 2 tahun sambil menyimpan, saya pun buat survey mencari rumah idaman dan lokasi yang sesuai. Saya pernah berkongsi cerita tentang perkara itu di entry ini -> #MeTime.
Rumah idaman
Kami suami isteri bekerja di Negeri Sembilan sudah hampir 10 tahun dan anak pun bersekolah dan membesar di sini. Jadi sudah tiba masa kami buat keputusan untuk beli rumah kedua di sekitar radius office dan sekolah anak di Seremban 2.
Urusan jual beli rumah |
Maka perancangan awal sejak 2 tahun lepas sudah dibuat.. Umum sedia maklum, jika kita pernah buat pinjaman perumahan dan mempunyai hutang-hutang lain di bank maka peratusan untuk lulus pinjaman perumahan rumah kedua adalah rendah. Ada formula tertentu untuk kes begini.. Jadi ini merupakan kekangan kepada saya kerana komitmen kewangan saya tinggi.
Rumah pertamaku |
Jadi sepanjang tempoh 2 tahun sambil menyimpan, saya pun buat survey mencari rumah idaman dan lokasi yang sesuai. Saya pernah berkongsi cerita tentang perkara itu di entry ini -> #MeTime.
Rumah idaman
Akhirnya impian memiliki rumah kedua terlaksana pada bulan September 2018 lalu, lebih awal dari perancangan, alhamdulillah. Apa yang saya buat? Bila hutang mulai susut, saya memulakan langkah awal dengan membulatkan nekad. Saya ke bank dengan membawa dokumen sokongan untuk membolehkan pihak bank menyemak kelayakan saya apabila memohon pinjaman rumah kedua kelak. Pihak bank berpuas hati tetapi masih belum pasti berapa percent pinjaman rumah kedua boleh lulus..
LANGKAH AWAL MEMBELI RUMAH SUB-SALE
1. Buat kajian rumah yang ingin dibeli - kedudukan hartanah, nilai rumah dan kejiranan
Ketika ini proses mengenalpasti design dan lokasi rumah memang suatu yang mencabar.
2. Tetapkan budget keseluruhan termasuk nilai rumah
Masa memilih rambang mata sebab banyak sangat pilihan tetapi saya berpegang kepada budget yang sesuai dengan keadaan kewangan saya. Maka skop pencarian akan kecil dan lebih mudah..
3. Contact ejen hartanah untuk temujanji - penyelenggaraan dan memeriksa keadaan dalam rumah
Bila saya dah kenal pasti mana rumah idaman saya, terus saya contact agent rumah tersebut sepertimana yang tercatat dalam iklan untuk membuat temujanji. Kami ke lokasi meninjau keadaan rumah. Ketika itu hati dah berbunga-bunga tetapi harga yang ditawarkan agak tinggi dan saya mula risau jika bank tidak dapat meluluskan pinjaman berdasarkan percentage pinjaman yang diperlukan.
4. Membuat tawaran
Bila saya dah tetapkan keputusan, saya cuba-cuba untuk meminta agen mengurangkan harga rumah, malangnya harga sudah tetap berdasarkan keputusan tuan rumah.
Saya nekad kata YES, terus tandatangan Agreement to Purchase dan transfer payment iaitu 3% dari harga rumah pada masa yang sama supaya rumah tersebut tidak jatuh ke tangan orang lain.. Agent beritahu rumah ini first come first serve.. Masa tu masih cuak sebab belum apply loan kannn.. Baki 7% dari harga belian perlu dijelaskan semasa tandatangan Sale and Purchase Agreement ("SPA").
Memandangkan Penjual rumah tersebut adalah peminjam Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam ("LPPSA") maka saya perlu menunggu sekurang-kurangnya 7 bulan untuk proses jualbeli selesai.. Sesiapa yang ingin membeli rumah dari peminjam LPPSA please..please.. bear in mind perkara ini.. Mengapa? Saya akan cerita kemudian..
5. Mendapatkan khidmat guaman & tandatangan Perjanjian Jual Beli (Sale & Purchase Agreement)
Bayaran 10% dari harga belian telah selesai dibayar manakala yuran guaman untuk transaksi jual beli ini plus minus around RM18,000.00. Dalam tempoh seminggu SPA pun siap untuk ditandatangani.
Bila perjanjian siap disetem, saya bawa ke bank bersama dokumen sokongan lain untuk proses permohonan pinjaman perumahan. Kali ini saya buat kesilapan besar apabila menyerahkan agent untuk melantik peguam yang mewakili saya dalam transaksi jual beli ini. Saya sangka panel lawyer dari agent hartanah sangat efficient tetapi sebaliknya. Padahal saya ada hak untuk melantik peguam sendiri. Menyesal tak sudah!
Bila perjanjian siap disetem, saya bawa ke bank bersama dokumen sokongan lain untuk proses permohonan pinjaman perumahan. Kali ini saya buat kesilapan besar apabila menyerahkan agent untuk melantik peguam yang mewakili saya dalam transaksi jual beli ini. Saya sangka panel lawyer dari agent hartanah sangat efficient tetapi sebaliknya. Padahal saya ada hak untuk melantik peguam sendiri. Menyesal tak sudah!
6. Mendapatkan pinjaman perumahan
Apabila pihak bank puas hati dengan segala dokumen sokongan, maka mereka menyatakan berapa jumlah pinjaman yang layak saya pinjam. Alhamdulillah dengan pinjaman dari bank dan bayaran tunai 10% harga belian, saya layak memiliki rumah idaman.
7. Urusan pindah milik
7. Urusan pindah milik
Maka bermulalah episod tidak menarik apabila saya berurusan dengan peguam saya yang dilantik oleh agent.. Apabila saya sudah membayar peguam untuk perkhidmatan yang perlu dilaksanakan, maka peguam perlulah melaksanakan tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh seperti yang diamanahkan tetapi sebaliknya..
Saya biarkan peguam saya buat kerja dengan harapan mereka akan beritahu saya status proses jualbeli ini dari semasa ke semasa tetapi malangnya tidak seperti yang saya sangka. Yuran guaman juga bukan murah sebab tu saya nyatakan jumlah bayaran yuran guaman di atas.. Dari sebulan, masuk ke bulan kedua langsung tiada khabar berita.. Bulan ke-3 saya call buat pertama kali untuk mengetahui status perkembangan transaksi jual beli saya namun jawapan yang diberikan hampa.
Pihak mereka memberitahu : "Puan, masih tertangguh di pejabat tanah (ada proses melibatkan pejabat tanah)". Saya tanya : "Ada tak kamu follow up bila dokumen yang sepatutnya ambil masa 2 minggu tak keluar lagi sampai 1 bulan lebih?" Jawapan mereka : "Tunggu saja nanti keluarlah dokumen tu.." Jawapan yang sangat menyakitkan hati! Saya pun bertindak ke Pejabat Tanah untuk follow up kes sendiri.
Proses jual beli perlu follow up closely kerana ianya melibatkan masa! Masa berjalan dan duit pun banyak keluar...
MASALAH LPPSA LEWAT MELEPASKAN GERAN
Bukan itu sahaja, kini sudah masuk bulan ke-7 transaksi jual-beli sepatutnya sudah selesai dalam bulan ke-6 tetapi masih pending.. Geran asal masih belum dikeluarkan oleh LPPSA walaupun bank saya sudah selesaikan pinjaman Penjual.
Bila saya tanya peguam : "Kenapa ambil masa yang lama?" Mereka jawab : "Saya tak tahulah kenapa kes Puan lambat sangat mereka release geran. Saya rasa lebih baik Puan follow-up sendiri." Saya follow-up sendiri sedangkan saya bayar mereka? Sekali lagi, bukan murah yuran guaman mereka tau..
Berani sungguh mereka kata begitu. Bukan saya tak pernah follow up, lepas saya kena kali pertama kes pejabat tanah dulu saya follow up sendiri di peringkat LPPSA ini juga tapi bila saya rasa.. saya yang berlebih-lebih sedangkan orang yang dipertanggungjawabkan seolah-olah 'goyang kaki'.. Kalau anda rasa agak-agak apa yang anda buat?
Saya ni jenis tak reti cakap kasar atau memaki-hamun.. Pada saya ianya tak membantu malah mengeruhkan keadaan.. Apa yang saya buat? Saya hanya mampu beristighfar (bukan tunjuk alim, pada saya biar Allah sahaja yang menilai perangai mereka).
Kecewa yang amat sangat bila berdepan dengan pihak-pihak yang culas, kerja takde minat dan semangat. Maaf kata, mereka ini bangsa saya. Pernahkah anda dengar bangsa lain kata MELAYU MALAS! Haaa inilah segelintir dari mereka akibatnya kita terpalit.
SAYA SEDANG DIUJI
Ketika proses jual beli saya masih belum selesai, tuan rumah sewa saya sekarang telah mengeluarkan arahan mengosongkan rumah sebelum akhir bulan Julai 2019 ini. Saya berada dalam keadaan genting sekarang ini. Ianya berlaku secara kebetulan.
Apa saya boleh buat dalam situasi sekarang? Dalam keadaan genting begini saya pasrah, saya berserah kepada-Nya.. Saya redha dan yakin setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Sambil itu saya teruskan berdoa dan saya harap anda juga dapat mendoakan saya dipermudahkan urusan dan saya dapat kunci rumah idaman saya dalam masa terdekat sebelum 31 Julai 2019 ini. Semoga anda dirahmati Illahi, aamiin..
Begitulah pengalaman pahit manis beli rumah sub-sale berbanding rumah pertama beli dari developer.. Semoga pengalaman saya ini menjadi pengajaran kepada pembaca.. Sebaiknya biar anda sebagai pembeli melantik sendiri peguam yang akan mengendalikan proses jual beli rumah anda. Jangan biarkan orang lain buat keputusan demi hak anda.
Entry berkaitan : Aktiviti Utama Sempena Cuti Hari Ini
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Regards,
Loading...
23 Comments:
Semoga dipermudahkan segala urusan. Panjang betul urusan jual beli rumah ye. Dulu saya kerja Receptionist di legal firm. selalu kena marah dengan client T_T yelah proses lambat lah takde update lah. Tapi saya pun cuma receptionist je nak buat macam mana. tadah je telinga :(
harap semua urusan dipermudahkan
https://mumblingcici.blogspot.com/2019/07/lulu-hypermarket-kini-dibuka-di-1.html
Semoga urusan LZ dipermudahkan. Masa Mama Yan beli rumah pertama dulu, alhamdulillah...mudah betul. Yang kedua...belum nampak bayang lagi ni...
Allah..kalau tahu sis beli rumah,irda tolong settlekan semua termasuk
Banker n guaman..tuelah
Kdg2 masalah dgn lawyer..as dulu banker,mana2 lawyer yg buat keje lambat ..kami memang takkan bagi lagi case.dalam kes sis..agent rumah dpt profit 2x..3% jual beli rumah,n another percent dr lawyer..cuma kita xkisah sgt..sebab mereka buat kerjakan..cuma bolehlah khabarkan pd agent tersebut jadikan panel
Lawyer lain sebagai pilihan supaya tiada penganiayaan berlaku pd org lain..
Semoga semua kesulitan LZ dipermudahkan.
tips yg bguna. moga dipermudahkan urusan LZ
Teruknya peguam tu, naya client..huhuu. Semoga segala urusan LZ dipermudahkan secepat mungkin..😔
Perkongsian yg sgt menarik sis. Semoga dipermudahkan semua urusan sis
Sis LZ Mencabar betul urusan beli rumah ni, memang kena ada ilmu sebelum bulat serahkan tanggungjawab kepada peguam yang dilantik. Ambil mudah je jawapan dia
Moga dipermudahkan segala urusan sis sekeluarga..
tq sis untuk perkongsian yang berguna ni, saya masih belum memiliki rumah pertama, dalam rancngan nak beli jugak, rumah 2nd..tapi belum dpt yg bebetul menarik minat
Semoga urusan akak LZ akan dipermudahkan, memang menguji kesabaran kita jika ada pihak buat kerja sambil lewa sedangkan kita yang membayar perkhidmatan mereka..
Begitulah asam garam bekerja di firma guaman.. Marahkan peguam semua staff kena tempiasnya.. Tapi saya bukan begitu MC, saya masih ada diplomasi hehehehe
Terima kasih atas doa MC..
Terima kasih atas doa Mama Yan, in shaa Allah LZ doakan agar Mama Yan diluaskan pintu rezeki bukan hanya ada rezeki beli rumah kedua tetapi apa sahaja urusan yang dilakukan, aamiin...
Terima kasih banyak Irda, silap LZ sebab tak hire peguam sendiri dan beranggapan peguam agent recommend tip-top.. Itu kesilapan besar dalam kes ini..
LZ dah beritahu agent tentang masalah itu dan agent akui bahawa mereka sebenarnya ada 'masalah dalaman' dengan peguam terbabit selepas serah fail LZ.. Apa yang Irda nyatakan memang actual facts.
Aamiin... Terima kasih Mrs. Pip..
LZ doakan Mrs Pip juga dipermudahkan segala urusan..
Aamiin..
LZ percaya jika kita permudahkan urusan orang lain, maka urusan kita juga akan dipermudahkan.. Mungkin peguam ini rasa dia hebat kot Cik Suerin..
Terima kasih Cik Suerin..
Aamiin, terima kasih Murni..
Semoga Murni juga dipermudahkan segala urusan..
Aamiin, terima kasih NA..
Semoga urusan NZ juga dipermudahkan..
Aamiin, terima kasih HH..
Tepat sekali HH, pembeli mesti ambil tahu proses jual-beli rumah sebelum sebarang transaksi. Jangan serah bulat-bulat kepada peguam walaupun peguam buat kerja tip-top..
Semoga HH juga dipermudahkan urusan..
You're most welcome Munirah..
Beli rumah tak perlu tergesa-gesa Munirah, cari mana yang sesuai dan mengikut kemampuan.. In shaa Allah LZ doakan satu hari nanti Munirah juga memiliki rumah sendiri, aamiin..
Aamiin.. Terima kasih Shikin..
Betul apa yang Shikin nyatakan.
Akak doakan Shikin juga dipermudahkan urusan..
Allah.. Boleh pula peguam tu buat macam tu ye..
sedangkan perkhidmatan tu dibayar.. Bukannya percuma..
Mujurlah Sis bukan jenis yang marah-marah, kalau tak memang teruk peguam tu..
Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah..
lamanya pending sampai 7 bulan! Kalau LPPSA ni, ikut pengalaman kerja dengan diorang terlampau banyak tangan yang pegang dokumen sampai hilang. Memang kena selalu follow up. Pernah je hantar dokumen tapi hilang entah ke mana. Pastu dia call mintak hantar yang baru
semoga dipermudahkan urusan sis sekeluarga..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!