8 AKTIVITI UTAMA CUTI HARI INI FOR #MeTime | Assalamualaikum dan selamat bercuti kepada semua pembaca blog ini.. Yeayyy seronok sangat bila dapat break di tengah-tengah minggu walaupun sehari.. Bolehlah merenggangkan tulang-temulang sementara, sebab esok start kerja seperti biasa.. So apa plan you all hari ini? Hurrrmmmm bila cuti singkat begini macam-macam perkara terlintas di fikiran.. Today is #MeTime!!!.. Spend masa untuk diri sendiri, ikut suka nak buat apa tapi masih ditemani keluarga.. #MeTime sangat penting pada saya untuk keseimbangan antara kerja dan aktiviti harian.. 

 

1. SARAPAN PAGI MENU KAMPUNG

Pagi ini saya mula keluar rumah seawal 8.00 pagi.. Melalui Jalan Mambau menghala ke Port Dickson.. Tiba di Taman Arowana Indah saya berhenti sebantar untuk sarapan pagi di sebuah kedai makan di sisi jalan.. Kedai makan biasa tetapi tumpuan orang ramai kerana menu sarapan pagi yang menarik dan sedap seperti nasi lemak, mee rebus, mee soto, mee hoon sup dan lain-lain lagi di samping kuih-muih tradisional.. Harga pun berpatutan.. Karipap juga penuh dengan inti kentang, bukan karipap oxygen okay, hehehe.. Bila-bila free saya akan buat review kedai makan itu..


2. JALAN-JALAN DI TELUK KEMANG, PORT DICKSON

Selesai makan terus menuju ke Teluk Kemang, Port Dickson.. Masih awal, kedai pun baru dibuka dan belum ramai pengunjung.. Pusing sekitar Teluk Kemang, persekitaran cantik dan air laut pun tenang.. belum berkeladak dek aktiviti laut..

Teluk Kemang, Port Dickson
 3. SINGGAH DI BLUE LAGOON, PORT DICKSON

Keluar dari Pantai Teluk Kemang saya menuju ke Blue Lagoon, Port Dickson.. Air di Blue Lagoon sangat cantik di tambah pula matahari mulai naik sekitar jam 11.00 pagi.. Pengunjung mula memasang khemah dan ada antara mereka mula menyalakan unggun api untuk sesi BBQ di tepi pantai bersama keluarga masing-masing..

Blue Lagoon, Port Dickson
 4. LUNCH DI KENNY ROGERS ROASTERS, WATERFRONT PORT DICKSON

Selepas melepak dan mengambil angin di tepi pantai Blue Lagoon, perjalanan diteruskan ke Waterfront Port Dickson.. Di sini terdapat restaurant Kenny Rogers Roasters, McDonald dan Starbucks Pandu-Lalu.. Persekitaran yang cantik berhadapan laut.. Matahari mulai panas terik.. Perut juga terasa lapar..

Saya singgah di restaurant Kenny Rogers Roasters untuk menjamu selera.. Set biasa apabila makan di sini..

Set Quater Meals with 2 side lines + chocolate muffin
 5. JALAN-JALAN CARI RUMAH IDAMAN

Selesai makan di Kenny Rogers Roasters, saya pun memulakan perjalanan menuju ke Bandar Sri Sendayan untuk pulang ke rumah.. Sepanjang perjalanan melepasi taman perumahan yang berada di sekitar Bandar Sri Sendayan, mata tak pernah melepaskan peluang untuk 'menatap' rumah ini..

Inilah rumah idaman yang ingin ku beli.. Impian sudah lama tetapi keadaan masih belum mengizinkan. Ingat tak kisah saya pulang ke Muar tempoh hari untuk menyelesaikan masalah rumah di Muar? Lanjutan dari itu, saya terpaksa re-schedule semula pembiayaan bank yang ada bagi membolehkan saya mendapatkan rumah kedua.. Jika ada rezeki, in shaa Allah akan tertunai juga nanti.. Doakan saya okay.. 

Cerita tentang : PULANG KE MUAR..

Rumah Idaman

Bukan sahaja di sekitar Bandar Sri Sendayan tetapi pencarian rumah idaman pernah dibuat sehingga ke satu tempat yang dinamakan Rasah Kemayan, sebuah kawasan yang terletak di Seremban kelihatan sebuah projek perumahan baharu yang dinamakan Rimba Residensi.. 

Rimba Residensi, Rasah Kemayan
 Ada berani tinggal di sini? Setiap malam mesti tak lena tidur..

6. MEMBACA

Apabila tiba di rumah, kelihatan beberapa buah buka yang tersusun di almari.. Buku-buku yang perlu dibaca dan diulangkaji semula.. Saya memang meletakkan target setiap bulan supaya mesti membaca sekurang-kurangnya 4 buah buka. Buku kali ini dari koleksi motivasi dan novel.. Bulan ini saya cuba mengawal diri supaya tidak membeli buku baharu, memadai hanya membaca semula buku-buku yang sedia ada.. Buku motivasi elok dibaca berulang kali supaya kita tidak mudah lupa dan boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian. 

Andai sudah bosan, selang seli dengan novel..

 

 

7. PROJECT PLANNER

Selain membaca,  saya juga sedang dalam proses menyusun semula planner inserts yang ada.. Saya ingin mengasingkan planner inserts mengikut aktiviti seperti office work, personal dan hal-ehwal kewangan.. Buat masa ini saya sedang study dan 'mengkaji' mana satu cara yang efective dan lebih praktikal mengikut jadual saya seharian..

Project Planner as a #planneraddict
 8. POSTCROSSING PROJECT

Selain semua yang disebutkan sebelum ini, tak lupa juga saya sibuk dengan Postcrossing.. Hari ini sebanyak 7 postcards perlu dihantar ke luar negara iaitu Austria, Taiwan, Hong Kong, USA, Canada, Netherlands dan France. Selesai sudah tulis semua postcards so esok boleh post.. 

Postcrossing Project
 Begitulah cerita tentang 8 Aktiviti Utama Sempena Cuti Hari ini for #MeTime..
Apa aktiviti anda hari ini bersama keluarga atau kawan-kawan ? Nak tahu juga, share tau..
Sekian, tata...
Wasalam..

Regards,