Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Akhirnya tibalah hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari tak bekerja.. Boleh rehat dan blogging sesedap rasa di samping melakukan kerja-kerja rumah yang tak seberapa..
Hari ni saya nak kongsi cerita tentang outlet SaSa yang baru dibuka di AEON Seremban 2. Oh yaa sebutan 'SaSa' tapi bukan Syasya Saidin tau.. SaSa merupakan outlet barangan kecantikan wanita di samping product kesihatan.. SaSa New Opening Specials berlangsung dari 15 to 26 August 2018..
Frankly speaking saya sungguh teruja sebab SaSa adalah salah satu tempat terapi minda yang boleh mengurangkan stress saya, hehehe. Sebelum ni saya akan ke Klang Valley atau Mahkota Parade jika hendak ke SaSa outlet..
Jadi bila tahu SaSa terletak just walking distance dari office memang kena seperti kata pepatah : bagai mengantuk disorongkan bantal, eh betul ker? Lebih kurang begitulah.. Kali ni bukan mengantuk tapi seronok..
Frankly speaking saya sungguh teruja sebab SaSa adalah salah satu tempat terapi minda yang boleh mengurangkan stress saya, hehehe. Sebelum ni saya akan ke Klang Valley atau Mahkota Parade jika hendak ke SaSa outlet..
SaSa New Opening Special |
SaSa New Opening Specials @ AEON Seremban 2 |
Jom hayati apa yang ada di SaSa New Opening @ AEON Seremban 2..
SaSa New Opening Specials |
Apa saya suka tentang SaSa?
Siapa suka perfumes? Kalau suka perfumes nampaknya citarasa kita sama.. Itulah motif saya suka ke SaSa.. Di SaSa ada fragrances or designer perfumes selain itu saya suka juga belek make-up dan skincare products. Saya ni
hantu perfumes jadi boleh lupa diri sekejap bila pergi ke tempat-tempat
begini..
Saya kongsi di sini beberapa gambar yang sempat diambil semasa kunjungan pertama di SaSa AEON Seremban 2 :
SaSa Makeup - Making Life Beautiful |
Sudah pasti saya akan spend masa di sini, bukan hanya mencuba perfumes tapi melihat-lihat koleksi perfumes baru yang terhangat di pasaran....
SaSa Fragrance - You are never fully dress up without perfume |
Tak perlu cerita banyak, tengok sendiri koleksi dan pilihan barang-barang yang boleh melupakan diri saya seketika..
Sasa SaSa Fragrance - You are never fully dress up without perfume |
SaSa Fragrance - You are never fully dress up without perfume |
SaSa Fragrance - You are never fully dress up without perfume |
Selain dari koleksi wangian yang bermacam-macam jenis dan pilihan, sempena pembukaan baru ini SaSa menawarkan banyak promosi dan discount menarik.. Bila masuk kiri kanan depan belakang sign "Best Buy", "PWP", "2 or More 40% Off", "Buy 1 Free 1" etc membuatku teruja.. Masa ni sesuai beli barang yang diperlukan..
SaSa Best Seller Corner |
SaSa Best Buy Corner |
SaSa Best Buy |
Puas membelek dari satu rak ke satu rak, masa untuk melangkah keluar... Wish list dalam kepala next visit masa untuk grab mana yang berkenan di hati..
SaSa Free Membership |
Sepanjang promosi New Opening Specials ini berlangsung, kita bukan hanya dapat menikmati discount menarik tapi ada juga tawaran kad keahlian percuma kepada pelanggan yang membuat pembelian minimum RM300.00.. Andai berminat boleh serbu SaSa sekarang..
Related post : Supermodel Secrets
Pembaca juga boleh layari website SaSa untuk dapatkan info terkini seperti latest promotions dan sebagainya :
Website : SaSa - Making Life Beautiful
Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..
Regards,
26 Comments:
yuhuuu,,, menariknya murah2 harus le rambang mata ni...
bestnya rambang mata bersepah sale sini sana!
pernah masuk sekali je sebab takmampu hahahahhaha :p
Selalu dengar kawan-kawan sebut sebab mereka beli makeup...hehe...pergi belum lagi...
Seriously rambang mata Sheila 😍 hehehe
Sale sana sini berpinau biji mataku Farhanna, x boleh terus pergi tanpa ada shopping list 😉
In shaa Allah ada rezeki Sha mampu juga beli nanti 😊
Kalau PC suka makeup mesti suka 😍
fuhh boleh jatuh pengsan masuk sini hii.. terutamanya girl2 :D
kalau kita suka dengan sesuatu kedai tu, bila kita masuk ia boleh jadi terapi minda. macam saya, terapi minda saya kedai buku.
Bestnya...Macam2 ada dan ada banyak pilihan pulak tu. Kena kuat iman kalau datang sini :D
terbaek.. best shopping kat sini :)
masuk Sasa sama macam masuk Watson ke Sephora ke.. bikin rambang mata hehe..
Bukan saja jatuh pengsan Wani tapi boleh pokai juga dibuatnya, hehehe 😊
Setuju dengan M.N Haziq, tepat sekali 😊
Kena kuat iman kann Fidah kalau tidak budget burst setiap bulan, huhuhu
Yes ejulz, I like 😄
Masuk Watson, Sephora pun berjam lamanya apa lagi bila masuk SASA ni Siti, berjam-jam la jawabnya hehehe 😄
alahai untung dpt shopping makeup ni..hehehe
follow sini btw..heee
Dapat shopping makeup puas hati kannn Cuya 😊
Terima kasih banyak Cuya 😍
wah sasa.. i love sasa.. suka try mekap kat sini hihi
Yeayyy kita serupa Fatin... Banyak variety beauty products kat SaSa.. Love it!
Kad sasa tu bole org lain guna x
Boleh tapi make sure orang tu tahu nombor hp you juga sebab kadangkala sale assistant SaSa verify through phone number.
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!