MAKAN STEAMBOAT CUCUK DI TEPI PANTAI

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Alhamdulillah sudah tiba hujung minggu, hari untuk diri sendiri.. Semalam, pulang dari pejabat saya menuju ke Port Dickson.. Niat di hati untuk menikmati keindahan pantai pada waktu petang selepas seharian penat bekerja di pejabat. Bermula dari lepak di Waterfront Port Dickson memandu hingga ke Teluk Kemang kemudian patah balik ke Jalan Pantai..

Selepas Maghrib, lebih kurang pukul 7.45 malam terasa lapar tetapi tak rasa ingin makan sesuatu yang 'berat'.. Maka misi mencari makanan dimulakan dengan meronda di sepanjang Jalan Pantai, tiba-tiba mata terpandang sebuah food truck yang menjual steamboat cucuk.. Ada beberapa buah food trucks sebenarnya, tetapi saya pilih satu tempat lain paling hujung di sebelah kiri jalan besar menghala ke Bandar Port Dickson.. Saya mengambil risiko berhenti di situ kerana tiada ramai orang ketika itu.. Risiko maksud saya sama ada steamboat di situ sedap atau sebaliknya.. Tanggapan orang bila kedai / tempat makan tiada pelanggan tentu makanan di situ tak sedap dan sebaliknya, itulah risiko yang saya maksudkan..

 
Simple tempat duduk yang disediakan berhadapan dengan pantai tapi tak dapat tengok air laut sebab gelap.. Terasa angin laut panas kering kerana waktu masih awal mungkin kalau lewat malam sikit angin sejuk kot.. Paling best pemandangan lampu nun jauh di sana, bergemerlapan sesuai sangat tempat untuk termenung dan melayan fikiran yang sedang bercelaru..

 
Inilah food truck steamboat cucuk saya maksudkan.. Fazlina Steamboat, kalau datang Port Dickson jangan lupa singgah dan rasai sendiri..

Banyak pilihan steamboat cucuk disediakan.. Puas hati dengan pilihan steamboat yang ada. Semuanya fresh dan lembut, sedap!

 
Si bujang kecil menjadi penunggu tempat strategik.. Tak sabar dia tunggu steamboat masak, katanya hehehe. Ini merupakan kali pertama Arief makan steamboat cucuk sebab tu terlebih excited..

 
Inilah hasil tangkapan steamboat untuk kami bertiga, mula-mula ingat sekadar alas perut tapi tak cukup.. Menyesal ambil sikit.. Air tin Seasons menjadi pilih, ada juga air panas seperti nescafe, kopi etc.

 
Kami spent masa lebih kurang sejam, makan dan menikmati suasana angin malam.. Tak terasa masa cepat berlalu.. Semasa saya makan di situ orang masih belum ramai, tetapi bila kami beredar orang mula mengerumuni food truck tersebut...  Best terasa ingin repeat semula satu hari nanti..


Ada tak antara pembaca pernah makan di sini, Fazlina Steamboat Port Dickson or suka makan steamboat cucuk? Pada pendapat saya best, suasana santai.. Sesekali layan makan di tempat open air.. Keadaan tempat penyediaan steamboat juga bersih dan teratur.. Saya pasti akan ke sini lagi.. Malam ni malam minggu, siapa yang ada berdekatan masih sempat ke Port Dickson, mesti happening..

Begitulah cerita yang ingin saya kongsi bersama pembaca...
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


11 Comments:

dah lama tak makan steamboat cucuk macam ni.. mengimbau kenangan pulak

Hehehe harap ianya kenangan terindah untuk Miera 😉..

Waww seriousla tepi pantai ada steamboat. Syoknyaa makan malam malam sambil ditiup bayu pantai! Lagi seleraa cemnii.

GV lom pernah ke sini lagi. Cam best jew tempat ini sebab santai dan nyaman. hihi. Hope dapat ke sini suatu hari nanti. :D

Sangat santai Fatin, kalau cuaca sejuk mesti best makan steamboat cucuk panas2 sambil ditiup bayu laut 😊💕

Sesekali bila GV berpeluang cuti di Port Dickson, boleh cuba 😉💕

macam sedap je, sambil bersantai gitu

Sedap bila makan sambil santai-santai tepi pantai..
Kalau cuaca sejuk bertambah best, rasa angin laut sejuk hehehe 😉💕

dah try mkn aritu.. serius ark sedap.. xpenah mkn kuah steamboat sedap sbelum ni.. kt sini bru jmpe yg sedal

Yes, happy bila tau ada tempat makan memenuhi citarasa kita bebila boleh repeat..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More