MENCUBA GIGI COFFEE DI AEON SEREMBAN 2 | Kepada penggemar kopi, sudahkah anda minum GIGI Coffee? Saya baru tahu tentang GIGI Coffee ini dari Jemmie, my colleague.. al-maklum coffee-lah ubat mengantuk kami di pejabat. Sebelum ini saya selalu minum Costa, Zus dan Starbuck coffee tapi GIGI Coffee baru pertama kali cuba pada 22 Januari 2023 lalu.
Sebelum ini teragak ingin mencari tetapi outlet berhampiran hanya di AEON Nilai. Tak ada plan minum kopi masa tu, tapi kebetulan saja semasa misi mencari ink printer di Popular terpandang kiosk GIGI Coffee. Tak sangka GIGI Coffee kiosk telah dibuka di AEON Seremban 2, terletak berhadapan antara SenQ dan Popular Bookstore. Memang kena pada masa, nampak gaya bagai mengantuk disorongkan bantal.. hehehe
GIGI Coffee Buttercream Latte |
Teringin sangat rasa, I randomly choose GIGI Coffee signature iaitu hot buttercream latte Indonesia coffee beans berharga RM12.00 secawan. Haruslah cuba minuman signature untuk percubaan kali pertama.. After my first try, ternyata not my taste sebab saya tak suka rasa manis creamy. I tak sepatutnya derhaka kepada rasa coffee kegemaran biasa, hurrrmmm takpe at least I berani ambil risiko.
Kiosk GIGI Coffee di AEON Seremban 2 |
Pesanan untuk newbie, ada 2 jenis biji kopi ditawarkan iaitu jenis Arabica coffee beans Colombia dan Indonesia. Colombia tak berapa strong sangat berbanding Indonesia coffee beans. Tapi jangan risau biji kopi tetap berkualiti tinggi dipanggang untuk menghasilkan aroma kopi yang menyelerakan. No wonder tagline GIGI Coffee ialah "Everyday Great Coffee!"
GIGI Coffee AEON Seremban 2 |
Okay next visit boleh cuba yang lain seperti Seasalt Caramel Macchiato, Monday Blue Cookies Latte, Pink Friday Cookies Latte, Cookies & Cream Frappe dan sebagainya. Harga GIGI Coffee juga berpatutan. Siapa ingin cuba, kena cari outlet GIGI Coffee berhampiran.
Related post : Costa Coffee sedapkah?
Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang.
Thank you for reading & have a great day everyone!
Regards,
weekend ni nak ke aeon cadang2 nya..leh la try ni..
ReplyDeleteCoffee lover macam MA wajib try, so far LZ masih belum dapat taste GIGI Coffee ikut citarasa sendiri.. so buat pilihan terbaik MA then share di blog okay ;)
ReplyDeletesekarang macam-macam jenis kopi dah ada dijual kan
ReplyDeleteYa Dana, LZ suka sebab banyak pilihan.. Pilih saja mana berkenan di tekak hehehehe..
ReplyDeleteSA pun suka..selalu memang amik Colombia sebab x strong, adakal amik Indonesia gak...kat NuSentral ni memang selalu la beli..kat Seremban x beli lagi...
ReplyDeleteseronok tengok coffer lover saya bau kopi pun dah pening kepala rugi rasanya xdapat menikmati kopi
ReplyDeleteKita suka butter cream latte yg cold...fav
ReplyDeleteLiez kalau minum coffee suka order latte extra shot.. yg lain cuba sekali tu boleh la.. sbb kalau tidak akan minta juga latte
ReplyDeletehehe sibbaik wak dh xleh minum coffee., btw, x perasan pulak ada Gigi coffee ni kat Jakarta., ;p
ReplyDeleteHeaven sungguh SA kalau ada outlet coffee radius tempat kerja.. anytime boleh order coffee..
ReplyDeletePecan Praline Latte sedap!! Orang kata kalau beli buttercream kena tambah extra 1 shot coffee baru umpphh
ReplyDeleteHaah cuba yang jadi tanda perniagaan mereka.
ReplyDeleteSekarang banyak benar kedai kopi artisan jadi cari yang unik dan sedap.
Ada non-coffee drinks tak?
ReplyDeleteSaya pun sebelum ni tak boleh minum coffee tapi alhamdulillah sekarang okay.. It's okay Afzan banyak lagi minuman best yang lain.. :)
ReplyDeleteSince mama tisya dan ramai kata buttercream latte cold sedap, next time boleh order..
ReplyDeleteLiez prefer strong coffee rupanya, wahh truly coffee lover..
ReplyDeleteTak silap beans GIGI dari Sumatra Wak Lat.. tapi pelik nape GIGI Coffee takde kat Jakarta.. :)
ReplyDeleteThank you Nadia, next time sis order your recommendation..
ReplyDeleteBetul NA, agree with you.. Suka dengan coffee artisan pelbagai jenis dan citarasa.. best!
ReplyDeleteAda Athirah.. non-coffee so far sis tahu green tea latte, chocolate latte dan dark choco latte :)
ReplyDelete