RESEPI ASAM PEDAS SEDAP

RESEPI ASAM PEDAS SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua rakan blogger. Asam pedas memang lauk kegemaran saya dulu kini dan selamanya.. Minggu ni saja 2 kali saya pekena asam pedas air tangan sendiri, memang mables! Setakat ni masih belum jemu. Umum mengetahui, negeri Melaka dan Johor memang terkenal dengan asam pedas sejak dulu lagi..

Resepi Asam Pedas 
Post kali ni tak mau cerita panjang, saya ingin berkongsi resepi asam pedas sedap dan mudah pula disediakan.

BAHAN-BAHAN
• segengam cili kering* (rendam dengan air panas hingga kembang)
•  1 biji bawang besar*
•  4 ulas bawang putih*
•  1 inci halia*
•. 1 inci kunyit*
•  1 sudu besar serbuk lada hitam*
•. 1 inci belacan*
•  Air asam jawa
•. Beberapa ekor ikan (jenis ikan ikut citarasa sendiri)
•. daun kesum dan bendi
• 2 putik bunga kantan dibelah dua
•. Sedikit garam dan gula secukup rasa

CARA :

1. Kisar bahan bertanda * dengan sedikit minyak dan air. Tips : minyak berfungsi untuk menghancurkan biji cili.
2. Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar halus. Masak hingga pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ikan, biar seketika hingga ikan masak. Terbalikkan supaya ikan disalut dengan bahan tumis dalam periuk.
5. Masukkan bendi, daun kesum dan bunga kantan. Tunggu seketika hingga masak.
6. Sedia untuk dihidang.

Panaskan minyak dan masukkan bahan yang telah dikisar halus. Masak hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa..

Masukkan ikan dan biar hingga ikan masak..

Kemudian masukkan daun kesum, bendi dan bunga kantan.. Tunggu seketika hingga mendidh dan kuah pekat.
Sedia untuk dihidang..

Saya suka letak sayur kubis masin dan bendi lebih.. Ini optional, ikut citarasa masing-masing. Begitulah resepi Asam Pedas Sedap.

Kalau ada tips supaya asam pedas lebih sedap, jangan malu-malu kongsi.. Kita sharing info. Mana tahu boleh menambahkan lagi skill masakan kita.
Akhir kata, selamat mencuba.
Sekian, wasalam..

Regards,

28 Comments:

Ana kalau asam pedas suka ikan pari atau tenggiri. Lepas tu makan dengan nasi dan kicap. Tu untuk lunch lah. Kalau minum petang, buat jemput-jemput cecah kuah asam pedas. 😘😘😘

LZ macam Ana, bila mkn asam pedas mesti letak kicap 😁.. Tak sah bila habis nasi terus hirup kuah.. Yup betul, sedap kuah dia cicah cekodok, hihihi πŸ˜†

Sedapnya kak asam pedas. saya pun suka juga asam pedas sebab mak selalu masak. Asam pedas ni antara makanan yg senang untuk dimasak tapi yang penting rasa dia sedap :')

Kat rumah jarang sangat masak asam pedas ni. Nanti boleh cuba resepi akak LZ ni. 😊

sedapnyaa. busyra tak reti nak buat asam pedas pekat mcm ni.. sbb kalau kedah asam pedas dia cair. hehe. tngok yg ni mmg sedap!

Yes tepat sekali Syed..
Sedap kalau kena rasa dia kannn.. πŸ˜„

Silakan CikRenex..
Nanti share outcome dia tau.. πŸ˜„

Mesti boleh Busyra.. cuba kurangkan air dia dan semasa rebus tunggu hingga kuah pekat.. πŸ˜„

Selamat mencuba 😍

Sedapnyaa asam pedas. Tp, kalau asam pedas versi kat rumah saya wrna kuning and tak letak cili kering. Just letak cili padi nak bagi pedas je. Hee :)

Perghhh... nampak pon dh sedap. hmmm...

Wow mesti asam pedas versi masakan kat rmh Fatihah pedas berapi sbb guna cili padi..

Lain jugak cara dia yaa..πŸ˜„

Kannn Ridz, nampak pun dah sedap apalagi kalau dapat rasa memang sedap, hehehe

Sedap ek letak lada hitam tu LZ. Hakak masak asam pedas tak pernah letak. Pernah dengar jugak org buh lada hitam tp asam pedas ayam.

Sedapnyaaa asam pedas! Siqah suka ikan pari masak asam pedas. Fuhhh! Terangkat makan. Tambah lagi kalau kuah asam pedas yang pekat :D

Sedap Mak Nom.. Lada hitam sbg optional.. Ada org letak halba tapi LZ x suka..

Sesekali boleh cuba letak lada hitam, tengok kena selera atau tidak.. πŸ˜‰

Fuhhh Siqah describe pun dah terbayang rupa asam pedas tu.. Memang best kuah pekat makan dengan nasi panas letak kicap, hehehehe πŸ˜…

Sedapnya asam pedas! Sampai sekarang tak reti lagi buat asam pedas T_T

Apa kata Nad follow step by step resepi akak, in shaa Allah terror 😍

Adoi!!! entry yang kejam.
Telan air liur Mrs. A dibuatnya.

Hehehehe saje bagi Mrs. A terliur.. kihkihkih πŸ˜†

sedapnyaaa asam pedas.. lama tak makan kena buat ni.hehehe

Memang betul sedap Nina, kena masak sendiri baru puas hati πŸ˜„

hai akak.tq for follow me..memang sedap asam pedas ni.lama dah x makan..hehe..umi masak sedap

Sama2 kasih Rabia..
Masakan ibu memang sedap tiada tandingan kann 😍

Mudah jugak nk prepare asam pedas ni kecuali tang kisar mngisar tu --' Mek antara insan yg paling malas ntuk kisar mengisar --'

Kalau Mek malas mengisar apalagi guna cili boh lah jawabnya.. LZ pun sama malas kisar-mengisar, selalu guna cili boh jugak.. hehehe 😁

Nampak pekat asam pedas kak LZ. Mai suka asam pedas ni, bulan ramadhan je selalu juga mak buat.hehehe

Akak memang suka asam pedas pekat Mai..
Kalau cair macam tak cukup syarat pulak, hehehe
Oooo lauk Mai bila bulan puasa..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More