SUNNAH HARI JUMAAT | Salam Jumaat diucapkan kepada semua pembaca blog yang budiman.. Alhamdulillah dipertemukan kita dengan hari Jumaat yang penuh barakah..
Umum sedia maklum selain membaca Surah Yassin di hari Jumaat, membaca surah Al-Kahfi juga merupakan sunnah pada Hari Jumaat..
Fadhilat Surah Al-Kahfi
Terdapat banyak hadith Rasulullah s.a.w yang menerangkan fafhilat dan faedah membaca Surah Al-Kahfi, di antaranya :
- Daripada Abi Said al-Khudri berkata "Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada Hari Jumaat, maka dihamparkan (disinarkan) untuknya daripada cahaya antara dia dan bait Al-Atiq."
- Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Khalid al-Juhani dari Ibnu al-Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu'an : "Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika Al-Dajjal muncul, maka terhindar dia daripadanya."
- Daripada Syukbah daripada Abi Hashim dengan isnadnya, sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda : "Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan, jadilah cahaya untuknya di hari kiamat."
Marilah kita mengamalkannya. Semoga kita sama-sama mendapat fadhilat darinya.
Sekian sahaja perkongsian kali ini.
Wasalam..
Regards,
27 Comments:
Terima kasih perkongsian kak...jom kita sama2 amalkan.
Salam jumaat kak dan selamat berhujung minggu. Terima kasih di atas perkongsian di atas :)
InsyaAllah aminn. Harap dpt tunggu subuh esok ;)
Sama-sama kasih PC..
Jommmm.. :-)
Salam Jumaat Syed..
Semoga perkongsian ini bermanfaat.. :-)
Aminnn..
In shaa Allah Mek.. ;-)
Salam jumaat LZ tq 4 sharing ..nk istiqamah bca tu yg ssh tu..huuhu
Thanks Mas_FVOME sudi singgah.. 😄
Yakin boleh.. slow and steady biasalah nnti.. hehehe
Kalau dah tiap minggu baca sekejap aje pun sebenarnya
Dan kalau dah selalu baca kalau tak baca akan rasa janggal kan...
Tepat sekali Kakzakie.. mula2 mmg agak liat dah biasa nnti rasa pelik bila x buat kannn Kak.. 😄
perkongsian ilmu di hari jumaat, semoga bermanfaat utk kita semua
In shaa Allah Suzie.. :-)
Salam Jumaat. Sama-samakita berusaha mengamalkannya. Banyakkan berselawat juga. :)
Sama-samalah kita..
Banyak simple sunnah hari Jumaat kita boleh amalkan selain membaca surah al-Kahfi ni kann Fatihah...
In shaa Allah..
Semoga dipermudahkan..
thanks 4 sharing..
You're most welcome dear anies.. :-)
Nice sharing..mari kita amalkan surah al kahfi
Tq JM..
Sama-samalah kita.. 😄
salam LZ .
surau tempat saya..
10 ayat pertama dan 10 akhir surah kahfi akan di baca dahulu sebelum membaca surah yassin pd malam jumaat dan disusuli dengan tahlil .
apapun satu perkongsian yang bagus
W'salam Aby,
Alhamdulillah.. Seronok kalau masih ada surau-surau dekat tempat tinggal kita mengamalkan sunnah ini.. Secara tak langsung kita pun mudah turut samakann Aby..
Salam...terima kasih atas peringatan.
banyak kebaikan membaca al-quran....sama-sama kita mengamalkan nya
W'salam aRz,
Alhamdulillah jika kita boleh manfaatkan bersama.. in shaa Allah.. 😃
Bacalah jugak kekadang, tapi ayat 1-10....aduhhhh, dah senja senja pun masih mengelat ek
Alhamdulillah.. Sikit2 nnti biasalah tu..
Hafaz 10 ayat pertama surah al-Kahfi akan terhindar dari fitnah dajal. Jom amalkan 😘
Jom sama2 kita amalkan.. 😍
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!