SHOPPING HAUL : Suria KLCC & Avenue K, Kuala Lumpur

SHOPPING HAUL KLCC & AVENUE K, KUALA LUMPUR | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Terima kasih atas sokongan kalian.. Ini merupakan post pertama tentang Shopping Haul di blog Lady in Red Planner.. Post pertama mengenai shopping haul pernah saya buat di blog lama iaitu bertajuk Daiso Mini Haul.

Dalam blog ini saya juga mewujudkan satu label mengenai 'Shopping Haul'. Apakah itu Shopping Haul? Shopping Haul dalam bahasa Melayu lebih kurang barang-barang yang dibeli dari mana-mana kedai atau pusat membeli belah.

Definition of HAUL in English-

 "All the products purchased by someone during a particular episode of shopping."

Awal-awal saya beritahu, jangan terlalu negative dengan menganggap post Shopping Haul atau seumpama ini ada niat menunjuk.. Niat saya hanyalah berkongsi apa yang dibeli ketika keluar shopping. Jadi ianya mungkin berguna kepada pembaca yang kebetulan mencari barang yang sama.. Ianya lebih sebagai rujukan atau post sekadar suka-suka untuk mengabadikan tarikh pembelian barang berkenaan..  

Okay, let's get started! Post kali ini mengenai shopping haul di KLCC semasa Kembara Public Transport tempoh hari.



Di bawah ini ialah barang-barang yang dibeli di Kinokuniya iaitu aksesori planner dari Traveler's notebook untuk regular size foamdori planner saya dari kiri film pocket sticker, pocket sticker dan connecting rubber band.  

RM17.50 setiap satu

Masih lagi di Kinokuniya.. Ini pula Mini Tape saiz 15mm x 25m. Kegunaan mini tape ini untuk hias planner supaya cantik so ada mood sikit bila baca, hehehe.. Bawah mini tape ialah Pom Poms Craft.. Saya beli untuk buat craft.. Nak tahu camne rupa craft tersebut? Tunggu post akan datang.. >_<

Mini tape : RM5.80 & Pom Poms Craft : RM6.80

Selain itu, beberapa keping postcards untuk projek Postcrossing saya..

RM1.20 sekeping
Seterusnya free gift dari koleksi colouring books Johanna Basford.. Sesiapa suka mewarna memang sangat sesuai sebagai permulaan..

 


Kemudian masuk smiggle iaitu kedai alat tulis kanak-kanak.. Saya cari pencil mechanical untuk anak dan saya tertarik pula dengan satu pen ni bila kita menulis dakwat dia berwarna-warni, pen colour change. I am stationery addict lah katakan so pantang tengok alat tulis pelik sikit pasti ingin dijadikan koleksi, hehehe.. 
smiggle mechanical pencil : RM11.90 & pen color change : RM11.90
 
BUTIK MANGO

Saja masuk butik MANGO sebab dah lama tak tengok fesyen terkini.. Suka belek aksesori MANGO seperti wallet, sling bags, name card holder.. Kata orang dari mata turun ke hati, terus suka dengan pencil case warna merah menyala ni.. Kebetulan warna merah memang warna kegemaran saya.. Jadi tak perlu fikir panjang..

MANGO Pencil case : RM29.90

BUTIK MARKS & SPENCER (M&S)

Seterusnya ke butik M&S.. Selain kasut, saya adalah penggemar hand & nail cream dari M&S.. Pakaian memang langsung tak sesuai dengan saya kerana saiz pakaian di sini besar. Krim tangan dan kuku ini akan saya buat review sikit masa lain, jadi tungguuuuuu..

Rose Hand & Nail Cream : RM18.00

Seterusnya ke Butik H&M terletak di Avenue K, Jalan Ampang berdekatan dengan KLCC.. Saya mencari sweater yang sesuai untuk ke panggung wayang.. Saya tak tahan sejuk bila masuk cinema.. Jadi sweater sangat diperlukan.. Baju kelabu pula untuk dihadiahkan kepada adik..

Black sweater : RM119.00 & Grey shirt : RM69.90

Begitulah cerita shopping haul kali ini.. 
Sekian, wasalam..


Regards,

37 Comments:

Amboi shopping betul kak ni hehehe.
smiggle tu kegemaran budak-budak dekat sekolah. sapa ada smiggle dia orang kaya la kiranya haha.

Assalamualaikum kak LZ.

Hihihi sakan shopping. Baru saya tahu mahal juga kos untuk planner, semoga dimurahkan rezeki akak. Adik saya dh berapa kali dah ngorat planner sy, hahaha memang tak bagi ler. Nanti lepas sy dapat kerja sy belanja depa sorang satu.

Cantik colouring book tu tapi saya tak da bakat mewarna, macam hasil budak darjah satu je. Smiggle tu pun saya tak pernah dengar,hehehe.

Ini kira sikit Syed masih lagi berkira-kira sebelum membeli.. Ehhh memang betul kalau di sekolah budak guna barang smiggle acah-acah anak orang kaya or paling kurang setaraf anak Erra Fazira lah kiranya.. hihihi mcm2 skrg..

W'salam Mayyy,

Original planner dari adik-beradik Midori Traveler's notebook.. Regular saiz midori kat Kinokuniya KLCC RM189.00 sebuah. Buku dalam tu harga dia atas RM50.00 sebuah.. Bila minat mengatasi segala sanggup buat tabung planner Mayyy.. hihihi

In shaa Allah ada rezeki Mayy akan dapat kerja satu hari nanti.. Berusaha, berdoa dan tawakkal... 😆

banyak shopping tu LZ...menarik juga pen smiggle tu...nanti boleh cari utk anak pompuan noe..

Kebetulan semua ada kat sana nOe, terus beli sementara ada depan mata..

Anak nOe mesti suka barang2 smiggle sbb sesuai sgt untuk anak pompuan.. 😄

Assalam LZ..dtg balas kunjungan ��

Kaalu duit byk kalau nak shopping haul ni n part of theraphy jgk

W'salam JM..
Terima kasih diucapkan.. 😊

Exactly JM masa tu x berkira kot pantang tengok terus bayar.. Dapat beli sikit camni pun terasa therapy apatah lagi bila berduit banyak kannn, hihihi 😁

Assalam...
Kiter tetamu baru....
Baru nak explore...
Menarikkk....lum habis explore..
gud luck...

W'salam,

Terima kasih cella..
Lepas ni rajin2 bertandang 😊

wah mcm best jer shopping tuuu...hihi
nk kena try ni hahaa

Sila-sila Mrs. Anna, sesekali dapat peluang shopping inilah hasilnya.. hehehehe

seronoq nya diooo boleh shopping sakannn.. banyak duit naa ... haha semoga kakak dimurahkan lagi rezeki untuk bershopping sakan.

Tak sabar nak dpt kerja nanti. nak menyoping jugak.

Hahahahahaha ini belum kira sakan lagi Amer, sebelum beli masih berkira-kira tau..

Akak dah lama x membeli-belah jadi ada peluang belilah utk reward diri sendiri..

Terima kasih Amer Jaya.. Akak pun doakan semoga Amer dapat kerja dan diluaskan pintu rezeki, boleh bershopping jugak. 😊

Wahhhh sakan shopping kak LZ :)

Banyaknya postcard akak beli! Semua cantik! Siqah suka beg Mango jugak. Simple dan nice kan 😍

Betul kak. Kita post shopping haul bukan untuk menunjuk. Kalau siqah, untuk ingatkan diri apa yang kita beli. Blog kan untuk kenangan. Hihi.

Shopping sekali sekala Siqah, hehehe 😄 Setuju aksesori Mango banyak design cantik-cantik dan mampu milik.. 😍

Samalah kita, Shopping Haul untuk kenangan tarikh bila beli sesuatu barang... 😉

Wahh banyak LZ shopping. Kita wat entry bukan untuk menunjuk. Kita wat sbb nak share apa yang kita beli. Kadang tu dgn baca entry camni baru kita tahu brg tu wujud. Hee. Cam sy baru taw smiggle tu. Kalau pergi sana lagi,tlg belikan pen yg warna warni tu boleh.cam menarikk je.hee

Suka sangat dengan pembaca mcm Cik Renex sbb kita ada pendapat yang sama.. Secara x langsung kita berkongsi info kannn..

Boleh sajaaa.. Next time LZ beli untuk Cik Renex.. Pen tu unik dan menarik.. hehehe 😍

Seronoknya tgk LZ shopping. Ana kalau tgk org shopping mula lah nak shopping sama. Tapi bila dah sampai mall, satu apa pun tak beli. Memang selalu mcm tu ��

Wah. Bestnye shopping. Saya pun kalau keluar mall mesti mata ni jadi segar, mesti ade je benda nak beli hehe. Pencil case mango tu cantik. Bolehlah saya tgk2 nnti hehe

XX Atheera | http://atheeradayana.com XX

Assalam...baru tahu mengenai shopping haul ni...

dah lama tak beli pencil case.

dulu masa sekolah memang ada pencil case yang saya minat...sekarang ja tak ada...

menarik juga barang yang dibeli

lepas ni kongsi craft yang dibuat ya...

Kadang-kadang memang camtu Ana.. tetiba blank lupa segala apa yang nak dibeli..

LZ beli segala barang tu memang dah lama plan cuma kadang-kadang xde stock, sementara ada terus beli.. gitu cerita dia.. 😄

Shopping memang terapi minda Atheera.. Migraine pun boleh elok bila pi shopping mall..Hehehehe

Atheera carilah kat Mango selain merah cili ada pilihan warna maroon dan hitam masa LZ beli tempoh hari.. 😉

W'salam aRz,

LZ memang kena ada pencil case.. Senang bila nak guna stationery.. Sure next post akan ada craft session..

Thanks aRz.. 😊

anak2 adik suka sgt stationery kt sniggles..surut poket mak dia..hehe..siap suruh mak2 saudara sponsor..akk kalau gi Daiso, mmg selalu 'shopping haul'..mcm2 benda nk beli sbb murah..

Aduhai cian mak sedara kena paw tapi takpe demi anak sedara.. Memang pun No barang kat Daiso unik dan berkualiti, harga pun murah masih boleh layan..hihihi 😀

KLCC adalah seketul tempat yang saya perlu jauhi sebab?
masuk je confirm membeli.
pantang masuk...
hahahaha...

maka eloklah kita hindari seketul lokasi bernama KLCC ini. bahaya

btw, lamat gak tak gi kinokuniya.
mungking kinokuniya dah lupakan saya.
hahaha...

beli buku online je sekarang.

uish join post-crossing gak ea.

bagus bagus,
nnt buat lah entri ttg koleksi poskad yang dah ada ye,.

menarik.
saya suka.

tapi tak berapa berani nak share alamat dengan stranger

Hahahaha betul sesekali tanya khabar apa salahnya Nhhas.. 😄

Sesekali beli online jugak tp x puas hati sbb x dpt tgk real depan mata or sekadar alasan nak berjalan.. 😉

Dah lama join Postcrossing ni.. Saya guna alamat office sbb x mahu share resident address atas faktor keselamatan.. 😉

Nhhas boleh tengok di blog Postcrossing saya : lovemyhappymail.blogspot.com.. 😉

At least new info utk Noor Azlan.. LZ x tersenarai sbg penerima BRIM.. LZ tax payer yg akan melopong bila org dpt BRIM nnti.. Tapi tetap bersyukur dengan rezeki kurniaanNya.. 😄

Thanks atas ilmunya LZ. Kadang tu bila tak baca entri, tak ambik tau pun sesuatu perkataan tu. Betul tak. So sekarang dah tau haul tu apa hihi....Tulah kan, niat utk berkongsi tapi kadang disalah erti, tak apalah LZ janji niat kita tak menyimpang sudah kot.


Alang alang dah ke KLCC ye LZ haruslah ada aktiviti sambar menyambar hihi...
Cantik sweater hitam tu....I love hitam hokey!

Tu laa fungsi blogging Mak Nom, kita tukar2 info.. Cari kenalan baharu.. Barulah meriah..

Of course ada aktiviti sambar menyambar Mak Nom, keja pompuan kann, hehehehe hitam pun my favorite color jugak tau.. 😄

Ha! tu dia entry shopping haul.
Meletops LZ ;-)

Hahahaha alhamdulillah Mrs. A diterima pembaca.. ;-)

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More