KOREAN RECIPE : EASY KIMCHI BY MAANGCHI MEMANG SANGAT MUDAH!

EASY KIMCHI RECIPE BY MAANGCHI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Hari yang penuh produktif, projek membuat kimchi yang sekian lama tertangguh akhirnya direalisasikan dengan jayanya, syukur alhamdulillah dapat juga menepis sikap M yang melanda.. 

Untuk pengetahuan, saya sememangnya peminat tegar kimchi.. Stock kimchi mesti ada dalam peti ais sepanjang masa. Sebelum ini asyik membeli kimchi di AEON Seremban 2 tetapi bila difikir semula tahap kebersihan dan cara pembuatan, hurrmmm lebih baik buat sendiri puas hati. 


Oleh sebab itu, saya perlu master dalam pembuatan kimchi bagi memastikan stock tidak putus. Okay, pembaca yang pernah mengikuti blog lama mesti sudah tahu bagaimana cara pembuatan kimchi. Kalau sudah tahu, entry ini dikira sebagai entry ulangan. Bagi pembaca yang masih belum tahu, it's okay, saya ulang semula di blog ini. Resepi ini saya belajar dari resepi original Korea iaitu melalui Chef Maangchi.

BAHAN-BAHAN

2 pokok napa cabbage (baechu)
2 inci halia*
5 ulas bawang putih*
1/2 biji bawang holand*
1 cawan sos ikan*
2 sudu kecil cencaluk (menggantikan sotong)
2 pokok daun bawang
5 pokok daun kucai (buchu)
1 biji lobak merah
1 biji lobak putih
1 pek kecil garam kasar
1/2 cawan tepung beras
1/4 gula perang (brown sugar)
3 cawan air

CARA-CARA :


Potong napa cabbage seperti di atas. Basuh dan rendam dalam air seketika kemudian toskan. Tabur garam kasar di setiap lapisan cabbage dan ketepikan selama 2 jam. Selang 30 minit, olah cabbage dari bawah ke atas dan buang air lebihan yang ada.

Sementara tunggu cabbage diperap, buat porridge kimchi. Masukkan air ke dalam periuk. Didihkan atas api sederhana bersama tepung beras, tutup api dan masukkan gula perang. Kacau hingga gula larut dan tepung tidak berketul. Ketepikan dan tunggu sejuk.

Kemudian, kisar bahan bertanda * iaitu halia, bawang Holland, bawang putih bersama sos ikan.  
Napa cabbage (baechu) Halia Bawang putih Bawang Holland Serbuk cili kasar (chilli flakes) Sos ikan Cencaluk (menggantikan sotong basah) Daun bawang Daun kuchai (buchu) Lobak merah Lobak putih Garam kasar Tepung beras Gula perang (brown sugar) Air

50% Off:


Masukkan bahan kisar ke dalam besen besar. Kemudian masukkan porridge yang telah sejuk bersama cencaluk dan serbuk cili / cili flakes. Kacau hingga sebati dan ketepikan seketika. 


Selepas itu, hiris lobak merah, lobak putih, daun bawang dan daun kucai (buchu). Masukkan bahan yang telah dihiris ke dalam besen besar tadi.

 

Gaul semua bahan hingga sebati seperti gambar di atas. Selepas semua bahan sebati, ketepikan. Bersihkan napa cabbage dengan air bersih dan bilas sebanyak 5 kali bagi memastikan tiada sisa garam dan betul-betul bersih.

 
Napa cabbage yang telah dibersihkan. Tibalah masa untuk mencampurkan cabbage yang telah dibersihkan bersama bahan-bahan lain.

 
Lumur semua bahagian cabbage hingga sekata. Proses ni dilakukan sedikit demi sedikit sehingga habis kesemua cabbage yang ada.

 

Okay inilah hasilnya.. Tekan kimchi supaya padat dalam bekas simpanan. Hasilnya, saya dapat dua bekas kimchi.. Sedia untuk disimpan.

 

Saya akan biarkan proses fermentation dilakukan di luar selama sehari. Apabila jus dari proses fermentation telah keluar, saya akan masukkan ke dalam refrigerator selama 14 hari. Selepas itu barulah boleh dimakan..  Begitulah proses pembuatan kimchi yang sememangnya sangat mudah..

Sesiapa yang tak berapa faham dengan penerangan di atas, boleh tonton video dari Chef Maangchi di YouTube atau layari website beliau : How To Make Kimchi


Okaylah, akak dah penat you all.. Akak berhenti setakat ini sahaja.. Terima kasih sudi mengikuti perkembangan blog ini.. Selamat mencuba!



Sebelum berakhir, akak nak tanya, siapa antara pembaca suka makan kimchi or ada peminat tegar kimchi macam akak? Kongsilah apa-apa pun cerita tentang kimchi, so dapatlah kita sembang-sembang kimchi.. hehehehe

Okay, itu sahaja, sehingga kita bertemu lagi di post akan datang..
Sekian, wasalam..


Regards,



42 Comments:

wahhh sedapnya.. tak pernah try buat sendiri lagi.. setakat ni beli dengan kawan2 jek..tq for sharing LZ.. :)

Untung Hernee ada supplier kimchi.. LZ takde supplier tu yg gigih belajar sendiri.. 😄

Ana 🙋🙋🙋

Mula2 rasa tak boleh terima tp sebab last year ke Korea kena lah makan juga. Terus jatuh cinta. Sedapnya LZ. Nak buat tp takut tak sedap. Kang kecewa. Selalu ana kalau teringin ana pergi beli je dekat seoul garden. Walaupun tak berbaloi.

Sedapnya tgk kimchi Lz tu. 😋😋😋

Pakcik ni ketinggalan zaman agaknya.
Belum pernah rasa lagi makanan ni.

Sedapkan kimchi no Ana.. 😋😋😋
Cubalah resepi ni, memang senang bahan pun mudah dapat..

Yummy sedap tau 😋😋😋

Zaman skrg K-POP pakcik jadi ramai org suka tonton dan makan makanan Korea. Dari situ kimchi semakin popular.. Rasa dia masam pedas 😄..

Nak beli tapi tgk xde logo halal. Ok nnti try buat ikut resepi LZ. 😅

Tu laa Ridz.. LZ pernah beli beberapa kali sbb fikir xde logo halal tp xde bahan yg mencurigakan. Bila buat sendiri baru tahu betapa perlu tahap kebersihan yg tinggi.. Terus stop beli.

Selamat mencuba! 😄

Pernah makan 2kali ..time tue terjebak tgh tengok citer korea ... menunya kimchi .

Terbawa2 citer Korea lah ni kann Cik CL hehehehe.. 😄

Tak pernah makan and tak rasa nak makan hahaha.
tapi kalau yang homemade boleh consider la.

Lelaki biasanya memang tak / kurang gemar makanan masam so x mustahillah Syed x suka.. 😁 hehehe

belum pernah try lagi makan..huhu..

Kalau Nieyl penggemar jeruk mungkin kena dgn taste Nieyl 😄..

Seumur hidup x pernah buat ..teringin gak nak belajar huuu

Jadi lepas ni Wani boleh cuba buat ikut resepi ni, resepi paling mudah.. Selamat mencuba 😍

menarik..rajin betul buat kimchi

nasib da makn baru tgk post ni... tp terliur jgk rasanya tau!!!!

Adehh tak pernah rasa la pulak.. Tp rsnya bukan peminat kimchi kowt.. Hehe sbb tak suka sayur...

Peminat kimchi tegar Mar so kena rajin kalau tidak bekalan terputus, hehehehe 😁

Hehehehe kalau kena citarasa tengok pun terliur kann Unni Anje.. 😁

Kalau bukan peminat sayur mesti tak suka kot Lea Azleeya lagi pun rasa kimchi masam mungkin pelik sikit, hehehe.. 😁

ooo tak pernah rasa lagi kimchi rasa dia camne ye....sedap tak? hihi

Kimchi rasa masam dan pedas Mrs. Anna. Senang citer macam jeruk sayur.. Siapa suka makanan masam mungkin suka kimchi kot.. 😄

salam...terima kasih sudi singgah di blog saya.

banyak dengar ramai rakyat malaysia menyukai kimchi.

senang rupanya nak buat kimchi.

tapi rasanya macam mana? tak pernah cuba..

macam best je...

pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #28. blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2017/02/senarai-url-blog-28.html

pemenang akan diumumkan pada 28/2/2017

W'salam..
Penangan K-Pop so kimchi pun semakin popular di negara kita, hehehe

Rasa kimchi masam pedas aRz.. 😁

Memang beat Mia Liana 😁..

Alhamdulillah tersenarai jugak akhirnya, tak sabar tunggu keputusan.. 😄

MasyaAllah ! Lamenya nk dpt mkn --' Tapi klau dh suka, memang snggup buatkan? Kipidap LZ !

Tepat sekali Mek, suka punya pasal gigih buat.. 😁

Thank you Mek 😍

Kimchi di hatiku ngeh!ngeh!ngeh!

Wow! Buat sendiri ke kimchi ni? Sebenarnya kan, Nad tak pernah try makan kimchi hehe.

Hehehehehe tepat sekali, Mrs A memang memahami, ngeh ngeh ngeh 😁

Nad, sesekali boleh cuba di Seoul Garden atau mana2 restaurant Korea halal.. Kalau suka makanan masam mgkn Nad akan suka kimchi.. 😍

tekak saya tak boleh masuk la ngan kimchi, rasa masam semacam.. huhuhuu.. maybe sebab tekak melayu kot

LZ, jom join GA Asharah..

http://dorsettpink.blogspot.my/2017/02/httpashasrahblogspotmy201701give-away-dorsett-pink.html

Hehehehe it's okay.. lain orang lain citarasa dia Dorsett Pink 😍 bkn sebab tekak Melayu lah dear.. 😁

In shaa Allah akan menyusul..
Thanks for your invitation.. 😍

Kalau favorite sure sedap dear 😁..

Nak rasa kimchi akak boleh? Heeh. Siqah suka kimchi tapi bila makan kimchi kat sini, siqah tak minat sangat. Masa g Korea dulu, siqah makan kimchi kat sana. Memang sedap. Entah apa lain pun tak tahulah. Maybe bahan kot. Hehe.

Iskkhhh malu nak bagi rasa 😁.. Kimchi akak made in Malaysia versi tekak Melayu tau, hehehe.

Memang betul Siqah, kimchi banyak sangat version. Resepi ni memang akak ikut dari orang Korea tapi sukatan or bahan-bahan dari Malaysia mungkin ada rasa lain sikit kot, hehehe..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More