BUKAN PENGGEMAR EGG TART | Salam Jumaat semua.. Entri ini saya gelar sebagai entri curi tulang sebab saya buat dengan tergesa-gesa semasa break azan Asar sebentar tadi, hehehe.. Hari ini waktu lunch panjang dari pukul 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang. Masa inilah perjumpaan antara #ganglunch diadakan. Agenda kami bila berjumpa, makan-makan dan sembang sakan.. Dalam tak sedar sekejap masa berlalu, jam hampir menunjukkan pukul 2.00 petang..
Sebenarnya bukan itu cerita yang ingin dikongsi. Kisah sebenar begini.. Semasa perjalanan ke luar AEON menuju ke pejabat, terpandang promosi Macau Egg Tarts di Baker's Cottage.
Wow, nampak menarik.. Golden egg tarts yang dipamerkan.. Untuk makluman, saya bukanlah penggemar tart telur tapi bolehlah makan sesekali teringin. Kebetulan lama juga tak makan egg tart ni, alang-alang ada promosi, saya pun belilah..
Tertarik dengan quote pada plastic :
"Man lives for science as well as bread." - William James.
Dah kenapa roti disamakan dengan lelaki? Ada sesiapa boleh jawab?... Bagi saya ntahlah tu jawapannya, hehehe.. Apa yang penting adakah tart itu sedap atau sebaliknya..
Nampak mengancam kannn... Sampai office terus ngap (makan) satu.. Ehhhh sedaplah! Less sweet, lembut, crispy crust dan tak rasa hanyir telur..
Original photo #nofilter
Saya jenis tak reti makan sorang-sorang, so saya kongsi dengan officemates yang berada di sekitar radius, bagi diaorang rasa. Kata orang, sikit sama sikit, banyak sama banyak.. Sorang dapat setengah, hehehehe
Kawan-kawan blogger suka makan egg tarts? Kalau suka boleh beli di Baker's Cottage.. Ada certify HALAL, so tanpa was-was.
Cepat sementara stock masih ada!
19 Comments:
Sedapnya. Asal tak hanyir, crispy dan less sweet mmg confirm sedap. Kena search lokasi Baker's Cottage dekat sini lah nampaknya π
Saya rasa Man tu dia refer kepada manusia kot bukan lelaki hehe tahla. Saya tak suka juga egg tart kak! Tapi kalau cheese tart memang suka gila! Biasa Chinese yg sukq egg tart ni. Macan kawan saya.
Harus jangan lepaskan peluang Ana.. Sedap π
Sedapnya! Elsa kalau beli mesti beli banyak hahhaa. Kalau dah favourite mana nak kisah muak ke tak hahaha
Tu laa Syed, agak keliru dgn 'Man' yg dimaksudkan π..
Oh akak x suka cheese sangat.. topping cheese okay, kalau pure cheese spt cheese cake, memang tak boleh telan.
Ha'ah asal egg tart dari Macau, Chinese dessert π
Akak makan egg tart tak boleh banyak, muak..
Wahhh terror lah.. Elsa memang penggemar tegar egg tart ni π..
Tak pernah makan kak..tapi bila tengok ni terasa pula nak mencuba..yang penting tak hanyir..kalau tak belum apa nanti PC dah nangis dulu..
Hi Kak LZ.
Ke maksud quotes tu, Man memerlukakan Science dan Roti utk hidup,Hahaha. Entahlah. Hehehe. Mai lagi suka Cheese Tart. Nasib adik lelaki mai belajar Bakery, boleh selalu makan semua ni.
memerlukan*
Hehehe comel PC komen.. Alhamdulillah tak hanyir langsung dear, sedap π
Jangan lupa cuba, baru puas hati π
Hi Mai, hehehe apa2 pun boleh Mai.. Quote tu ada maksud tersurat dan tersirat, ikut fahaman masing-masing kannn π
Untunglah Mai tak yah susah2 cari bakery, nak makan puff, cake etc order saja dgn adik, hehehe π
sedapnya T.T fav sha tu huwaaa
Cepat-cepat Sha pi Baker's Cottage, sedap tau rugi x rasa. Lebih2 lagi Sha peminat tart π, yummy! π
Fae suka tapi tak selalu craving hehe
Wahhh, menggiurkan. memang sedap tapi takleh makan banyak2 nanti muak. :)
Oh samalah kita Fae π..
Kalau ada akak makan, kalau takde tak mencari, hehehe
Memang egg tart ni cepat muak Fatihah sebab gabungan telur dan cream kannn π
suga juga makan egg tart ni ��. jumaat lepas dah makan kat tempat org kawen ��
Oh sedap tu ππ
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!