PENGGEMAR DAGING KAMBING MESTI BACA

PENGGEMAR DAGING KAMBING PERAP OR LAMB MARINADE MESTI BACA ENTRI INI | Syukur alhamdulillah atas limpah dan kurniaanNya dapatlah saya berkongsi info menarik tentang daging kambing kegemaran saya.

Siapa antara pembaca suka daging kambing perap atau lamb marinade? Saya orang pertama angkat tangan sebab saya suka sangat daging kambing perap terutama lamb chop.


Jadi kepada penggemar daging kambing kena tahu info ni.. Tahu tak di Kajang ada pengedar daging perap sedap keluaran EA Inspire Enterprise. You all boleh beli perapan daging kambing sedap The Shepherd, boleh tengok IG : @theshepherd88..


Saya dah cuba dua kali setakat ni memang tidak menghampakan, officemate promote.. 1 pek di atas bersama sos black pepper hanya RM45.00 sahaja.


Cara pemyediaan sangat mudah, hanya buka plastik dan tebar hirisan daging kambing atas non-stick pan. Tak perlu letak minyak sebab lemak dari daging akan menggekalkan rasa asli daging tersebut.


Terbalikkan hingga kedua-dua permukaan masak, ikut kesukaan masing-masing.

Sementara tunggu daging masak, saya sediakan sayur brokoli. Potong dan rendam seketika bersama air garam dan sedikit cuka. Cukup masa bilas dengan air hingga bersih. Kemudian rebus brokoli dengan sedikit garam dan beberapa titik minyak (minyak berfungsi untuk mengekalkan warna hijau sayur). Sesudah sayur layu padam api dan toskan.


Bila daging sudah masak sedia untuk dihidang. Sos pula hanya panaskan atas api sederhana hingga mendidih, kacau selalu. 

Maaflah dalam fridge cuma ada sayur, tak sempat buat mash potatoes sebab perut dah lapar ketika ini. Konsep masakan, masak apa yang ada, huhuhu


Terbukti sedap.. Bahan-bahan perapan manis dan pedas. Ditambah pula rasa rosemary membangkitkan selera..

Siapa suka dan ingin cuba daging kambing perap bersama sos The Shepherd or lamb marinade with the Shepherd sauce boleh check IG : @theshepherd88.. Belum cuba belum tau, hehehe



Okay, itu sahaja, sehingga kita bertemu lagi di post akan datang..
Sekian, wasalam..


Regards,

21 Comments:

Wahhhh...digandingkan dengan brokoli pun dan nikmat kan kak...alhamdulillah..ngences PC tengok..

Sedapnyaaaa KAMBING! My favourite ever, hehehe tahun ni berapa kali duk makan dah ~
Asal keluar makan je order lamb chop. HIHI

Daging kambing ? Urmm xberapa gemar sangat ..kalau teringin nk makan tue ..makan sikit je ..banyak-banyak nanti boleh pusing

Sedapnya LZ. Selain Kimchi, ana peminat tegar daging kambing. Boleh cuba ni. Thanks for the info dear ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Hadoiii menyelerakan.. Nnti bolehla cuba beli ni.. Boleh by pos kan??

Betul PC, x yah buat mash potatoes pun sodap, hehehehe ๐Ÿ˜

Yeayyy ada gang, give me five! LZ pun sama HH, setia sangat dengan menu lamb chops.. ��

LZ dulu pun sama mcm Cik CL, x suka sebab bau dan pening tapi bila rasa satu tempat mkn ni dia grill kambing kena dgn citarasa LZ terus suka sangat2.. ๐Ÿ˜„

Ana, kita banyak persamaan dari segi makanan.. Best, best.. ada gang.. ๐Ÿ˜‰

Nampak sedap kann Lea, boleh pos, in shaa Allah.. Kena deal dgn mereka Lea.. ๐Ÿ˜„

Alahai cian kawan Blogger LZ yg x boleh makan kambing sbb pening antaranya NA.. Kalau bawa mudharat jangan makan, diri sendiri jugak yg menanggung..

Wah, pebret pakcik ni.
Kalau pegi kenduri kahwin mesti cari kambing dulu,
kalau Xde rasa frust aje.

wah berseleranya tngok.. tp busyra tak makan kmbing. hehe

Yer la pakcik, tapi x semua org hidang kambing sebab bila ada menu kambing mesti terasa exclusive sangat majlis tu, hehehe

Oh mesti ada sebab Busyra tak makan kambing kann.. hehehe ๐Ÿ˜„

saya suka makan dgg kambing perap ni. tapi wife saya tak tahu cara nak buat perapan tu. jadi kami suka beli banyak-banyak dan simpan dalam peti sejuk. bila nak makan, panaskan je. hehehe

Waaaaa kalau camtu mesti stock tak pernah putus.. bestlah.. ๐Ÿ˜„

Wahhh! Sedapnyaaaa! Siqah suka sangat daging kambing!! Selalu jugak makan kambing kat kedai depan rumah. Boleh nanti siqah cuba beli ni pulak. Hehe. Thank you Kak LZ for sharing :)

Samalah kita Siqah, give me five!
Cubalah nanti, akak suka rasa sos dan perapan daging kambing The Shepherd ni, sedap.. Sama-sama kasih Siqah ๐Ÿ˜˜..

Saya antara penggemar daging kambing jugak! Kalau balik kg, abah suka beli daging kambing. Kitorang suka makan cicah sos lada hitam cmpur coleslaw. Nyumnyum

Hurmmmm sedap daging kambing cicah sos lada hitam Fatihah, ditambah pula makan dengan coleslaw or mash potato terus rasa nak repeat order camni.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More