PENIAGA ONLINE PERLU DAFTAR DENGAN SSM | Umum sedia maklum sekarang ini terdapat banyak perniagaan atas talian (online) menggunakan platform media sosial seperti Blogger, Facebook dan Instagram tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Faktor peningkatan kos sara hidup memaksa setiap golongan untuk mencari pendapatan tambahan.
Tapi tahukah pembaca bahawa perniagaan atas talian (online) wajib mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selaras dengan Seksyen 2, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956).
Tapi tahukah pembaca bahawa perniagaan atas talian (online) wajib mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) selaras dengan Seksyen 2, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (APP 1956).
"Individu atau peniaga yang menjalankan
perniagaan atas talian (online) wajib mendaftar perniagaan masing-masing
dengan SSM sebelum tindakan penguatkuasaan dijalankan." - petikan suratkhabar Sinar Harian bertarikh 27.01.2016.
Jadi sebelum kena compound saya ingin mengingatkan rakan-rakan blogger yang juga peniaga online supaya berdaftar dengan SSM.. Jangan seperti segelintir peniaga online lain yang sudah tahu mengenai perkara ini tetapi masih mengabaikannya.
Walaupun peniaga hanya menjual produk kesihatan atau apa sahaja produk secara sambilan sekadar mengikut permintaan rakan-rakan dan keluarga dan tidak mengaut keuntungan yang banyak, ianya bukan satu alasan untuk tidak mendaftar perniagaan online tersebut.
Jangan ambil mudah perkara ini kerana perniagaan online yang gagal mendaftar secara sah boleh dikenakan denda sehingga RM50,000.00 di bawah Akta Syarikat 1965.
Jadi untuk terus kekal dalam perniagaan serta membina keyakinan kepada pelanggan dalam jangkamasa panjang, peniaga sewajarnya berniaga secara sah. Jangan berniaga 'takut-takut'.. Petikan dari kata-kata Kiah Propa : "Awas kome, ada yang memerhati."
Begitulah pesanan yang ingin disampaikan..
12 Comments:
Bukan SSM je LZ, IRB pun sama skrg ni. Bila dah daftar dan ada no. enterprise sendiri, pelanggan pun jadi bertambah yakin nak berurus niaga dengan kita. π
Oic, kalau camtu kelebihan kepada peniaga juga kannn Ana π..
Terima kasih atas peringatan...hampir lupa yg kita punya lesen SSM dah tamat tempoh. kena cepat2 renew ni sebelum kena cekup. huhuhu..
Betul Naimy, cepat-cepat renew π
Hehehe selamat mendaftar lah kepada semua peniaga, hehe,jangan lupa isytihar pendapatan pula nanti, takut tak dapat next Brim, hehe.
Yer betul Mai, kena telus.. in shaa Allah berkat duit yang kita dapat π
haa pantau betul betul supaya tak ada lagi peniaga online yang suka suka larikan duit kita a.k.a peniaga online penipu hehe
singgah klik ads :*
selamat mendaftar semua peniaga online
Betul, tujuan pendaftaran syarikat utk pantau penipuan online juga π..
Yup, semoga mereka aware dengan perkara ini π..
mrs anna dh daftar tp bisnes xjln n skrg dh tamat dh pun huhuuu
Mrs. Anna, don't give up!
In shaa Allah ada rezeki Mrs. Anna.. teruskan usaha π
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!