PENIPUAN CARA PUKAU | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera pembuka entri saya. Semalam dengan tiba-tiba saya terima mesej melalui applikasi WhatsApp daripada office mate. Mesej ringkas namun merisaukan. Ibunya di kampung tiba-tiba menelefon dia dengan nada cemas mengatakan telah didatangi 2 orang lelaki yang berpura-pura bertanyakan khabar dan mengakui sebagai kenalan lama seorang lebai yang disegani di kampung itu. Lelaki-lelaki berkenaan memperkenalkan diri sebagai 'orang bank' yang ingin membuat bancian untuk memberi bantuan kepada masyarakat berpendapatan rendah di kampung berkenaan.
Jadi tanpa berfikir panjang, ibu kawan saya membenarkan 2 lelaki tersebut masuk ke rumah. Pada masa itu ibunya bersama ayah yang telah uzur. Menurutnya lagi, lelaki tersebut menyuruh ibunya menandatangani satu borang (tak tahu borang apa) dan menyerahkan beberapa dokumen termasuk salinan kad pengenalan. Borang telah ditandatangani dan salinan kad pengenalan telah diserahkan tapi belum sempat ibunya mengambil dokumen lain seperti yang dikehendaki, abang kepada kawan saya balik ke rumah setelah selesai berkebun. Tiba-tiba 2 lelaki berkenaan tergesa-gesa meminta diri dengan alasan perlu balik ke pejabat atas urusan penting. Apa yang musykil ibunya cemas dengan menyuruh anaknya (iaitu kawan saya) menyemak akaun simpanannya di bank dengan segera. Ibunya disyaki telah dipukau oleh 2 lelaki tersebut dengan memberikan kad ATM bersama password.
Kes seperti ini bukan pertama kali saya dengar. Ibu kawan saya itu bernasib baik kerana 2 lelaki berkenaan tak sempat untuk meneruskan agenda jahat mereka. Belum sempat si penyamun mengeluarkan duit di mesin ATM, kad tersebut berjaya disekat oleh abang kawan saya sejurus 2 lelaki tersebut beredar.
Apa yang boleh saya nasihatkan hanya membuat laporan polis sebagai rujukan dan protection sekiranya 2 lelaki berkenaan menggunakan data peribadi ibunya untuk traksaksi penipuan.
Si pemukau sangat licik dengan menjadikan warga tua di kampung sebagai sasaran penipuan. Mereka tahu kebanyakkan warga tua di kampung tinggal seorang diri atau berpasangan kerana anak-anak tinggal berjauhan di bandar. Jadi mereka mengambil kesempatan dengan menyamar dan samun menggunakan ilmu pukau.
Hal ini pernah juga berlaku kepada saya semasa berlangsung majlis perkahwinan adik lelaki saya. Wang tunai dan barang berharga saya habis dicuri padahal telah 'disembunyi' dalam almari. Mereka hanya mahukan aset tunai buktinya kad kredit dan kad ATM ditinggalkan. Apa yang pasti ibu saya ada terlihat 2 orang wanita yang tidak dikenali berjubah hitam kelihatan sangat mencurigakan. Dia pelik kerana wanita berkenaan langsung tidak menegurnya sebagai tuan rumah. Tapi disebabkan ahli keluarga lain sibuk pada masa itu, jadi saudara-mara dan ahli keluarga tidak menyedari kehadiran tetamu yang tidak diundang tersebut.
Morale of the story, jangan percaya orang terlalu mudah. Kejadian pukau yang biasa berlaku hanya dengan menepuk bahu atau menegur kita dengan berpura-pura bertanyakan jalan atau membuka sesuatu topik perbualan. Susah untuk dielakkan...
Apa pun berdoalah semoga kita dilindungiNya selalu dan terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini.
Itu sahaja perkongsian saya kali ini sebagai peringatan kita bersama.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri.. Sekian, wasalam..
Regards,
38 Comments:
Kena lebih berhati-hati. Licik betul dorang ni.
Betul Ridz..
Sekarang terpaksa 'sombong' bila orang tegur sebab bimbang kejadian begini berlaku..
Orang sekarang semakin licik dan kejam. Baru2 ni ana dengar satu voice recording kononnya dia dari public bank nk tanya pasal acc bank tak silap dekat sorang lelaki ni. Tapi lelaki ni serah dkt anak sedara dia utk jawab. At the end, nampak sgt scammer. Jahat kan dorang ni. Menganiaya orang je keje. 😡😡😡
Bahayanya ... CCL kalau tak kenal memang confirm takkan bagi diorang masuk dalam rumah
betul tu LZ...sy pun selalu berpesan pada mak supaya jangan bagi orang yang konon jual barang atau nak repair hos gas masuk..risau tapi terjadi jugak bila mak termakan kata lelaki ni pasal paip gas rosak maka melayang la dekat RM400...dah tak boleh nak buat apa sebab mak sy tak telefon pulak utk dapatkan kepastian..dan syukurla jugak sebab tak de yang lebih major..
Macam macam sekarang ni, bahayanya.
Haih macam macam orang zaman sekarang. Banci? Okay elsa nak cakap elsa bekerja sebagai pembantu perangkaan di jabatan perangkaan malaysia and yes memang kerja elsa membanci penduduk di satu kawasan terpilih. Tapi kami tak pernah mintak untuk sign apa apa borang semua tu tau. Orang pukau2 nie buat kami tak boleh kerja lah nanti sebab orang2 dalam rumah akan takut bila orang macam kami datang untuk banci, sebab diorang akan ingat kami orang jahat. Sangat menduga bagi kami tau. Apa apa pun jadikan pengajaran mujur saja sempat sekat kad atm di bank kan
Orang sekarang terdesak untuk hidup senang Ana, jadi mereka sanggup buat apa saja.
Kes penipuan dgn menyamar sbg kakitangan bank mmg biasa. LZ sendiri tak pernah jwb call kalau nombor x kenal. Kalau betul berkaitan akaun, bank akan email atau guna info blast. Tujuan LZ nak elak perkara begini, lagi pun ramai scam skrg.. Sangat membimbangkan.. Kena berwaspada selalu..
Ana take care tau 😍
Mereka bukan sahaja menyamar dari rumah ke rumah Cik CL tapi kalau niat menipu tepi jalan pun mereka sanggup buat..
Sentiasa ingatkan org yg kita sayang supaya berwaspada. Diri kita jugak kena hati2, jangan layan org tak kenal sbb kita x tahu niat mereka..
Jaga diri CCL 😍
Alahai dalam berwaspada terkena jugak.. Yer la kita x tahu mcm mana pendekatan mereka masa berurusan kannn.. jadikan pengajaran.
Kalau boleh jangan bagi masuk org yg x dikenali, zaman sekarang macam-macam. Apa pun alhamdulillah tak berlaku perkara yg tak diingini. Semoga kita dilindungiNya selalu.
Betul Husniey, kita kena sentiasa berwaspada..
Take care dear 😍
Setuju dgn Elsa.. kesian Pegawai Perangkaan. LZ ada dengar ramai org terutama org kampung x mahu bekerjasama sbb diaorg takut kot2 org menyamar dengan niat jahat. Susah jugak kalau camtu..
Mudah2an kita dihindari daripada manusia2 berjiwa karat ni.
Modus operandi diaorg menipu warga tua yg tinggal di kampung. Diaorg tau, warga tua banyak cash & emas disimpan dalam rumah.
Sama bahaya dengan penagih dadah Tuan sbb diaorg pun sanggup buat apa sahaja dalam keadaan terdesak. Andai keselamatan diaorg terancam masa buat kerja haram mgkn org dalam rumah diugut atau dijadikan tebusan, sebarang kemungkinan boleh berlaku. Kena sentiasa berhati-hati.
...آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Semoga kita dilindungiNya selalu..
Aduhai. jahatnya! Dengan warga tua yang tak berdaya pun boleh dorang buat kerja camtu. huhue. Moga Allah swt lindung sangat2 kita semua dari semua ini. aminn
...آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Itulah hakikatnya Nad, sanggup menipu utk hidup lebih teruk lagi warga tua dijadikan mangsa penipuan mereka.. Kejam sangat 😠..
zaman skrng ni mcm2 benda boleh jd. hmm. risau betul
Nenek Ira pun pernah kena pukau dengan konon "satu family", sorang laki dua perempuan dan sorang budak. Konon datang nak jual ubat lepastu habis barang kemas duit lesap. Iskkkk.
Hati-hati sis 😘
Betul dear, kena lebih berwaspada..
Take care Busyra 😘
Kejam betul diaorang.. Sanggup melibatkan kanak-kanak untuk menipu. Tak tahu apa nak jadi sekarang. Risau.
Ira pun sama, jaga diri baik-baik 😍
Cik Renex pernah kena masa jadi cashier kat satu pasaraya. org mcm arab2 tu mintak tukar duit krts, rupanya bila dia da sntuh duit kita automtik kita kena pukau. abis 750 kena ganti semula.huhu
Oh ya Pak Arab pun ramai guna pukau, pernah berlaku depan akak masa byr di Sunway Pyramid.. menakutkan Cik Renex.. Cian x pasal2 Cik Renex kena ganti duit sendiri. 😢
Takutnya. Macam2 cara orang sekarang ni gunakan sebab nak senang kan. Haih kena berhati2 la lepasni. Tak boleh suka hati je tegur org tak kenal.
ya Allah semoga dijauhkanlah.. senang je cara orang sekarang kan nak dapat duit tanpa kerja, haishhh
Betul Syed.. Sekarang tak mcm dulu.. So kena sentiasa berwaspada. Apa pun semoga kita dilindungiNya selalu.
Semoga kita dilindungiNya selalu Neeza.. Dijauhkan dari perkara yg tak diingini..
Zaman sekarang ni kan kak, macam2 cara orang nak cari duit sampai sanggup buat cara salah dan singkat camni. Gunakan orang tua di kampung pulak. Haih. Moga kita dijauhkan daripada orang sebegini. Amin.
Betul tu Siqah..
Aminnn, semoga kita dan orang-orang tersayang dilindungiNya selalu..
Take care dear 😘💕
Mak Cik Ila pun pernah kena pukau. Habis barang kemas yang dia pakai. Lepas kejadian tu, memang dia takut nak jalan sendiri lagi. Tapi pada hari kejadian, abah Cik Ila dekat saja dengan dia.
Moga kita dijauhkan dari pemukau2 ni.
Takutnya.... Mintak dijauhkanlah hendaknya. Tak pernah kenalah, tapi takut jugaklah kan LZ. Nasiblah belum dapat keluarkan duit makcik tu
Orang yang mengamalkan ilmu pukau ni ada skill masing2 Ila.. Mungkin dia pukau orang sekeliling juga, kita tak tahu.. Sangat mengerikan..
Aminn, semoga kita dijauhkan dari perkara yang tidak diingini..
Mak Nom kena hati-hati tau, alert kepada persekitaran.
Perkara macam ni memang berleluasa sekarang, cuma kita tahu dengan tidak jer..
cara mudah nak dapat duit banyak. dengan bersalam pun boleh terkena pukau
Bhya btol kan 😵 Mcm mcm skang ni nk buat penipuan
Exactly Nour Adieb, sangat mudah terkena especially bila ada body contact..
Betul tu Mek, bila desperate sanggup buat perkara macam-macam tu..
Berhati-hatilah bila di luar..
kan, menakutkan �� kena sentiasa alert dengan persekitaran
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!