DUGAAN HIDUP

DUGAAN HIDUP | Salam Jumaat. Setiap insan di dunia ini tidak dapat lari dari dugaan atau ujian hidup. Dugaan hidup yang dihadapi merupakan satu ujian untuk menentukan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t. Ujian ini tanda Allah sayang kepada kita. 

Dalam era kehidupan yang pantas berlalu, pelbagai ujian dan dugaan kita hadapi silih berganti. Setiap insan diuji dengan cara berbeza-beza mengikut tahap kemampuan masing-masing.


Kekuatan iman, ketabahan dan kesabaran adalah antara doa yang perlu kita pohon kepadaNya setiap hari. Ramai insan telah pergi meninggalkan kita. Ada di kalangan kita tak mampu bertahan apabila berhadapan dengan ujian hidup dan akhirnya tewas.

“Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya cubaan.” (H.R.Bukhari)

Justeru, kita tidak mengetahui bagaimana ujian dan pengakhiran hidup kita.

 

Untuk pengetahuan tahun ini saya telah diuji dengan satu dugaan yang pada mulanya saya rasa tak  mampu lakukan. Kisah tersebut pernah saya ceritakan di sini. Syukur alhamdulillah ianya telah berakhir dan sehingga kini saya masih tak percaya bahawa saya mampu hadapinya. Terasa seperti satu keajaiban.

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” - (Q.S. Alam Nasyrah 94: 5- 6)

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan bersama.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..





Regards,

25 Comments:

Allah takkan uji hambaNya diluar kemampuan seseorang.. kan kak..

Alhamdulillah...Allah menguji kita dan kita kena berikhtiar dan sesunggunya Dia tidak akan membiarkan kita selagi kita sujud dan tawakkal kepadaNya...InsyaAllah
Semoga kita terus tabah dan diberkatiNya selalu kan LZ

yea, setiap dugaan pasti ada sesuatu yang lebih baik buat kita... amin

Gelap...ada terangnya..hitam..pasti ada putihnya..pada setiap kepahitan....ya..ada juga nikmatnya.

Hidup ini akan terus diuji...sabar dalam menempuhinya

Thanks for sharing T_T
semoga setiap ujian dapat kita lalui penuh sabar dan takwa.

Nampak macam tak mampu hadapi kann E'in tapi dengan izinNya tak mustahil semua boleh berlaku..

Syukur alhamdulillah, tepat sekali kak.. Terima kasih Kak for your support 😍😍

Betul apa PC nyatakan.. Semua kita sama2 dilindungiNya selalu.. Aminnn..

Indeed saudara aRzMoHa..
Terima kasih..

Aminnn..
Semoga kita sama2 dilindungiNya selalu Mrs Pip 💕..

Salam kenal.

akak dah hidup almost 49 years..
macam2 ujian. tapi berdepan dengan ujian kewangan pun benar2 mencabar diri..
sekarang tinggal tahap berserah pada ALLAH saja.. INSYALLAH..

Saya pun sedang menghadapi dugaan sekarang ni... waktu open house tengah meriah di sana sini, saya kena chicken pox plak... tapi sabar je la, dugaan ni kira kecik sgt la ni berbanding orang lain :-))

Kita tak ada pilihan lain selan meneruskan dan kuat

W'salam Kak Azian,

Semoga akak tabah menghadapi segala dugaan hidup & dipermudahkan segala urusan. Aminnnn..

Semoga ewanthology cepat sembuh.. In shaa Allah, mgkn ada hikmah di setiap yang berlaku & kita tak tahu..Sabar okay..

Exactly Nini, life goes on..
Doa yang baik-baik selalu..
Aminnn..

Apapun dugaan yg Kita dapat, bersabarlah Dan berdoalah agar Kita dapat tempuhi dengan tabah. Insya Allah Ada ganjarannya

Alhamdulillah, kalau kita di pihak yang benar, Allah pasti tolong.

Aminnnn..
Betul apa yg mamapp nyatakan..

Syukur alhamdulillah Sal..

Syukur alhamdulillah Tn. NA..
Semoga urusan Tn. NA juga dipermudahkan.. Aminnn..

Setiap kita akan melalui ujian.. Semoga kita semua tabah melaluinya.. Keep on fighting LZ

Aminnn..
Terima kasih Sha 😍💕

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More