DISEBALIK LAGU DESPACITO

DISEBALIK LAGU DESPACITO | "Despacito" merupakan tajuk lagu bahasa American Spanish atau bermaksud "Slowly" in English merupakan nyanyian Justin Bieber ft. Luis Fonsi & rapper Daddy Yankee. Lagu ini mendapat tempat sebagai best-selling Latin singles in the United States. 

Al-kisah saya pada mulanya pun tak tahu-menahu tentang lagu ini sehinggalah dalam perjalan pulang selepas sambutan Hari Raya di kampung menuju ke Seremban tempoh hari, anak saya Arief 'mencadangkan' saya mendengar lagu ini di YouTube.


Bila ditanya dari mana tahu lagu itu? Dia kata tengok kat iPad abang sepupu (umur 11 tahun) sebab dia selalu layan lagu ni di YouTube. Selepas mendengar lagu tersebut perasaan ingin tahu tentang maksud lirik lagu ini mula timbul. Lalu saya search lirik dan terjemahan lagu Despacito memandangkan dari segi rentak lagu memang best dan menghiburkan..

Alangkah terkejut apabila maksud lagu tersebut menjurus kepada hubungan sexual atau lebih tepat lagi lucah. Kalau pembaca ingin tahu boleh search dan baca setiap bait-bait lirik lagu tersebut atau click di sini


Moral of the story, kita perlu sentiasa ada sikap ambil tahu in a positive manner - 'siasat' atau study dulu punca setiap apa yang kita terima. Jangan ikut sesuatu tanpa usul periksa semata-mata sebab orang lain atau ikut trend

Selain itu paling penting ambil tahu apa yang anak anda layari semasa menggunakan internet. Tolong pantau, jangan biarkan mereka bebas mengaksess website sesuka hati. Jangan main percaya.. Inilah punca budak-budak sekarang mudah terjebak dengan perkara yang tak sepatutnya. 

Okaylah, ini sahaja luahan yang ingin saya kongsi sebagai ingatan bersama. Overall lagu in memang saya haramkan kepada anak saya yang baru berumur 9 tahun.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Terima kasih sudi singgah.
Saya akhiri dengan wasalam..


Regards,

39 Comments:

kalau lagu2 bahasa lain ni mmg kena tengok meaning.. lagu2 Korea pun CT tngk meaning takut ada wordings yg entah apa2 main sedap je kita sebut.. elokla cari makna dlu..

yeke kak? alaa, lagu ni memang best tapi kenapa lagu ni dibiarkan dimainkan di corong2 radio? patutnya kena banned juga!

Ana tau pasal ni bila en suami bgtau sebab dia pun tersuka dgn muzik lagu ni. Sekali bila tgk lirik, teruk sungguh. Patut di banned je dkt radio.

Allah. sedihnya, melalui lagu je boleh sebar bende bende yang tak sepatutnya kan :(

lagu ni antara banyak lagu2 dari Barat yang sangat sensual termasuk la jugak lagi Hindi..akk pun suka tapi nyanyi kat en suami jer..hahaha...hehe saja nk buat lawak ya...

Jajahan zaman moden kak..melalui lagu..cerita dan sebagainya..lebih2 lagi bahasa asing..iramanya indah menusuk kalbu rupanya maksudnya memusnah pemikiran dan pemahaman.Hati-hati.

Huhuhu memang bahaya bende ni.. Kebanyakan budak2 skrg janji lagu tu sedap didengar, kire layan jerk.. Sedangkan maksud lagu tu sendiri dorg tak tahu.. Adeh..

High bahayanya.. Tu laa lagu yg sedap didengar x semestinya maknanya bagus ye.. mmg kena pantau habis2

Setuju dengan Siti..
Betul kalau kena wording ntah apa-apa kita dok ulang-ulang sebut macam doa pulak.. Bahaya sungguh..

Seriously IQ..
Bila dengar dalam bahasa Latin memang best tapi cuba kita baca lirik lagu ni dalam bahasa Melayu, lucah.. Akak rasa radio sekarang tak peka lagi dengan lagu-lagu luar camni.. Mereka lebihkan keuntungan dan rating pendengar.

So kita sendiri ambil pendekatan terbaik :-)

Memang patut banned di radio tapi tu laaa mereka kurang peka dan lebih kepada mengejar keuntungan dan rating pendengar.. Agak kecewa..

Exactly CahayaHannan ini cara penjajahan abad ini seperti komen PC..
So kita kena sentiasa berwaspada..

Hehehehe comel akak bermanja dengan hubby..
LZ layan versi Melayu kak, best lirik dia..

Exactly PC.. Ini antara cara 'mereka' meracun generasi muda..

Kita kena sentiasa berwaspada..

Itulah yg selalu berlaku Lea. Ada segelintir remaja suka copy bulat2 dan mengagungkan budaya Barat tanpa selidik. Mereka anggap advance ikut cara Barat padahal kurang cerdik..

Yes exactly mamapp, kena ambil tahu dan pantau. Itu antara cara terbaik.

tak layan lagi lagu ni, cuma taulah juga lagu ni top ..
semua nak buat versi despacito masing masing ...

hari tu baca lirik despacito versi melayu, mcm best..
larrrr, ada unsur lucah la pula versi asal ni :((

Rentak lagu Despacito best tapi disebabkan maksud tak kena dengan budaya kita jadi mereka buat versi sendiri kot Mrs. Pip..

Versi Melayu bolehlah kita layan Mrs Pip coz lirik pun boleh diterima umum 😊..

takpelah kalau anak sis suka lagu ni bagilah dia dengar versi parodi. versi kelate ke, versi raya ke..hehe

Ha'ah Sal dia dengar versi parodi Puasa Yang Yok, hehehe

Setuju dengan LZ jangan mudah terikut-ikut ambil tahu dan siasat dulu in positive manner.
Mujur Mrs. A ketinggalan pasal lagu nih! memang tak tahu langsung.

Tidak berapa lama dulu viral orang letak teddy bearlah, dolllah tergantung kat belakang kereta ramai jugak yang Mrs. A perasan time tu letak menda tu konon ikut trend tapi bila tahu cerita sebenar apa tujuan menda tu hah! kan dah nyesal.

Moral of the story jangan main ikut-ikut jer kena tahu apa tujuan sebelum menjebakkan diri #ingatanuntukdirisendirijuga

Exactly Mrs. A..
Selain apa yang Mrs. A nyatakan ada lagi kisah lain seperti asal usul Hello Kitty.. Nampak cute tapi kena ambil tahu kisah disebaliknya. Sahih tak sahih tolak tepi sebab apa yg pasti tak rugi andai tak minat / tak ikut trend..

Saya tak tahu maksud lagu ni. Tapi saya suka melodi dia best. Dan saya pun baru tahu yg penyanyi nya ialah justin bieber. Tq lz sebab bgtau

Melody memang best DP unfortunately maksud tak best, hehehe..

Siqah baru dengar lagu ni 2 hari lepas kat radio. Lagu catchy menarik untuk didengar tapi tu lah lirik lagu pulak masalah. Haih lah..

banyak nampak kereta letak Hello Kitty kat belakang kereta, Apa maksud sebenarnya kak? Siqah tak tahu pulak.

In shaa Allah Siqah, LZ akan kongsi kisah Hello Kitty tu nanti..

Melodi best Siqah.. Tu laa lucah pula kannn..

sebagai peminat lagu hindustan saya setuju..takut lagu tu lagu puja tuhan diorang ke apa ke kan..

hakikatnya susah nak controll. if x dengar kat radio, diorang dengar kat web or spotify ke..macam2 cabaran zaman moden ni

haha..jadilah tu. lepas gian

Tak prnh dgr lagu Despacito ni even dah viral 😂

lebih bahaya lagi kadang2 ada lagu yang memuja ketuhanan agama lain.
Main dengar dan nyanyi aje, tapi tak menghayati maknanya.

Lebih baik NA, tak rugi apa.. 😁

Betul pakcik WP..
Lirik ntah apa-apa ada juga memuja orang mati selain memuja Tuhan agama lain.. Lagi berat..

Elok tak payah dengar Rabiahtul.. Lebih baik camtu..

Memang tahu lagu ini menjurus kepada arah tu...tapi lagu ni memang catchy dan sedap didengar

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More