FESYEN PEGUAM MENGAPA HITAM DAN PUTIH? | Tahukah pembaca bahawa peguam mempunyai kod etika pakaian ketika menghadiri kes di Mahkamah. Setiap peguam tidak boleh sesuka hati memakai pakaian mengikut citarasa sendiri apatah lagi mengikut gaya pakaian celebrity. Kod etika pakaian peguam telah ditetapkan mengikut jenis Mahkamah ketika mereka bersidang dan sudah semestinya pakaian asas adalah warna hitam dan putih.
Untuk pengetahuan, kod etika pakaian bagi peguam di Malaysia telah diputuskan oleh YAA Ketua Hakim Negara setelah berunding dengan YAA Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Hakim-Hakim Besar dan Majlis Peguam seterusnya pekeliling dikeluarkan untuk dipatuhi.
Suka atau tidak dengan warna hitam putih, seseorang yang bergelar Peguam perlu akur dengan arahan tersebut.

Photo credit to Pinterest |
MENGAPA HITAM DAN PUTIH?
Terlalu banyak versi mengenai perkara ini. Salah satu versi ialah kod pakaian ini bermula lebih kurang abad ke-17. Ketika Ratu Mary II meninggal akibat cacar pada tahun 1694, bermula dari itu 'duda' si mati iaitu Raja William III memerintahkan semua hakim dan peguam untuk menghadiri kes di Mahkamah hendaklah memakai gaun hitam sebagai tanda berkabung kepada ratu. Ia merupakan satu Perintah yang tidak pernah dibatalkan secara rasmi. Walau bagaimanapun, bermula dari itu peguam menyukai dan menggunapakai pakaian seragam ini kerana ia memberi aura misteri dan 'gerun' ketika di mahkamah.
Versi lain pula menyatakan Peguam dan Hakim memakai warna hitam kerana hitam adalah warna di mana tidak ada warna lain yang dapat diwarna di atasnya. Ini secara langsung bermaksud segala keputusan Hakim adalah muktamad, kita tidak dapat mengubahnya dengan cara apa pun. Selain itu, putih melambangkan kesucian dan ketelusan. Ini bermakna bahawa keputusan hakim adalah murni dalam setiap aspek.
Bagi Peguam pula ia bermaksud mereka teliti dengan pendapat, pemikiran, tafsiran undang-undang dan proses perundangan mereka. Dalam apa-apa cara sekalipun mereka tidak akan berkompromi. Mereka juga tetap dengan pendirian yang telah dinyatakan dalam sesuatu kes serta hujah-hujah yang dikemukakan berdasarkan kepada fakta-fakta yang diberikan oleh peguam.
Ada pula versi lain yang mengatakan bahawa Mahkamah bukanlah tempat untuk bergembira tetapi tempat di mana kebanyakkan orang berdukacita. Oleh itu hitam melambangkan kesedihan atau dukacita.

Berikut merupakan pakaian yang mesti dipatuhi oleh peguam-peguam yang menghadiri perbicaraan di mahkamah bedasarkan pekeliling yang telah dikeluarkan :
PAKAIAN DALAM MAHKAMAH TERBUKA DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN, MAHKAMAH RAYUAN,
MAHKAMAH TINGGI DAN MAHKAMAH KHAS
LELAKI
Kemeja
Lengan panjang warna putih dengan wing collar warna putih dan bib.
Lengan panjang warna putih dengan wing collar warna putih dan bib.
Seluar Panjang (longgar)
Warna hitam/biru kelasi/kelabu gelap. Jalur-jalur dibenarkan.
Jaket
Warna hitam. Butang brass (butang besi / berkilat) tidak dibenarkan
Warna hitam. Butang brass (butang besi / berkilat) tidak dibenarkan
Stoking
Warna hitam/biru kelasi/kelabu gelap
Warna hitam/biru kelasi/kelabu gelap
Kasut
Warna hitam/biru kelasi/kelabu gelap
Warna hitam/biru kelasi/kelabu gelap
Jubah
Warna hitam
Warna hitam
Pakaian di kepala
Serban dan songkok dibenarkan.
Serban dan songkok dibenarkan.
Photo credit to Google
WANITA
Blaus
Lengan panjang warna putih dengan wing collar warna putih dan bib.
Lengan panjang warna putih dengan wing collar warna putih dan bib.
Skirt
Warna hitam/biru kelasi/kelabu gelap dan labuhnya di bawah lutut. Jalur-jalur dibenarkan.
Warna hitam/biru kelasi/kelabu gelap dan labuhnya di bawah lutut. Jalur-jalur dibenarkan.
Seluar panjang (longgar)
Warna gelap, longgar dan tidak mendakap anggota badan
Warna gelap, longgar dan tidak mendakap anggota badan
Pakaian Tradisional
Bukan berwarna garang dan tidak menjolok mata.
Bukan berwarna garang dan tidak menjolok mata.
Jaket
Warna hitam. Butang bras tidak dibenarkan.
Warna hitam. Butang bras tidak dibenarkan.
Sarung Kaki
Nilon - Pilihan hanya warna kulit sahaja yang dibenarkan.
Nilon - Pilihan hanya warna kulit sahaja yang dibenarkan.
Kasut
Warna hitam/biru/kelabu gelap. Sandal tidak dibenarkan di dalam Mahkamah.
Warna hitam/biru/kelabu gelap. Sandal tidak dibenarkan di dalam Mahkamah.
Jubah
Warna hitam
Warna hitam
Pakaian di kepala
Warna hitam/putih/biru kelasi/kelabu gelap. Bunga yang tidak keterlaluan atau corak bercap juga dibenarkan.
Warna hitam/putih/biru kelasi/kelabu gelap. Bunga yang tidak keterlaluan atau corak bercap juga dibenarkan.
Photo credit to Google
AKSESORI PAKAIAN
Semua peguam (lelaki dan perempuan) ditegah memakai apa-apa emblem, riben,
lencana, ikatan dan lain-lain yang melambangkan mana-mana parti politik atau
bermotifkan politik. Selain pakaian make-up juga jangan keterlaluan contoh mengenakan lipstick warna garang sehingga menarik perhatian ramai memadai hanya mengenakan nude lipstick.
Dari kiri : wing collar, robe (jubah) dan bib
PAKAIAN DI MAHKAMAH SESYEN, MAHKAMAH MAJISTRET DAN DI DALAM KAMAR MAHKAMAH TINGGI
Pakaian yang dibenarkan seperti di atas tetapi:
a. Tanpa jubah
b. Kemeja putih bertali leher yang tidak berwarna garang (wing collar dan bib
dibenarkan)
c. Bagi wanita yang memilih memakai tali leher hendaklah tali leher yang tidak
berwarna garang (wing collar dan bib dibenarkan).
Photo credit to Google |
Begitulah perkongsian saya kali ini mengenai lawyers' dress code in the Court room.
30 Comments:
nice infor psl court dressing., macamana dgn org awam dressing code jugak ke kak? hehe2
Oooo baru PC tahu...kalau nak berwarna warni tunggu diluar waktu tugas ya kak...tapi walau hitam putih..ianya membawa aura kredibiliti yang tersendiri..
pagi tadi baru IQ nampak peguam melintas jalan menuju ke mahkamah tinggi KL. memang serba hitam putih semuanya
Thanks Wak..
Tentang etika org awam menghadiri Mahkamah terbuka akan saya terangkan dalam next entri. Secara ringkas lebih kepada pakaian kemas tapi ada juga pantang larang pakaian tertentu. Kalau tidak kena halau Wak..
Suka tgok peguam bila lengkap pakai hitam putih ni. Nampak smart.
Kalau macam kita yg hadir ke mahkamah,pakaian dia camne lak sis LZ.
Memang takde fesyen lain PC, during office hour sentiasa bersedia untuk ke Mahkamah, kalau takde kes pula at least jumpa clients pun kena carry on imej professional..
Begitulah gaya hidup dlm bidang guaman..
Exactly Tn. NA..
Tentang rambut palsu atau wig lebih kepada terikut2 cara British court era 18th century. Undang2 Malaysia mengikut Common Law di England / Wales sebab itu pakai wig ikut cara sana. Tapi sekarang dah bertukar, pemakaian wig sudah dimansuhkan.
Easy to identify kannn IQ.. 😊
Etika pakaian orang awam hadir ke Mahkamah terbuka akan LZ kongsi CR.. Basically lebih kepada pakaian kemas dan sopan. Ada juga pakaian yg dilarang..
cantik jam tu
Oic.. tak perasaan design jam sama, bulat.. 😊
hitam putih kehidupan..hehe..good sharing LZ
Ya laaa Umi Fuzy, hitam putih lumrah kehidupan, exactly.
Thanks for reading 💕
Good info. Thanks. Sebelum ini tak tahu pun cuma suka tengok mereka smart berpakaian hitam putih.
Thanks for reading...in the swim..
New info for you..
Rumah mama dekat dgn mahkamah kdg2 terdetik juga kenapa ye peguam pakai hitam putih. Ni baru tau jawapannya
Alhamdulillah terjawab juga persoalan mamapp.. :-)
Masa study dulu saya serumah dengan budak Law..Memang suka gaya mereka, nampak elegan dengan hitam putih. Skrg baru tahu, banyak rupanya cerita sebalik HITAM PUTIH baju.
Ya Mayy pakaian hitam putih dah ditentukan oleh Majlis Peguam atas arahan Hakim Besar..
"Saya yang menurut perintah Yang Arif."
Siqah baru tahu ada etika pakaian peguam. Patutlah peguam hitam putih je pakaiannya. Siqah suka monochrome. Cantik je, tak lapuk warna hitam putih =D
Makcik Ana pun kalau shopping mesti wajib beli baju hitam. Dah sebati dengan hidup sebagai seorang peguam. Kdg2 nk cr jubah hitam agak susah. Tak semua kedai ada jual jubah yg boleh di pakai di mahkamah. Hanya 1-2 butik je yg ada.
new knowledge! kena pakai hitam putih rupanya, setuju la dengan " aura misteri dan 'gerun' " tu. tapi betul kan, kena nampak serius la kalau nak go around undang-undang ni.
// Sambil tu jemput join contest saya jugak - just click
HERE
Betul Siqah, mudah disesuaikan hitam putih.. Takde masalah cari pakaian kerja 😊
Jubah Mahkamah (robe) biasa custom made Ana, kalau ready made ada dijual di kedai tertentu 😊..
Begitulah motif sebenar di sebalik pakaian hitam putih 😊..
Elle Woods dalam legally blonde pakai pink.hehe. senang je hitam putih, warna yang nampak professional dan smart.
apapun memang smart kan sis..irda dulu suka sgt pakai suar hitam.n blazer hitam..masa mula2 masuk keje suka sangat walaupun hari panas..bila org ckp ko xpanas ke..irda ckp...tak..sku cita2 dulu nak jd peguam..tak dapat jadi peguam.pakaian ala2 peguam pun jdilah..masa tu mula2 masuk banking keje kaunter je...huhu
Nampak sangat menipu cerita tu Sal. Mana ada lawyer pakai pink glamer camtu. Lawyer serabut dgn masalah org lain.. hehehe
It's okay dear, kerjaya apa pun you must proud of yourself. Pakai hitam putih senang mix and match x yah susah fikir baju lain, hehehe
Sis dalam kerjaya guaman ni handle kes Mahkamah tapi ada regret juga dalam hati sebab tak jadi lawyer hartanah (conveyancing lawyer). Hurrrmmm mesti ada terkilan sikit tapi dah ketentuan kita kannn.. namun tetap bersyukur.. 😊
oh yeke.. tapi smart la kaler ni. nampak berkarisma bila dipakai.
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!