POSTCARDS & PENPALS : KHABAR DARI RUSSIA

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Lama saya tak jengah blog disebabkan busy melampau dengan kerja hakiki dan masa yang ada pula saya tumpukan kepada hobby menghantar postcards.

Postcards exchange
 Hujung minggu lalu saya berjaya menghantar 22 keping postcards kepada kenalan di beberapa buah negara iaitu USA (3), UK (1), France (2), Switzerland (1), Finland (2), Luxembourg (1), Hong Kong (2), China (2), Germany (3), Russia (2), Australia (1), Netherlands (1) dan Belarus (1).

Related post : Love My Happymail

Postcards
Stok postcards masih banyak jadi kali ini memang all out saya spent masa menulis postcards kepada mereka.

Stamps

Stok setem pula tak pernah habis, sentiasa saya standby dalam planner.  Selesai semua lega rasa di hati, saya hanya tunggu mereka balas postcards saya.. Rasa tak sabar menanti berita dari kenalan di seluruh dunia.. Camni laa kalau takde budget travel ke overseas, tukar-tukar postcards dengan penpals jer yang mampu.. Itu pun dah cukup gembira.. So called travel through postcards gituuuuu...

Dalam ramai kenalan saya, Irina paling rajin menghantar postcards dan mengirim berita dari Russia.. Bila ada occasions di sana, Irina pasti akan update saya jika tidak melalui postcards, dia akan text saya di Facebook Messenger.. Oleh kerana faktor perbezaan waktu, saya tak boleh kerap chatting nanti pergi kerja dengan mata panda, hehehe.. Untuk pengetahuan semua di Russia sekarang musim luruh (autumn)..

Irina & Alex
Hari ini, saya terima 2 keping postcard dari Irina.. Sekeping postcard kenangan sempena World Cup 2018 lalu di mana negara Russia menjadi tuan rumah.

Postcards from Irina in Russia
World Cup 2018 postcard
Halloween postcard
Manakala sekeping postcard lagi sempena sambutan Halloween. Untuk pengetahuan, Irina juga tak menyambut perayaan tersebut seperti saya tetapi oleh kerana menurutnya kad ini cute jadi dia hantar tanda ingatannya kepada saya.. 

Stamps of Russia
Tertulis pada postcardnya :

"I know you do not celebrate Halloween like us also but I like decorations with pumpkins, orange colors and cute card! In Moscow there are many decorations made of pumpkins and autumn flowers, very beautiful view."

Postcards from Russia
Alang-alang cerita tentang Irina, di sini saya kongsi beberapa keping gambar yang dikirimnya semasa melawat St Petersburg :

Grand Palace, Peterhof, St. Petersburg
Peterhof Palace, St Petersburg
The Samson Fountain and Sea Channel.
Peterhof Palace
Bronze Horseman
Rivers and canals of St. Petersburg by boat


The Hermitage (The Winter Palace)
Nizhny Novgorod-city
Submarine Museaum
Submarine museaum
Hi, I'm Alex
Begitulah persahabatan saya dengan Irina.. Selain Irina ada beberapa lagi penpals dari Spain, Italy dan Germany yang rajin berutus surat dengan saya.. Jarak masa pengeposan surat dari negara yang saya nyatakan ini lebih kurang 14 hari. Jadi dalam sebulan saya hanya mampu membalas 2 pucuk surat sahaja. Bila terima balasan surat atau postcards dari mereka dapatlah saya berangan-angan seolah-olah berada di negara mereka, hehehe.. 

Okaylah, setakat ini sahaja cerita yang ingin saya kongsi bersama..Jika ada pembaca ingin melihat koleksi postcards saya boleh kunjungi : Love My Happymail..

Siapa suka boleh follow blog postcard saya.. Masih ada banyak lagi postcards yang belum saya update.. But don't worry, saya akan update setiap postcards yang diterima dari semasa ke semasa..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Thank you for reading & have a great day!
Sekian, wasalam..
Byeee


Regards,


23 Comments:

Bersahabat dari jauh...alhamdulillah..melalui gambar pun kita boleh nikmati ciptaan Allah SWT di luar negara..syukur.moga persahabatan akak dan Irina berpanjangan.Aaminn.

Menarik hobi tukar2 postcards..dpt ramai kenalan..cantik setem russia..

Cantik cantik postcardnya

cantik2 poskadnya...rinduuuu nk buat mcm ni dulu2 zaman sekolah menengah mmg rajinnnn sgt buat sbb pd ms sm nk improve kn BI...hehehe

p/s skali hntr brape RM setem diperlukan?

bestnyerrr.. x kisah la kirim2 poskad ke ape..janji dpt tambah kenalan..mane tau satu hari nnt blh pegi negara dorang...penginapan dorng sediakan..just prepare duit poket jer kan..hehehe

Seronoknya baca pengalaman Sis LZ dan rakan rakan penpals.. Teringin juga nak tulis postcard dan postkan semasa travel

Alhamdulillah PC di atas segala kurniaan dari Illahi.. Akak juga harap semua persahabatan yang terjalin sentiasa berpanjangan, aminnn..

Itulah hobi saya sejak di bangku sekolah kak.. best bila dapat surprise letter/postcards dari kenalan..

Betul CikNor, best bila kita dapat tahu cerita mereka & aktiviti yang mereka lakukan..

Postcards cantik, setem mereka pun cantik-cantik belaka Kak notie..

iye kan dear Anies, subject BI x silap kena tulis surat kepada Penpals.. Dari situ timbul minat LZ untuk jadikan sebagai hobi..

Setem hanya 50 sen untuk sekeping postcard ke seluruh dunia kecuali Israel..

Exactly JJ, bila dah lama kenal masing2 pelawa visit negara mereka..

Mungkin next time HH boleh start tulis postcard dan post semasa travel.. At least boleh jadi koleksi..

bestnya kumpul postcards.boleh buat kenangan tu

Cantik kannn Fatin postcards dari Russia, setem pun cute..

Betul Rabiah, sis suka kumpul postcards dari luar negara..

Yeayyy I love this hobby Fatin..

Bestnya bertukar tukar postcard.. Zaman sekolah dulu, Sha adalah penpals nie.. lepas tu masa berlalu.. terus tak buat.. Sekarang nie kalau ada rakan yang nak bertukar buku pun best juga..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More