Daftar Postcard Di Postcrossing

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Semasa entry ini ditaip, hujung minggu hampir berlalu.. Alhamdulillah, hujung minggu ini saya dapat memanfaatkan sepenuhnya dengan segala perancangan yang telah disusun dari awal. Walaupun singkat, cuti dua hari sempat pulang ke kampung menjenguk orang tua, menguruskan 'rumah tinggal', membuat segala rutin hujung minggu di rumah Seremban dan sebagainya.. The best part dapat juga menumpukan perhatian pada hobi termasuk blogging..

Entry kali ini, saya kongsi salah satu aktiviti hujung minggu yang berjaya dilaksanakan iaitu postcrossing. Pembaca yang mengikuti blog ini pasti tahu saya memang suka postcards dan setem..

Postcards from Postcrossing

Kali ini bukan mengutus postcard tetapi menyusun postcard dan seterusnya misi update blog postcard.. Al-kisah minggu lalu team Postcrossing telah menghantar notis tentang postcards yang saya terima tetapi masih belum didaftar.

Ini dia rupa notis itu :

Postcrossing

Hahahaha rasa bersalah sebab menunjukkan tiada integriti di situ.. Postcard dah terima tapi tak reti-reti nak daftar? Kena carut baru terhegeh-hegeh register..



Mana tak kena carut, sejak awal tahun sampai sekarang sebanyak 14 keping postcards diterima masih belum daftar disebabkan faktor sibuk melampau.

Postcards via Postcrossing
Postcards received from postcrossers
 
Alang-alang cerita tentang postcards, saya kongsi sedikit postcards yang diterima sejak bulan Januari 2019 lalu.. Oh ada sekeping saya terima di bulan Disember.. Postcards kali ini dari Filipina (1), Russia (4), Belarus (1), USA (2), Netherland (1), Czech Republic (1), Japan (1), United Kingdom (1), Finland (1) dan Germany (1).




 
Maka sedikit masa di hujung minggu saya peruntukkan untuk daftar dan susun segala postcards tersebut.. Minat mengumpul postcards masih kekal dalam diri ini walaupun usia sudah masuk 40-an.. 

Bangunan bersejarah di Czech Republic : CEZ Arena, zamek, Pernstynske namesti se zelenou vezi, radnice, mlyny Josefa Gocara, diladlo Antonina Balsanka

Mana mungkin boleh berhenti mengumpul postcards sebab utama bila lihat gambar yang tertera di postcards hati rasa gembira, best dan feeling diri ini berada di tempat itu.. Contoh seperti postcard ini..

Pernstejn Square in Pardubice Czech Republic

 Saya suka dengan rekabentuk bangunan ini iaitu Pernštejn Square (Pernštýnské náměstí) terletak di bandar Pardubice, Czech Republic. Ntah bila saya akan ke Czech Republic jadi dengan postcard saya dapat mengetahui tempat-tempat seperti itu.



Seterusnya, saya suka dengan gambar pemandangan sebenar sesebuah negara walaupun hanya dalam gambar seperti postcards berikut :

Suomi, Finland
Mt. Fuji, the symbol of Japan, is the most beautiful and highest mount in Japan.
North Cornwall - Top left : Bostcastle. Top centre : Port Isaac. Top right : Tintagel. Bottom left : Trevose. Bottom centre : Bude. Bottom right : Padstow.
Ini pula antara setem cantik dan menarik perhatian saya:

Setem dari USA
Setem negara Filipina

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya dalam entry ini.. Pembaca yang ingin mengikuti cerita atau perkembangan mengenai koleksi postcards saya boleh follow blog postcards saya : Love My Happymail..


Akhir kata, thank you for reading.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,


13 Comments:

Postcrossing ada peminatnya yang tersendiri.

Lama dah tak dengar pasal postcrossing.

Ada lagi rupanya ye☺

x faham sgt psl postcrossing ni.. hehehehe

kita pulak join quotas..world mail panel...dapat macam2 jenis setem la..tapi kita as receiver je, kena register setiap mail yg diterima kat website quotas tu..kalo lambat dalam seminggu ke, ha dapat lerr email suruh update..ahahaha...nak setem tak? banyak gilerrr..kalo nak, nanti kasi alamat dekat email kita sunahsakura@gmail.com

Tepat sekali Pakcik WP..

Postcrossing still relevant lagi Tengku Sofia walaupun sekarang zaman teknologi.. Sesuai dengan jiwa LZ mungkin sebab old-school, hehehe

Me too Cik Nor sebab break sekejap dari hantar postcards..

Kena explore baru faham fungsi postcrossing ni Kakmim.. Dulu LZ pun tak berapa faham perjalanan postcrossing ni..

Great info Sunah Sakura.. LZ pun baru tahu tentang quotas.world..
Lepas ni LZ nak explore quotas.world pula.. Tentang setem, nanti LZ pm tepi okay ;)

Thank you in advance..

nice lah.. akak pun suka.. sometimes dapat postcard ni. and i suka kirim postcard ke sesiapa lah yang i ada address. new hobby ni.

interested to know about postcrossing ni lah.

Kalau Azian suka, boleh layari https://www.postcrossing.com -> sign-up -> create profile -> click Send Postcard. Postcrossing akan hantar address. Hantar ke alamat yang diberikan. Semudah A B C..

Seronoknya kak.. suka tengok gambar-gambar yang ada dekat postcard..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More