KEMBALI AKTIF BERSAMA POSTCROSSING | Postcrossing merupakan salah satu hobi saya. Saya mula aktif berpostcrossing sejak 2014. Namun sejak masuk tahun 2017 hobi ini kurang diberi perhatian sebab saya sibuk berblogging.. Al-maklum blog baru masih status baby, jadi kena beri perhatian lebih berbanding hobi lain.
Okay, siapa biasa dengan Postcrossing? Mana yang tahu dan familiar dengan Postcrossing mungkin tahu bagaimana komitmen yang perlu kita beri lepas sign-up sebagai member. Kepada pembaca yang masih belum tahu apa itu Postcrossing, saya explain sikit.. Postcossing ialah projek bertukar-tukar poskad dengan ahli yang berdaftar di Postcrossing atau "a postcard exchange project that invites everyone to send and receive postcards from random places in the world."
Saya sangat meminati hobi ini kerana ia seoleh-olah travel the world through postcards. Bila masuk bulan baharu, Postcrossing akan hantar statistic mengenai postcards yang dihantar dan diterima. Malangnya graf saya menjunam dengan teruk sekali seperti yang ditunjukkan di bawah, huhuhu..
Komen dari Postcrossing, lihat "In March your mailbox didn't receive any postcards... :-( " - sedih sangat simbol tu tau..
Jadi atas kesedaran sendiri, saya aktif semula bersama Postcrossing, yeayyyy.. Semalam saya bertungkus-lumus menulis 13 postcards untuk dihantar ke Finland (1), Netherlands (1), Germany (2), USA (1), Czech Republic (1), Singapore (1), Turkey (1), China (2), Hong Kong (1), Taiwan (1) dan India (1).
Lenguh tangan dan mencungap jugak untuk achieve target postcards yang diberi.. Tapi puas hati kerana siap semuanya, lepas hantar tunggu pula postcards datang kat kita.. Just sit back and relax..
Okaylah, di kesempatan ini saya kongsi sikit tentang penglibatan saya dalam exchange postcards ni.. Setakat bulan Mac 2017, saya telah terima postcards dari negara-negara berikut:
Ini pula postcards wall saya yang menunjukkan gambar-gambar postcards yang diterima melalui Postcrossing..
Ini pula summary postcards yang dihantar dan diterima..
Untuk makluman, sebelum saya menyertai Postcrossing, saya aktif dengan direct swap. Saya turut menulis surat dengan pen pals dari Spain, Russia, USA, Italy dan Germany malah kami masih berhubung sehingga kini. Sementara menunggu 'perjalanan' surat yang beratus batu, kami berhubung melalui Facebook Messenger. Bertukar postcards secara direct swap saya buat melalui IG : @sweetmemoriesofmylife.. Boleh juga melawat blog Postcards saya : Love My Happymail - tapi maaf blog ini lama terbengkalai, akan diberi perhatian dalam masa terdekat..
Oh ya, saya pernah bercerita tentang projek Postcrossing saya dalam blog sebelum ini : Cerita Tentang Postcards. Pernah juga saya ceritakan tentang blog postcards saya di : Blog Baharu
Ada tak antara pembaca blog saya suka hobi ini? Atau mungkin salah seorang ahli Postcrossing or Swap-Bot? Atau may be direct-swap? Jadi bolehlah kongsi cerita sikit.. Bagaimana pula komen pembaca yang lain? Apa pandangan you all tentang hobi ini?
Actually first time fae dgr psl postcrossing ne
ReplyDeletePengetahuan baharu untuk Fae 😉😍
Deletehaa.. firstime dengar gak nih.. tapi nanti boleh try.. hee~
ReplyDeleteKalau berminat atiehilmi boleh sign up 😉😍
DeleteAna tak pernah dgr lagi pasal postcrossing ni. Kira ni first time Ana tau. 😊
ReplyDeleteBestnya LZ dapat exchange postcard. Betul mcm LZ ckp seolah2 kita travel around the world. Cantik2 pula postcard tu. 😍😍
Keep on postcrossing LZ. 😘
Pengetahuan baharu untuk Ana juga.. Ni kira hobi tegar LZ 😉
DeleteSeronok Ana, LZ suka bila dapat postcard dari pelbagai negara rasa so excited.
Thanks for your support dear 😘😍😍😍
ana singgah blog happy mail tu. siap ada exchange coins ye LZ. seronok pula ana tgk.😍😍
Deletetp ana confused dia hanya melalui internet atau kita send secara fizikal postcard tu sebab ana tgk 2-2 pun ada dekat blog lama LZ tu. ke ana sorang yang tak faham. hehe. slow sikit RAM skrg ni.
Ada bertukar-tukar coins jugak Ana..
DeleteMula-mula kitaorang contact each other dan dicuss apa gift yang disukai selain postcard. Contoh, LZ suka keychain, kawan dari Italy suka coins. Suka kitaorang tukar suka sama suka. Itu dinamakan direct swap. Kitaorang berkenalan melalui Instagram.
Postcrossing hanya medium untuk generate alamat kepada Penerima postcard. Lepas hantar atau terima postcard kita perlu update di Postcrossing sebagai rekod. Postcard asal akan dihantar oleh kawan luar negara itu nanti.
first time dgr tentang bende ni..huhu hobi ni utk org yg rajin je ni mcm Lz..hehe..kalau irda..tulis blog pun seminggu sekali haha
ReplyDeleteMinat sangat travel through postcard Irda sebab tu join hobi ni 😉💕
Deletetak pernah tahu pun. nampak best sangat !! kena belajar ni mcm mna nak join
ReplyDeleteSure Shesyira As, jika perlukan pertolongan LZ just email okay 😍
Deletekenalan sy di Europe pernah ajak utk join postcrossing tapi tak berminat sebab dah terlalu banyak yg sy join social media ni...teringat dulu ada pen pal dari US..entah apa khabar dia..hidup ke idok hehe
ReplyDeletegud luck on your postcrossing tu LZ
Oh sebab kena bagi komitmen untuk projek ni kannn Kak Fuzy.. hehehe 😊 akak dah lost contact dengan pen pal akak yer, lama benar rasanya.. hihihihi 😄
DeleteHi LZ, 1st time dengar benda ni...
ReplyDeleteSeronok nampak postcard banyak2 and cantik2 pula tu...
Betul Mrs. Pip, best dan teruja bila terima postcards dari luar negara selain cantik semuanya 😍..
DeleteFirst time saya tahu pasal hobi ni, memang menarik lah kak LZ. Teringin pula nak join... boleh dapat kawan antarabangsa gittue..
ReplyDeleteHehehe kalau berminat boleh join Postcrossing Mai.. 😉😍
Deletefirst time baca info tentang POSTCROSSING ni. kalau LZ x buat entry ni, memang sy x tau la kewujudan postcrossing ni
ReplyDeleteHehehe ilmu baharu untuk NA 😍.. Lepas ni org cerita ttg Postcrossing tau camne kannn 😊
Deletetu la :) lepas ni x blur dah bila dengar perkataan 'postcrossing' ni :D
Deletetak pernah buat, memang menarik
ReplyDeleteBetul Raihanah, hobi best & menarik 👍😍
Delete1st time dengar LZ. Bace entry ni memang fokus giler sbb sies tk tahu!
ReplyDeleteDia cm kita hntr dekat org ke? Tp e-postcards eyh?
Kita dapat fizikal postcard Mek 😄.. Lepas sign up as a member, Postcrossing akan bg alamat kpd siapa kita kena htr postcard - by request.. Tak boleh tipu, semua ada record, incoming & outgoing.. 😊
Deletefirst time dengar. r
ReplyDeleteajinnya collect postcard sekarang dah ramai tak buat. dulu pernah buat time kecik tapi tak ingat album tu pergi mana
Akak minat kumpul postcard dan setem Nurul Rasya sebab tu suka dengan hobi ni ;-)
DeleteSamalah kita, akak pun ada album setem dan postcard, hehehe
First time dengar dan tak pernah tahu langsung pasal benda ni. Menarik juga kan kak boleh tukar2 poskad dengan orang dari seluruh dunia. Dah dikira macam travel the whole world dah tu.
ReplyDeleteSangat menarik Cikgu Syed, akak dapat tengok tempat-tempat menarik dalam postcard yang diterima.. Ada juga tempat yang tak pernah akak dengar..
DeleteBaru tahu sal ni kak. Msti seronok dpat tukar2 poskad ni.
ReplyDeleteSeronok sangat Cik Renex, akak suka dengan hobi ni, hehehe ;-)
DeleteFirst time dengar pasal postcrossing. Menariknyaaaa~
ReplyDeleteMenarik kann Fatihah..
DeleteKalau berminat Fatihah boleh sign up Postcrossing juga ;-)
Tengok tajuk pelik jugak apakah itu postcrossing. Rupanya pertukaran poskad eh.. first time Siqah dengar ni kak. Serius memang tak pernah tahu ada aktiviti camni. Menarik dan poskad cantik belaka 😍
ReplyDeleteThanks Siqah, pengetahuan baharu untuk Siqah ;-)
DeleteSo far akak terima banyak postcard cantik-cantik belaka..
Alhamdulillah, tapi sekarang Tuan NA x kerap update blog seperti dulu.. Mungkin sibuk yer..
ReplyDeletePostcrossing ni guna postcard dan setem seperti biasa.. Website postcrossing hanya generate alamat dan merekod transaksi postcards tersebut Tuan NA.. ;-)