7 KELEBIHAN BLOG WIDGETS INI

7 KELEBIHAN BLOG WIDGETS INI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hari minggu santai begini saya terpanggil untuk bercerita tentang kelebihan blog widgets ini sampai tahap saya mesti letak dalam blog saya sebagai widgets asas. Saya bukan pakar dalam bidang ini tetapi entri ini dihasilkan berdasarkan pembacaan dan pengalaman setelah saya meneliti sendiri betapa penting sesuatu widgets itu sehingga boleh membantu meningkatkan traffics serta menarik pengunjung ke blog kita..
 
Useful Blogger Widgets
Saya kongsi di sini fungsi dan kelebihan blog widgets tersebut :

1. About Me
Contact Us
Saya yakin setiap pengunjung blog tentu ingin tahu siapakah gerangan penulis blog berkenaan.. Begitu juga dengan saya, apabila saya mengunjungi sesebuah blog, saya akan cari profile pemilik blog dan baca latarbelakang beliau seperti nama, umur, tempat asal penulis etc. Jadi profile penulis wajar diberi perhatian.. Maklumat yang diberikan oleh penulis mengenai dirinya sedikit sebanyak memberi bayangan kepada saya tentang diri penulis.. Al-maklum, bloggers berinteraksi melalui alam maya, hanya penulisan sahaja dapat memberi imaginasi kepada pengunjung blog berdasarkan maklumat yang diberikan dan melalui cerita mereka.
 
2. Followers

Followers widget
Selain itu, Followers widget sangat penting bagi saya.. Pada saya Followers sangat penting bagi membolehkan sesi kunjung balas ke blog mereka.. Setiap Followers saya, akan saya susuli ke blog mereka dan be their Followers juga..  Jumlah Followers juga mempengaruhi kepopularitian sesebuah blog tertentu.. setuju?

3. Social Media
Social media widget
Social media widget jangan dipandang remeh kerana melalui social media kita dapat berinteraksi secara terus dengan rakan bloggers. Selain meninggalkan komen di blog, kita dapat meluaskan persahabatan dengan berkomuniti melalui social media. Contoh, saya mewujudkan satu Facebook khas dan Facebook Page bukan kerana syok sendiri tetapi semata-mata untuk mengetahui perkembangan dan aktiviti rakan bloggers.  Selalu saya baca cerita mereka di blog, jadi saya susuli dengan mengenali mereka dengan lebih melalui laman sosial.

4. Contact Me
Contact Me
Saya meletakkan satu tab 'CONTACT ME' di blog dengan menyediakan borang untuk diisi oleh pengunjung blog saya sekiranya mereka berhasrat untuk menghubungi saya. Cara ini pada saya lebih mudah kerana apabila maklumat telah diisi, penghantar pesanan terus click butang 'send'. Mesej akan terus masuk ke email saya. Saya dapat mesej yang dikirim melalui phone di mana juga saya berada.. In shaa Allah dengan cara ini saya tidak akan terlepas pandang mesej yang diterima malah jika masa sesuai, saya boleh terus membalas mesej tersebut.

5. Blog Archive
Blog Archive
Bagi saya memasang Blog Archive juga penting kerana pengunjung yang baru pertama kali melawat blog ini pasti tercari-cari entri sebelum ini. Jadi mereka boleh scroll Blog Archive untuk mengetahui post lain yang pernah dipaparkan dalam blog ini. Melalui Blog Archive juga pengunjung boleh mengetahui jumlah post yang ada dalam sesebuah blog dari awal kewujudan blog tersebut.

6. Google Analytic

Saya juga memasang kod Google Analytics di blog pada bahagian setting untuk menjejaki pelawat yang mengunjungi blog saya. Dari situ saya boleh mengesan sumber traffic dan mengetahui analisis pengunjung secara real-time.


7. Feedjit

Live Feedjit merupakan suapan traffic (traffic feeds) secara live yang boleh memaparkan 100 pengunjung terkini dan lokasi pelawat yang mengunjungi blog ini.   

Feedjit Live Traffic Feeds
Bagaimana pula dengan rakan bloggers, apakah widget lain yang menjadi kemestian di blog anda? Mungkin widget tersebut membantu blog anda berkembang dan dikenali ramai.. Kongsikan pengalaman anda.. Maklumbalas dan perkongsian dari rakan bloggers sangat dihargai 😉..


Okay setakat ini sahaja perkongsian saya..
Sehingga kita bertemu lagi di entri akan datang..
Sekian, wasalam..


Regards,

35 Comments:

banyak jugak widget yang takde kat blog sha haha tapi kalau nak tambah macam makin banyak pulak hmm

Mungkin Sha boleh kurangkan widget lain yang kurang penting, letak widget yang perlu sahaja.. Ini sekadar pendapat sis 😊.. apa pun ikut suka tuan blog juga..

Bagus perkongsian mengenai widget ni, kena jadi blogger yang tahu apa kegunaan widgt supaya ia boleh berikan impak baik untuk blog.

Terima kasih saudara Hasrul Hassan sudi berkongsi pendapat di sini.. Begitulah kepentingan widgets pada setiap blog..

yup setuju..dan yg paling penting blog tu xsarat dgn mcm2 widget.. klu boleh tak memerlukan loading lama. then setiap kali klik blog xdelah asik papar iklan..suka blog ni simple je..

Saya rasa semua pengunjung seperti Cik Puan Ena, jadi perkara seperti itu harus dielakkan.. Sama2 kita ambil tips berguna ini..

Thanks for sharing your opinion 💕..

Good info LZ..
Tak semua widget di atas tu saya ada.
Sedang pikir2...yang mana nak letak..

Thanks WB 💕.
Harap perkongsian di enty ini membantu WB membuat pemilihan widget di blog nanti 😉..

feedjit tu mrs pip tak pasang ..
yang lain2 tu ada...

Mama Ada semua Tu kecuali feedjit Tu. Kiranya Kita sama lah ye

Ana no 6 & 7 tu tak pasang lagi. Boleh cuba pasang lepas ni.
Kalau di blog ana suka pasang chatbox. Kadang org dtg mls nak komen dekat entri dorang akan tglkan msg dekat chatbox so boleh lah kita balas kunjungan mereka jdr situ juga.

betul... blog widget ni simple. tp wajib ada kat blog.. nice sharing sis LZ

Oic, samalah kita 💕..
Tapi terpulang pada Mrs Pip sebab hanya tuan blog sahaja tahu apa yang perlu untuk blog mereka 😉..

Sip sikit mamapp 💕..
Samalah kita 😉

Saya tak suka chatbox dear sebab bila ada chatbox pengunjung malas baca post kita.. Mereka hanya datang letak mesej kat chatbox utk harap kunjungbalas (tapi tak semua begitu).. Jadi kurang engagement. Itu pendapat sis 😉..

Terima kasih Pn. Normi 💕

Thanks DP 💕..
Just my personal opinion 😉

Setuju Miera 💕
Thanks for sharing your thoughts 😉

simple and thanks for sharing sis...

You're most welcome 😄💕

Saya kurang setuju dgn kenyataan pasal followers tu LZ. Ikutkan tak semua followers tu selalu dtg komen pun. Harap followers ramai je haha... yg komen 10 pun tak sampai betul tak?

Dulu letak jugak feedjit tu...tp rasa berat pulak. La ni dah buang.

Samalah kat office sis pun DNS block certain url..

Betul jugak Mak Nom.. Followers tu kira pengunjung yang pernah datang ke blog kita..

Ooo feedjit di blog saya alhamdulillah x buat hal.. 😁

Rasanya saya kena tambah about me. Sosial media saya x tambah sebab saya sangat berbeza di blog, fb n twitter. Haha, panjang ceritanya. Bagi saya widget 'labels' dan 'search keyword' pun penting

Ada jugak blog yang xde widget follow me tu, stress betul nak follow kena key in url. That one dahla limited dan renyah

Thanks Sal sudi bertukar pendapat 💕

Blog begitu tak mesra readers to be a follower.. mesti Tuan blog ada sebab mengapa dia tak letak.. or mungkin terlupa kepentingan widgets itu 😊..

Ada guna yg freegedit x muncul dekat blog

Feedjit pun kadangkala tak muncul dalam blog saya.. Tak tahu mengapa..

nice sharing akak.. mmg penting widget2 ni.. tp yg Feedjit tu ja x ada..x letak di blog pun lg. hehe

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More