MY FOXYDORI PLANNER SETUP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Terima kasih diucapkan atas kunjungan dan sokongan kalian.. Kali ini adalah masa yang sangat sesuai untuk saya berkongsi tentang my FoxyDori planner set up.
Saya cerita sedikit mengenai coincident planner ini.. Kebetulan saya sedang tercari-cari planner yang sesuai sebelum ini.. Saya berhasrat
untuk membeli planner dari jenis Midori Traveler's Note atau salah satu
koleksi wide planner Foxy Fix atau dari koleksi Chic Sparrow.. Ketika sedang membuat study tentang planner yang dihajati mengikut keperluan, saya terbaca bahawa blogger Eeca Shyaa berhasrat untuk let go FoxyDori planner miliknya.. Kata pepatah : Bagai mengantuk disorongkan bantal.. Jadi saya tak mahu lepaskan peluang itu dan terus menerima tawaran Eeca Shyaa memandangkan jenis planner tersebut adalah wide planner yang saya cari dan harga yang ditawarkan oleh Eeca juga adalah sangat murah
berbanding harga asal FoxyDori tersebut.. Good quality with a bargain price, tak sanggup saya biarkan peluang itu.. Thank you Eeca.. I love it so much!!
My FoxyDori Planner Set up |
Transaksi jual beli dengan Eeca juga dipermudahkan, alhamdulillah.. The next day selepas bayaran dibuat, saya terima planner tersebut.. Jadi hari ini lebih kurang 2 minggu sudah planner itu berada ditangan saya dan semalam baru berkesempatan untuk set up planner tersebut.. Banyak ciri-ciri planner ini yang kebetulan memenuhi citarasa saya.. Happy sangat! Saya akan kongsi dalam entri akan datang..
Untuk pengetahuan harga sebuah planner jenis midori bermula dari RM180.00 ke atas bergantung kepada jenis dan pengeluar yang rata-rata dari Japan dan USA. Ianya agak pricey kerana kebanyakkan original midori planner adalah handmade dan dibuat dari kulit yang berkualiti.
MIDORI vs RING BINDER PLANNER
Saya menggunakan Filofax Personal Planner sebelum ini tetapi telah beralih arah setelah saya mengenali midori planner. Saya suka menggunakan planner jenis midori kerana ianya boleh memuatkan banyak inserts. Inserts tersebut boleh diasing mengikut kategori serta boleh ditukar mengikut mood berbanding ring binder planner. Jika menggunakan ring binder planner, setiap mukasurat perlu ditebuk. Ianya mencacatkan page tersebut. Dari segi ketebalan, planner jenis midori menggunakan elastic dan mampu menampung ketebalan tertentu berbanding ring binder planner yang mempunyai ruang terhad.
My Red Foamdori & My New FoxyDori Planner |
Selama ini saya menggunakan foamdori yang dibuat sendiri dan juga dijual melalui Instagram @papernplanner. Hari ini saya bertukar dari foamdori asal (gambar kiri) ke FoxyDori planner dan saya dengan gembira ingin kongsi hasilnya di sini bersama pembaca blog ini..
6 planner inserts |
Bagi seorang planner addict, buku-buku di atas ini tentu sudah tidak asing lagi bagi mereka.. Buku-buku ini dipanggil insert(s). Terdapat 6 jenis inserts saya guna iaitu monthly, weekly, financial, budget planner, inspiration dan information.
Seterusnya saya susun kesemua inserts tersebut dalam susunan berikut :
Insert pertama : Monthly Planner
Monthly insert |
Berikut pula monthly insert.. Mukasurat pertama saya letak quote berkaitan insert tersebut..
Monthly insert pages |
Insert kedua : Weekly Planner
Weekly planner |
Berikut pula merupakan salah satu page dalam weekly planner insert, saya decor ikut mood / idea ketika itu dan setiap page berlainan decoration..
Weekly planner pages |
Insert ketiga : Information Planner
Information Planner |
Ini pula page information iaitu terms yang
digunakan dalam undang-undang bagi kes sivil di Mahkamah.. Ianya
sebagai sumber rujukan saya. maklumlah lama sudah meninggalkan kuliah
undang-undang jadi dengan cara ini ianya mudah diingati.. Just ambil relevant clause sahaja dan tepek di page ini..
My information planner pages |
Bukan sahaja maklumat tentang undang-undang tetapi berkenaan lain-lain yang memberikan informasi kepada saya..
Insert keempat : Budget Planner
Budget Planner insert |
Sebelum Budget Planner insert saya meletakkan sekeping divider untuk
melekatkan sticky note. Sticky note tersebut untuk menulis shopping
list atau to do list..
Clear divider for sticky notes |
Insert kelima : Financial Planner
Financial Planner pages |
Segala perbelanjaan pada bulan berkenaan akan direkodkan dalam financial planner yang berfungsi sebagai spending tracker. Senarai perbelanjaan diambil dari resit-resit yang telah dibelanjakan. Setiap awal bulan saya akan membuat analisis mengenai perbelanjaan yang telah dibelanjakan bagi bulan berkenaan.. Dari situ saya tahu mana pergi duit saya..
Insert keenam : Inspiration planner
Inspiration Planner insert |
Insert untuk inspiration planner. Bagi kategori inspiration saya suka menulis atau menampal quote untuk memberi motivasi kepada diri ini..
Insert ini merupakan segala macam inspirasi atau idea.. Segalanya saya tulis dalam insert ini sebagai panduan.. Ianya lebih berunsur keagamaan dan matlamat hidup.. Ketika saya down saya akan baca semula apa yang ditulis sebelum ini dan menulis perancang yang akan saya lakukan pada masa hadapan tentang kehidupan..
Front page Inspiration Planner Insert |
PLANNER ACCESORIES
Midori Card Holder
Bahagian ini saya letak cardstock paper sebagai hiasan..
Midori Card Holder |
Midori Zippered Pocket
Zip poket ini mengandungi 2 bahagian. Bahagian hadapan sleeve dengan 2 slits di setiap satu bahagian. Saya menggunakan bahagian berzip untuk menyimpan wang tunai. Wang tunai tersebut biasanya adalah peruntukkan perbelanjaan sehari.
Midori Zippered Pocket |
Midori Paper Folder
Saya gunakan midori paper folder ini untuk meletakkan resit-resit perbelanjaan pada hari/bulan berkenaan.
Midori Paper Folder |
Saya suka folder ini kerana terdapat 2 bahagian yang dibuat dari kertas tebal berkualiti.
Midori Paper Folder |
Begitulah hasil susunan FoxyDori Planner mengikut keperluan saya ketika ini..
My FoxyDori Planner |
Berikut merupakan website koleksi planner idaman saya seperti dinyatakan di atas :
Apa pendapat you all? Suka tak tengok planner saya ni?
Suka atau tidak, apa kata letakkan komen di bawah untuk kongsi pendapat
anda.. Segala komen yang ditinggalkan amat dihargai dan saya ucapkan thank you in advance atas sokongan kalian..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Regards,
33 Comments:
Wow...suka n impressed sangat. I like planner tapi x pernah to this extend. Saya suka part zippered pocket tu.
woww!!tak pernah detailkan semua macam ni!!inspired sungguh!
Suka sangat....mudah sebab ada part masing-masing tapi digabung jadi 1..lagi satu tak mudah rosak sebabnya tak guna ring binder.
suka sangat. pernah cuba utk guna planner, tapi kejab jer. padahal dulu..penulis diary tegar (before kawin) and...baru2 ni nak start balik but tak leh jugak...
Cantik nya la planner akk. Planner sy kelaut dahhh. Tlis je xde hias2 da.huhuuuu 😂
Wah hebatnya.
Apa2 yang kita buat lebih terancang dan sempurna dengan adanya planner ni.
Terutama bagi orang2 yang bekerjaya.
Sy suka sangat...Sy pun peminat planer sejak jadi Suri rumah planner dah hilang entah ke mana, beberapa hari yg lepas terfikir nak kembali mewujudkan planner...baca cerita ni lagi semngat nak ada planner balek
pergh LZ ! cam ni ye kalau orang suka planner. mek jenis catat dalam phone sahaja. walaupun job post mek PA tp memang mek catat dalam phone. on the go gtu. dah habis phone rosak, mek pun akan go jugak hahahahahahah
Layan jugak Sal bila ada planner ni, relax dan enjoy sebab boleh tulis segala macam dan decorate ikut mood, hehehe 😁
Kadang2 Tn. bila tulis tak kemas nampak cantik berbanding tulis dgn berhati-hati.. Seni tu terhasil dalam situasi spontan, hehehe 😁
Semoga menjadi inspirasi sis gee 😄💕..
Setuju PC, boleh tukar2 inserts mengikut kategori tanpa merosakkan mukasurat yang ada, lebih praktikal 😄💕
Hehehehe it's okay MA, mungkin faktor masa kot sebab MA sentiasa busy..
It's okay CR, lain orang, lain cara dia.. CR boleh maintain begitu, ada masa nanti bolehlah décor sikit2 bagi menarik, hehehe 😉💕
Betul pakcik, saya selalu guna planner ini untuk jadual kerja dan kehidupan supaya lebih terurus 😄..
Cantik Dan comel semuanya
Yeahhh Pn. LM boleh start guna planner semula untuk urusan keluarga.. Mgkn boleh bt catatan mengenai jadual harian etc.. Planner ni boleh dipelbagai guna 😄💕
LZ pernah guna phone untuk record jadual harian Mek, tapi tak sepuas guna planner.. Mood boleh diterjemah melalui planner, hehehe
Risau jugak Mek kalau phone rosak, berhuhuhu laa jwbnya 😁
Itulah yang menjadi kepuasan hati mamapp bila guna planner, hehehe 😄💕
Planner mcm ni memang berbaloi kalo beli. Cantik dan puas hati
Cantiknya sis. Terpegun Ana tengok. Each pages are so colorful and attractive. Kan best kalau Ana kreatif macam sis :)
Seriously Mimi Azirah..
Alhamdulillah ada rezeki saya.. 😄💕
Thanks Ana 💕..
Planner decorations membuatkan sis relax dan leka, hilang stress 😄 hehehe
Cantiknya planner sis Lz 👍😍
Bukan senang nak buat tu.. Very nice!
Selamat maju jaya sis
Wah lepas baca entri akak tros rasa berminat nak ada satu planner. jujur saya tak tahu pasal planner nie. byk manfaat kita dapat. Thanks shared psl planner ini :)
Ala baru je beli planner untuk tahun depan dah. Kalau tak mestilah nak grab planner ni. Cantik2 semuanya. Colorful dan inspired dengan kata2 dalam tu. Terperinci jgak. Sesuai untuk yang berbisnes dan pentingkan keteraturan.
Planner dan LZ memang tidak boleh dipisahkan.
LZ ni mesti seorang yg teliti dan detail kan. Maafkan, kalau salah...tp kalau tengok dpd tulisan tulisan dan minat LZ rasanya tak salah tekaan dah....Nama pun loyar haha...
Thank you so much dear HH 💕
Kena ada passion HH..
Sis pun doakan HH berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi..
Alhamdulillah kalau entri ini menjadi inspirasi Kak Anis..
You're most welcome sis 💕..
Ainniah boleh guna planner yang ada, cuma tambah items yang berkaitan.. Sesuai untuk semua keadaan dear 💕..
Mrs. A memang memahami 😉💕.. hihihi
Betullah tu, pandai Mak Nom teka, hehehe 😁
Saya teliti dan cerewet, ops!.. Mungkin nature kerja jadi saya berperangai begitu 😉..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!