TEMPAT MENARIK SEKITAR BANDAR MUAR

TEMPAT MENARIK SEKITAR BANDAR MUAR | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Kelmarin, Isnin (9 Oktober 2017) anak saya diberikan cuti ganti sempena Hari Sukan yang telah diadakan pada hari Ahad, 8 Oktober 2017 lalu. Jadi saya mengambil kesempatan untuk turut sama mengambil cuti tahunan dan balik ke Muar. Tujuan utama untuk menguruskan hal rumah yang dibeli sejak 9 tahun lalu di Taman Bintang. Al-kisah saya ingin semak baki pinjaman perumahan yang telah dibayar bagi memudahkan saya merancang membeli rumah kedua di Seremban, in shaa Allah..

Selesai urusan di bank yang terletak di Bandar Muar, saya pun berjalan-jalan sekitar bandar Muar, konon menjelajah mencari makanan best. Untuk pengetahuan pembaca yang belum arif tentang bandar Muar.. Muar juga dikenali sebagai Bandar Maharani Bandar Diraja

Bulatan Sulaiman, Muar
ASAL-USUL NAMA BANDAR MAHARANI BANDAR DIRAJA

"Pengisytiharan Bandar Maharani Bandar Diraja Johor merupakan nama rasmi bagi Bandar Muar di daerah Muar, Johor, Malaysia. Pengisytiharaan Bandar Maharani sebagai Bandar Di-Raja Johor telah disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 5 Februari 2012 manakala pengisytiharaan rasmi disempurnakan pada tanggal 10 Muharam 1434H bersamaan 24 November 2012. Muar dibuka sekitar tahun 1884, dinamakan sempena gelaran isteri kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim iaitu Maharani." - sumber wikipedia

Tetiba terfikir untuk explore bandar Muar sebab selama ini balik Muar sekali-sekala dalam keadaan suntuk dan mengejar masa so tak sempat meronda.. Kali ini semata-mata atas urusan bank, ada masa terluang sebelum pulang ke Seremban.. Jadi kesempatan ini saya pusing satu bandar. Perjalanan dimulakan dari Jalan Abdullah menghala ke Tanjung Emas. Saya terasa nak makan mee bandung dan asam pedas di Medan Selera Tanjung Emas, Muar..

The Loving Sister
Potret ini merupakan lukisan kedua dari 5 potret terbesar di Muar yang dinamakan "The Loving Sister". Lokasi potret ini terletak di  Jalan Arab, berhampiran Bulatan Bakri.

"Lukisan ini memaparkan wajah Nur Najwa Alisyah Abdul Rashid dan adiknya, Nur Najiyah Armani yang berasal dari Bakri. Lukisan ini dihasilkan oleh seorang pelukis mural dari Rusia iaitu Julia Volchkova dengan kos RM100,000.00 pada dinding setinggi 11.8 meter, lebar 9.45 meter. Potret ini dihasilkan dalam masa 12 hari pada 17 Julai 2016." - sumber astroawani

Di belakang bangunan inilah tempat di mana ibu saya dibesarkan..

Bandar Muar 
Siapa yang belum pernah sampai di Bandar Muar, ambil maklum bahawa jalan di sekitar pusat Bandar Muar adalah jalan sehala.. Masalah parking adalah masalah utama dan tak hairan jika Bandar Muar ini selalu sesak disebabkan sikap manusia yang suka double park.

Muar Town
Rekabentuk bangunan tak banyak beza dengan bandar lama di Seremban tetapi bezanya bangunan ini sudah dinaik taraf dan telah dicat baharu..

Bandar Muar Bandar Maharani
Parking lot sangat berharga, kalau dapat proper parking tepi premis memang bertuah dan bukan selalu dapat peluang tau, hehehe 

Dataran Tanjung Emas
Perjalanan diteruskan hingga tiba di dataran Tanjung Emas. Di sinilah selalu diadakan pameran jualan dan majlis sambutan hari kebesaran yang dianjurkan oleh Karajaan Negeri Johor peringkat Daerah Muar.

Dataran Tanjung Emas
MUAR RIVER CRUISE

Gambar di bawah merupakan jeti Muar River Cruise iaitu salah satu tempat tarikan pengunjung dari luar untuk menaiki bot yang membawa penumpang bersiar-siar menyusuri sepanjang Sungai Muar. Bayaran tertentu dikenakan bagi kanak-kanak dan dewasa.. 

Muar River Cruise
Siapa antara pembaca pernah menaiki bot ini? Jangan lepaskan peluang bila berada di Bandar Muar. Ia merupakan satu pengalaman yang indah sebab saya sudah alami sendiri, memang best!

Muar River Cruise

Best ala-ala Titanic.. hehehehe

Muar River Cruise

Perjalanan diteruskan di sekitar Tanjung Emas di mana terletak rumah khas bagi Penjawat Awam gred atasan yang berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor dan bertugas di daerah Muar. 

Bangunan Kerajaan
Tanjung Emas Muar
ASAM PEDAS DAN MEE BANDUNG MUAR

Puas berjalan-jalan sekitar Tanjung Emas, maka tiba di Medan Selera.. Apa makanan yang menarik di sini? Sudah pasti makanan popular Muar iaitu asam pedas dan mee bandung.. Walaubagaimana pun terdapat beberapa gerai lain yang menjual pelbagai menu menarik... Jadi kita layannnn..

Asam pedas Tanjung Emas, Muar
Mee bandung dan asam pedas Muar
Segala macam makanan di atas hanya tinggal gambar sebagai kenangan, semua sudah selamat masuk perut. Alhamdulillah puas hati sebab tak ramai pelanggan ketika itu dan asam pedas pun masih panas semasa dihidang.. Antara pilihan asam pedas yang ada seperti ikan mayong, ikan jenahak, ikan pari dan telur ikan. Pilih mana satu idaman kalbu..

Tanjung Emas Muar

Sambil makan dapat menikmati pemandangan landscape Tanjung Emas yang cantik dan bersih serta menghadap ke Sungai Muar.. Selepas lunch, perjalanan diteruskan pulang ke Seremban..

Bandar Muar
Jambatan Sultan Ismail
Kawasan waterfront ini bersebelahan Jambatan Sultan Ismail dan masih dalam pembinaan di mana terdapat satu struktur binaan sedang disiapkan..

Pembinaan Pintu Gerbang Jambatan Pertama Muar
Jambatan Pertama Muar
Sungai Muar
Bye-bye Muar.. Pemandangan Sungai Muar dari Jambatan Sultan Ismail..

Tugu Muar

Semasa dalam perjalanan sebelum keluar ke tol Tangkak terdapat beberapa gerai menjual kupang, kepah, siput, belacan, cencaluk dan buah-buahan tempatan. Saya sempat singgah di salah sebuah kedai menjual buah-buahan tempatan. Mengapa saya pilih kedai ini.. Jawapnnya sebab kedai ini  ada menjual pau istimewa dipanggil pau Muar. Apa keistimewaan pau Muar?

Gerai FAMA


KEISTIMEWAAN PAU MUAR

Pau Muar merupakan salah satu makanan popular di Muar. Keistimewaan pau ini kerana dalam pau terdapat sebutir telur burung puyuh.. Saya pilih pau inti daging. Selain daging terdapat pau ayam dan kacang merah.

Pau Muar
Jika pau menarik perhatian saya, husband saya pula memilih mee siput.. Mee siput merupakan snek yang terkenal di Muar seperti contoh gambar di bawah tetapi mee siput yang dijual di gerai ini masih belum digoreng..

Mee Siput Muar

Begitulah explorasi saya semasa pulang ke Muar kelmarin.. Banyak makanan sedap di samping tempat riadah yang selesa terletak di Tanjung Emas, Muar. Ada beberapa lagi tempat makan popular tak sempat singgah, masa tak mengizinkan.

Salah satu tempat agak terkilan sebab tak dapat singgah di cafe kopi 434 yang terletak berhadapan bus stand Bentayan. Susah mau parking dengan keadaan jalan yang sangat sibuk.. jadi kita postpone next time.


Siapa antara pembaca anak jati Muar atau pernah ke Muar? Jika ada, boleh tambah info lain yang mungkin tiada dalam entri saya ini.. Kita bertukar info tentang Bandar Muar dengan harapan pembaca yang belum pernah menjejakkan kaki di Bandar Muar dapat mengetahui tempat menarik yang ada di Bandar Muar. 

Sekiranya pembaca bukan anak jati Muar dan tak pernah menjejakkan kaki ke Muar, boleh kongsi juga apakah tarikan menarik di tempat anda. Mungkin jika saya berpeluang ke sana, saya dapat merasai sendiri keistimewaan tempat anda. Saya percaya setiap tempat pasti ada keistimewaan tersendiri.. Jangan lupa kongsi info..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri.
Sekian, wasalam.

16 Comments:

Saya pernah jejakkan kaki ke Johor sebanyak 2 kali sahaja dan kedua-dua kali tak pernah singgah Muar. Harap2 bila ada rezeki ke Johor lagi, bolehlah ke Muar pula.

This comment has been removed by the author.

Inilah laluan yang kami guna bila balik kampung kak LZ..lepas ni kalau akak ke Muar lagi,boleh cuba makan di Medan Ikan Bakar Sabak Aur..tapi buka sebelah petang hingga malam..

mek tk pernah rasenya smpai jhor. hahaha. entah bile nk smpai. cantik lukisan tu. padan dengan harga :)

Waaahhh ni kampung mama ni. Rindunya nak balik muo

busyra belum pernah sampai ke johor.. teringin jugak .maybe one day..

Hopefully you can visit Muar some days 😊

Oh Tn. NA orang BP.. baru tahu.. hihihi 😊

Oh PC pun ikut laluan Bandar Muar.. In shaa Allah akan jelajah Ikan Bakar Sabak Aur pula lepas ni.. 😊
Thanks for the info dear 💕

Sis pun masih belum berpeluang ke Kelantan.. In shaa Allah kita dapat pergi satu hari nanti Mek 😊

Tak sangka pula mamapp orang Muar.. 😊

Aminnnn 💕..
In shaa Allah satu hari nanti dapatlah Busyra ke Johor..😊

roger roger laah kalau balik muar lagi, boleh lepak kat murtabak singapore tu. hihiihi

Wah Mimin mesti familiar dgn bandar Muar.. Jommmm lepak...

Sis suka makan mee bandung sebelah restoran murtabak Singapore.. 😉

Wah...saya ni nama je kampung kt muar, tapi x pernah naik river cruise tu.

Orang Muar sendiri memang tak hairan dengan River Cruise tu Sal.. LZ pun camtu sampailah satu hari on my birthday, LZ nak abadikan kenangan dengan best friend so kami naik River Cruise.. hehehe 😁

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More